Bagi surirumah yang sering membasuh baju pasti pernah berhadapan ngan masalah ni. Camna nak hilangkan kesan dakwat pen kat baju sekolah anak-anak atau baju suami?
Kekadang tak leh juga nak disalahkan suami atau anak-anak… maklumlah diaorang bukannya sengaja pun nak pegi tulis dengan pen kat baju. Mungkin juga diaorang tak perasan masa sarung pen tu kat poket baju, terlupa yang pen tu belum ditutup tudungnya. Apa citer pun.. benda dah jadi… Takkan nak buang terus baju tu… isshhh.. sayang ooo.. lebih-lebih lagi kalau terkena baju yang mahal-mahal tu. So, camna kita nak membersihkannya?
Bagi sesiapa yang tercari-cari panduan untuk menghilangkan kesan dakwat pada pakaian, bolehlah dicuba beberapa petua berikut:
Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian
Mula-mula buka paip air dan tadah tempat yang terkena dakwat tu di bawah aliran air tu beberapa minit untuk mengurangkan kesan dakwat yang melekat pada pakaian.
Kemudian bancuh sedikit susu dengan air. Pastikan bancuhan tu pekat. Lepas tu rendam pakaian yang terkena dakwat tu ke dalam bancuhan susu tersebut selama setengah jam. Dengan cara ini, moga-moga kesan dakawat tu akan tanggal atau mudah dihilangkan apabila dibasuh.
Setelah itu barulah dibasuh pakaian tu seperti biasa.
ATAU
Petua Cuci Kesan Pen Pada Pakaian
Satu lagi cara ialah dengan menggunakan limau nipis sepertimana petua hilangkan kesan karat pada pakaian. Caranya lebih kurang sama tapi tak serupa… hehe…
Mula-mula tadah bahagian yang terkena kesan dakwat tu di bawah aliran air bersih. Lepas tu perah air limau nipis beserta sedikit garam ke bahagian yang ada kesan dakwat tersebut dan gosok-gosokkan beberapa ketika.
Biarkan ia selama setengah jam dan kemudian barulah dibasuh seperti biasa.
Hmm… kalau kesan dakwat tu masih degil juga tak mahu keluar.. kena guna cara yang lebih ‘ganas’…
Bancuh garam dan air limau dengan lebih kurang setengah liter air panas mendidih. Kendian rendam bahagian yang ada kesan dakwat tu ke dalam bancuhan tu selama 5 minit. Lepas diangkat cuma berus sebentar tempat yang terkena pen tu dan kendian barulah dibasuh baju seperti biasa.
iefa says
macam mana nk hilangkn kesan pen yg terconteng kat jam getah….cara dia guna limau gak kew?
che petua says
Kesan limau mungkin tak cukup ‘power’ kot.. entah lah, che petua pun tak sure nie.
Ohh… apa kata awak guna ‘thinner’. Cecair yang orang selalu pakai untuk buang kesan warna pada kuku tu.
SyaCha Abdullah says
Susu tu, susu jenis ape eak?? tepung ke cair??
che petua says
Gunakan susu tepung.
Wahh! Stail lah nickname awak nie SyaCha… ohh.. nama pena rupanya dan seorang penulis yg berbakat nie.. syabas.. keep it up girl!
nurul says
macam mana nak hilangkan dakwat pen dekat cadar dengan kadar yang segera?
ain says
macam mana nak hilangkan ink printer dekat tudung sekolah? saya tengah set up printer baru tiba tiba terkena tudung.
Lynn says
Cara ni boleh diguna untuk baju uniform yang keras tu ka?