Petua Digigit Lipan

Lama-lama sekali pasti kita akan terjumpa ngan binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking, lipan dan binatang lain yang seangkatan dengannya. Kalau duduk di kawasan kampung dan rumah pula masih lagi rumah papan… hmm mungkin lebih kerap kot.

Tapi bagi mereka yang tinggal di bandar jangan lak terlalu ‘confident’. Binatang-binatang bisa seperti lipan nie sebenarnya ada di mana-mana terutama tempat-tempat yg lembap dan banyak makanannya seperti dalam bilik air dan bawah almari baju atau katil dsb.nya.

Dan, satu lagi tempat yg ramai selalu lupa ialah kekadang tu lipan atau labah-labah selalu gak menyorok dalam kasut. So, better be careful dan selalu bersihkan rak kasut tu juga..kay…

Petua Hilangkan Sakit Digigit Binatang Berbisa

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat digigit binatang seperti lipan dan kala jengking ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau, kunyah dan perah airnya ke tempat yang kena gigit.

Kalau tak dapat nak cari tembakau boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapu ke tempat yang sakit. Lakukan berulang kali dan rasa pedih akibat gigitan tu akhirnya hilang terus. InsyaAllah.

Sumpahan Ular dan Lipan

Orang tua-tua dulu juga ada pantang larang dalam berhadapan ngan binatang-binatang seperti ular, lipan dsb.nya.

Apabila terjumpa ular, jangan kita terkejut dan menyebut ular. Sebaliknya cuma panggil ia “akar rotan”. Bila jumpa lipan pula, jangan kita panggil lipan… tetapi panggil “tulang lauk”.

Dengan panggilan sedemikian, dikatakan kedua-dua binatang tu akan menjadi lemah, lesu dan tak bermaya. So, mudah lah untuk kita bertindak samada nak menyelamatkan diri atau membunuh binatang tu.

laman petua:

lipan, digigit lipan, gigitan lipan, ubat kena gigit lipan, bisa lipan
Diffusé par Adcash

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>