Petua Elak Kedut

Petua Elak Kedut dan Kusam Dengan Pisang

petua elak kedut dengan pisangSatu petua yang che petua dapat dari bookoo. Petua nie memang mudah sangat dan tak perlu belanja yang banyak pun. Confirm bahawa petua nie betul-betul guna bahan semulajadi – pisang! Takde pakai benda-benda lain langsung kecuali pisang.. so takde lah risiko nye… hmmm.. unless kalau uol nie ada alahan atau allergic ngan pisang..

Mungkin ramai yang  tak tahu bahawa pisang boleh membantu mengatasi kulit kusam dan tak bermaya. Kandungan dalam pisang nie membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ianya melembapkan dan melembutkan kulit. So, kulit akan kelihatan lebih berseri. InsyaAllah…

Satu lagi… kalau diamalkan selalu, dikatakan juga ia membantu melambatkan kulit menjadi kedut kerana kandungan pisang yang bertindak sebagai agen anti penuaan.

M.O.nya.. ambil sebiji pisang. Kupaskan kulit pisang dengan perlahan-lahan. Buat dengan tenang, tak perlu terburu-buru. Lepas tu, bahagikan pisang tu kepada dua bahagian.  Lenyekkan satu bahagian daripada pisang tu hingga hancur. Yang setengah bahagian lagi tuh, masukkan ke dalam mulut.. hehe..

Okey, setelah selesai melenyekkan setengah pisang tuh, basuh muka dulu. Kendian sapukan pisang tu ke seluruh muka sampai ke leher… seumpama memakai scrub. Biarkan kira-kira 20 minit kendian barulah dibilas dengan air suam. Setelah dibilas bersih jangan pula dilapkan wajah tu. Biarkan ia kering sendiri.

Amalan petua ini akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan mengelakkan kedutan awal pada wajah jika dipraktikkan selalu.

laman petua:

petua hilangkan kedut di dahi, hilangkan kedut di dahi, Cara menghilangkan kedut di dahi, petua menghilangkan kedut di dahi, cara menghilangkan kedutan di dahi

Comments

  1. Nur De'hearty says

    Bukan sahaja pisang berkhasiat, malah kulit pisang juga bagus utk mencntikkan semula parut luka di kulit. Saya pernah terjatuh dahulu, akibatnya peha sahaja terluka dan berparut. Oleh itu, saya selalu ambil kulit pisang dan tenyehkan pada peha saya dan hasilnya Alhamdulillah, ianya pulih seperti biasa tanpa sebarang kesan.

    • che petuache petua says

      Nur,
      Satu perkongsian yg sangat menarik! Guna kulit pisang jer dan kesan parut tuh hilang terus.. Agaknya doktor kat hospital pun boleh terkejut kalau Nur khabarkan kat diaorang…

      Thanks Nur, kerana sudi berkongsi… :)

  2. eja says

    salam…pisang??senang je nak cari..
    tapi nk pakai pisang jenis pae??pisang banyk jenis kan..semua pun boleh ker???help me..

    • che petuache petua says

      Salam Eja,

      Pisang apa pun boleh. Sebab tu saya tak sebut jenis pisang secara spesifik. So, cari jer pisang yang murah dan senang nak lenyek hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>