April 19, 2014

Petua Demam Campak

Korang dah pernah ke kena demam campak? Kalau yang tak pernah kena masa kecik-kecik dulu baik berhati-hati..  Sebabnya orang dewasa yang kena demam campak atau chicken pox ni tahap kroniknya lebih teruk berbanding kalau kita kena masa kita masih sekolah rendah dulu.

Di kalangan orang dewasa yang kena chicken pox nie ada yang sampai dua tiga hari tak leh bangun.. kesakitannya yaaa amat.. Dah tu malam-malam tak leh tidur sebab badan terlalu gatal. Bagi yang bebudak sekolah tu diaorang kebanyakannya akan rasa cam demam biasa jer.. cuma mungkin sedikit resah dan gatal-gatal badan sikit sebab campak yang tumbuh seluruh badan.

Hmm.. tapi bagi bebudak yang kecil sangat lagi yang umur 2-3 tahun ke bawah.. mungkin kesannya agak teruk gak. Kesian gak kalau ada yang bebudak yang masih kecil sangat lagi kena demam campak nie sebab tak leh nak tahan gatal lebih-lebih masa nak tidur waktu malam.. Bila malamnya tak dapat tidur dengan lena, siangnya makin merengek lah budak tuh.. dan berat badan pulak memang akan susut sebab tak ada selera langsung nak makan.

Ada yang kata demam campak ni akan kena kat seseorang tu cuma sekali jer seumur hidup. Hmm.. tak pastilah pulak sebabnya ada beberapa kawan che petua yang pernah demam campak sampai 2 kali – sekali waktu kecik-kecik dulu dan sekali lagi bila dah besar..

Ada lak yang kata sebab yang kena dua kali tu kerana masa kecil cuma dijangkiti ‘campak kecil’ jer. Tapi bagi sesiapa yang masa kecil pun dah pernah kena demam campak ‘besar’ pasti lepas tu dah tak akan kena.. gitu pulak dah.. hehe…

Apa-apa pun baik berhati-hatilah yer terutamanya bagi yang hantar anak ke taman asuhan atau tabika.. Kalau ada kalangan anak-anak kat situ yang kena demam campak, cepat-cepatlah korang ambil anak masing-masing.. Demam campak ni boleh berjangkit.

Antara Cara Jangkitan Demam Campak

  • Melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk.
  • Sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  • Virus chicken pox dikatakan kekal aktif dan boleh berjangkit ke orang lain walaupun sewaktu terapung diudara atau melekat di mana-mana permukaan selama 2 jam.

petua tradisional

Petua Merawat Demam Campak

Menurut info yang che petua jumpa dalam internet, bagi kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar tak sampai 10 biji kat badan, satu cara rawatan yang berkesan ialah cepat-cepat pergi ke hospital atau klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam atau bintik-bintik tu dah banyak sangat yang keluar, rawatan anti viral pun dah tak leh buat apa dah.

Kalau ikut cara tradisional yang masih lagi diamalkan sehingga kini ialah kalau dah kena demam campak tu eloklah pergi cari kelapa muda. Amalan minum air kelapa muda akan membantu supaya campak keluar dengan lebih cepat kat badan. Bila cepat keluar maka lebih cepatlah nak sembuh.

Petua tradisional yang paling popular untuk merawat demam campak ialah dengan menggunakan daun semambu. Caranya ramas daun semambu dalam dalam sebaldi air dan mandi dengan air daun semambu tuh. Bagi yang ada kolah mandi di rumah sebaiknya letakkan beberapa tangkai daun semambu dalam kolah. Satu lagi letak juga daun semambu kat atas siling pintu. Menurut pendapat orang tua-tua, dengan berbuat demikian dapat mengelakkan ahli keluarga yang lain dari terkena jangkitan demam campak.

Kalau badan rasa gatal dan miang, jangan digaru dengan tangan. Sebabnya bila digaru dan lebih-lebih lagi kalau terkena kuku, gelembung campak tu akan pecah dan berair.. hmm.. kesannya makin banyaklah kuman yang merembak dan makin bertambah miang badan tuh.. Sebaliknya cuba ikat segenggam daun semambu dan gunakannya untuk meredakan gatal-gatal kat badan tuh. Semasa tidur juga elok dilapik tilam dengan daun semambu.

Bagi yang merasa miang badan masih tak berkurangan biarpun dah digunakan daun semambu, boleh cuba rawatan moden. Hmm.. pergi jer kat klinik atau farmasi dan beli ‘calamine lotion’.  Bagi mereka yang terkena allergy atau sebarang punca menyebabkan badan rasa gatal boleh guna calamine lotion nie. Losyen nie dalam bentuk cecair likat. Cara kegunaannya pula ialah dengan menyapu ke seluruh tempat yang gatal… dan serta-merta tempat tu akan rasa sejuk nyaman..Bolehlah tahan tak rasa gatal dalam beberapa jam. Bila dah rasa gatal kembali.. sapu semula calamine lotion tu.

Pantang Larang Bila Demam Campak

Sesiapa yang kena demam campak memang perlu elak dari terkena hujan. Ramai yang kata, kalau kena hujan parut yang keluar sebab campak tu akan kekal seumur hidup.

Tak dibenarkan juga makan benda-benda yang terlalu berminyak sebab kalau dimakan juga badan akan bertambah gatal.

Tak boleh juga makan kicap sebabnya takut bekas parut atau kudis tu akan berbekas hitam.

laman petua:

demam campak, demam campak dewasa, pantang larang demam campak, petua demam campak, pantang demam campak
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. noramira says:

    sy bru je kna chicken pox 3 hri lps…dh nk kna lpor diri msok stdy…cmne nk bg ilang cpt..sbb antibody sy nie mmg lmh..sng sgt dpt skit

    • che petua che petua says:

      Nak hilang lebih cepat, orang tua-tua syorkan minum air kelapa. Berdasarkan pengalaman saya memang mujarab.

      Ada hikmahNya tu.. boleh dapat cuti tambahan. Bab ketinggalan study tu, sementara jer.. insyaAllah paling lama pun dua minggu dan selalunya lepas 3-4 hari dah okey biarpun bekas-bekas campak tu masih kelihatan. Boleh refer apa2 yg ketinggalan ngan kawan2 sekuliah. Bolhe lah eratkan lagi persahabatan. Boleh kenal hati budi orang yang mana yang sudi membantu, yang mana tidak.. ada hikmahNya.

      Sakit tu salah satu ujian Tuhan kepada hamba yang Dia sayang. Ia juga menjadi peringatan buat kita yang adakalanya terbabas dan terlalai. Sakit boleh menghapuskan dosa, kalau kita redha.

  2. ashraf says:

    Skarg ni sy kna demam cmpak, penuh merah satu badan n muka,tgn n kaki x bnyk sgt, bru dua hri demam, pedih b gatal mmg gila2 la… Adakh ia x boleh dpicit?? Saya ni dok d mesir, tgh study, slain daun semambu n kelapa muda tu x de yg lain ke..?? Klau cni mmg x dak la bnda tu… Klau mnyak klapa dara boleh x..?? Nk raya pulak ni..

    • che petua che petua says:

      Waduh.. waduh.. timing memang cantik sangat.. waktu hampir nak raya boleh kena demam campak nie. Sekurang-kurangnya mau seminggu dua baru sembuh campak ni. Nampak gayanya tak meriah lah raya Ashraf tahun ni, sebab nak kena ‘kuarantin’ diri sendiri tu takut-takut berjangkit kepada orang lain pula.

      Jangan sesekali dipicit. Jika pecah airnya ia boleh merebak dan naik lebih banyak ruam. Selain tu, jika pecah sebelum masanya kemungkinan bekas parut tu tak akan hilang. Minyak kelapa dara memang tak sesuai. Fungsi kelapa muda tu ialah minum airnya untuk membantu mempercepatkan keluar campak-campak tu supaya lebih cepat sembuh. Tak pernah dengar pulak kalau minum minyak kelapa dara boleh memberi fungsi yang sama.

      Bahkan orang tua-tua pesan, bagi orang yang kena demam campak, perlu elak makan benda-benda berminyak takut lagi gatal. So kena banyak makan benda-benda yang direbus sahaja. Untuk kurangkan gatal tu, sebagai alternatif, cuba dapatkan ‘calamine lotion’ daripada klinik atau farmasi. Sapu losyen calamine tu ke seluruh badan atau tempat-tempat yang rasa gatal untuk kesan penyejukan dan menghilangkan rasa gatal.

      Kesian kat awak… huhu…

      • ashraf says:

        Tu la, time nk raya bru nk jdi.. Tp x pa Allah punya pengaturan dah cntik, mgkin sblom ni sy lupa kt Dia, mgkin dosa bnyk, maka Allah beri sakit sbgai kaffarah dosa2 tu, tu tanda Allah syg… Stakat 4 hri sakit ni, alhamdulillah bntik2 dah surut, kt badan n muka, cuma kt tgn n kaki sj yg byk lg mgkin sbb tumbuh di ctu lmbat.. Cuma kt cni, klau p jmpa dktor kt hospital, byaran msok dah kna LE 100 lbih kurg RM 50, pastu bla hbis check up, doktor x bg ubat sebaliknyadia tulis senarai ubat pastu p beli kt farmasi, mmg cni duit bnyk…
        Tp smmgnya raya kt cni x meriah sgt, org arab x sambut sgt, lpas solat raya, balik tidur.. Cuma org melayu ja la yg sambut ala kadar, lgpon kali ni org mlaysia ckit sbb ramai balik raya kt malaysia, mgkin sbb rampasan kuasa yg mnyebbkn keganasan brlaku…
        Tp raya haji mmg meriah ckit sbb nk kena smbelih haiwan… Tp alhamdulillah dan trima kasih kt awak atas perkongsian n nasihat tu..

        • che petua che petua says:

          Sama-sama Ashraf. Saya doakan Ashraf terus diberi kekuatan dan kesejahteraan. Moga ilmu yang ditimba itu dapat menjadi manfaat buat diri dan masyarakat kelak. Amin…

          Wah.. memang seronok dapat dengar cerita2 dan perkongsian pengalaman orang nie. Betul lah kata orang tua2 “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri… tetapi bagusnya juga tetap di negeri sendiri”. Tapi kalau kena dengan niat nak mencari ilmu dan menimba pengalaman hidup kerana Allah… insya-Allah besar manfaatnya.

          Ashraf tak ada buat blog sendiri ke, kongsi-kongsi suka duka kehidupan sebagai pelajar di Mesir. Teringin juga nak dengar kisah-kisah menarik yang lain. Bab pergaulan, prinsip kehidupan dan pergaulan di sana.. dan cerita bab makan pun pastinya menarik. Tentu ramai yang akan ‘follow’ blog tu terutama yang ada pasang keinginan untuk belajar atau bekerja di Mesir atau kawasan2 yang sewaktu dengannya.

  3. zAR says:

    Terima Kasih atas perkongsian,mmg sngat2 berguna,doakan saya cpt sembuh.Amin…..

    • che petua che petua says:

      Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un ~ Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jualah kita kembali.

      Ya Allah, kau pulihkan lah kesihatan Zar dan ampunkan lah dosa-dosa kami hamba-Mu yang lemah ini. Tetapkanlah dan teguhkanlah iman kami di jalan yang benar. Amin Ya Rabbal A’lamin…

  4. baresang says:

    kena minum ketom banyak.makan ubat goyang baru lha cepat sembuh……..hehehe :D

  5. Kausar says:

    Boleh ke mkn ayam ? kalo mkn ayam , nnti bdn kita gatal ke x ?

    • che petua che petua says:

      Kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu daripada dulu sampai sekarang ni ialah kena pantang makan ayam, udang dan sotong. Semua tu boleh sebabkan gatal.

      Bagi masyarakat Cina pula, ada yang syorkan makan/minum, termasuklah juga sup ayam sebab dipercayai dengan minum sup boleh membantu keluarkan kuman yang sebabkan campak tu dengan lebih cepat. Bila campak keluar cepat, maka lebih cepatlah baik.

      Tapi kalau tanya kat doktor, kebanyakannya akan kata boleh jer nak makan ayam. Bahkan kalau tak makan ayam pun, memang badan dah gatal sebab begitulah effect penyakit campak. Kalau gatal, doktor akan suruh sapukan losyen calamine.

Speak Your Mind

*