Salam,
Siapa suka bela kucing? Mengikut statistik jabatan haiwan malaysia, setiap 6 daripada 10 binatang peliharaan adalah kucing… hehe.. lawak jer.. statistik tuh che petua yg reka sendiri.. hehe..
Memelihara kucing memang seronok. Lebih-lebih lagi bagi mereka yg selalu kena tinggal kat rumah, dok sorang-sorang.. At least ada gak teman berbual kan.. ahaks.. Ehh.. tak caya ker.. kalau tak caya sekali-sekala cuba bersembang ngan kucing tuh, korang akan perasan bahawa kucing sebenarnya macam faham jer apa yg kita cakap.. cuma dia nak dengar cakap ke tidak tuh lain cerita lah kan…
Itu yg cerita manisnye pasal kucing nie. Yang tak manisnya pulak kalau kucing tuh berak.. tambah lak yg tak reti bahasa langsung jenis berak atas kusyen ker, kat karpet ker atau mana-mana tempat ikut suka dia jer.. Kalau kucing sendiri tuh dah kira panas lah kan.. nak hot lagi kalau kucing dari rumah jiran ker atau ntah dari mana-mana ntah datangnya… camna nak buat..!?
Hari nie che petua nak kongsi petua camna nak ajar kucing supaya lebih berdisiplin. Supaya dia tak berak merata-rata lagi.. Memang ada cara keras.. iaitu ambil penyapu dan pukul atau halau dia.. tapi tak elok tau buat camtuh.. Rasullullah s.a.w. pun cukup sayangkan kucing. So, kita pun kena lah berhemah dalam berdepan ngan kucing tak berdisiplin nie…
Petua nak ajar kucing supaya tak berak merata-rata
Ambil sebatang lidi. Alah… lidi daripada penyapu lidi @ kelapa tuh.. Pas tu ukur lidi tuh kat ekor kucing. Ambil ukuran daripada buntut kucing sampai ke hujung ekor. Kendian patahkan batang lidi tuh ikut ukuran tadi. Yang selebihnya buang.
Dengan menggunakan lidi yg ikut saiz ukuran tadi, ketuk-ketukkan kepala kucing tuh dua tiga kali dan tunjukkan kat tempat dia berak tuh.. Buat gaya cam cikgu disiplin tengah pegang rotan dan ajar murid-murid yg nakal.
Cakap kat kucing tuh supaya jangan lagi berak kat tempat tuh dan tunjukkan kat mana dia boleh berak.. contohnya kat kotak pasir yg korang sediakan ker atau kat tepi parit ke atau seangkatan dengannya.
Pas tu dengan lidi tu juga cuit sikit tahi yg kucing tuh berak dan letakkan kat hidung dia, biar dia hidu.. InsyaAllah, paling banyak pun dalam 3 kali korang buat camtuh.. lepas tuh kucing tuh tak berak lagi kat tempat tuh.
ATAU
Sepertimana yg korang tahu, kucing biasanya akan berak di tempat yg sama. So, bila dah kenal pasti lokasi strategik tuh, cuba letakkan benda tajam contohnya cucuk batang lidi ker atau apa-apa benda lagi yg korang boleh fikir.. kat tempat dia berak tuh.. Next time bila dia datang lagi kat tempat tuh, baru jer dia nak melabuhkan punggung terus tercucuk.. Sure dia tak jadi nak membuang hajat kat tempat tuh dan terpaksa cari tempat lain lak.
lindaOnn says
beli je pasir kucing. buat penat je mengarang
che petua says
terima kasih kerana berkongsi idea…
nur sarah says
kalau dia x ikot ape yg kite ajr mcm mane??????
che petua says
Maknanya kucing tu memang ‘degil’ ler.. hehe… Kata orang, batu yang keras kalau dicurah ngan air setiap hari lama-lama akan berlekuk juga.
nur sarah bte johari ishaf says
kalau x jadi jugak macam mane???
che petua says
Hmm… fening jugak nie.. betul lah tu, kekadang cikgu dah penat-penat ajar bermacam cara tapi anak murid tak dapat jugak… nak buat camna kan..
Agaknya kena kasi dia pakai pampers lah kot.. hihi…
bmnsolution says
Paling mudah guna produk dari jepun cat repeller.
Murah dan berkesan
lawati -> duniakucingmanja.blogspot
atau hubungi saya bmnsolution@ gmail.com
che petua says
Dik.. kalau nak ‘promote’ pun harapnya letak ler nama atau nickname yg okey2 sket. Saya dah EDIT nickname tu.. ada ker pegi letak email jer..hihi.. Lain kali kalau letak nama sendiri rasanya lagi cantik..
Takpe lah kali nie kasi can lah…
nur sarah bte johari ishaf says
klau kte nk halau kucing tu dari cikgu ajar di atas semua ni mcm mane?
carnationbeauty says
huhu, masalahnya kucing saya xtakut lidi or rotan sbb mainan diorang memang lidi dgn rotan.
che petua says
Hmm… saya cadangkan untuk guna kulit durian untuk menggantikan lidi tu.. settle masaelah… ahaks…
adah says
salam,kak. sye pening lah gak dgn ragam 2 ekor kucing sye ni. nk marah tu, rse simpati kt diorg wat sye cool je..bkn stakat berak,tp pancut merata2 gak. biasalah, kucing jantan ..kat langsir pun smpt2 nak pancut. tolong sye kak.
che petua says
Salam Adah. Yes, that’s it.. keep your calm and be cool girl. Kalau nak marah tu, ingat satu jer.. Allah suruh kita sayangkan haiwan, dan Rasullullah sayangkan kucing. So, banyak pahala tu kalau kita bela dan belai kucing.
Kucing kat rumah saya pun sama gak lah. Tiga ekor semuanya. Sesekali diaorang buat juga. Saja dia buat2 lupa walaupun dah dipesan berkali-kali bahawa nak ‘membuang’ kena kat sini.. tak leh buang merata-rata seperti kat situ, sanda dan sinun.. 🙂
Salah satu teknik yang saya guna ialah pegang tongkat atau rotan. Tapi jangan dipukul. Just ‘gempak’ jer. Agak2 kucing tu baru nak betulkan posisi nak ‘buat kerja’ terus ketuk-ketuk tongkat tu. Diaorang dengar jer bunyi tongkat tu terus terbantut.. So, cubalah cara ni pulak.
ameera says
salam.. saya ade 4 ekor kucing haiwan pelihraan.. masih kecil tapi dah x minum susu ibu dia.. ayah saya dah marah2. jiran pon sama.. saya nak Tanya jika ade sesiapa yang berminat nak bela kucing sila pm saya di no : 0129969757..kucing2 tu comel semua.. maaflah tumpang promote..
fateha says
awak tinggal mana?
qaseh says
salam cik ameera tgl di mana ada lg ke kuching2 tuu..
TQ
aa1bsmkdhtk says
salam cik ameera ade lagi ke kucing tu… nak?
rasid says
awak kat mana, awak2 kat mana
Farha says
tak jadi la lidi tu… heheheeheh.. end up saya kurung jek dalam rumah
MB says
kucing ekor bengkok camna eh,….
Bro j says
Apa kata kalau kita tuangkan minyak tanah di kawasan yg selalu kucing tu berak…mungkin dia akan berpindah ketempat lain disebabkan dia terhidu minyak tanah dikawasan itu..
najminakilah azmi says
Saya dah buat tak menjadi masih kencing lagi dekat situ
Anon says
Semua petua tak menjadi ni.. kalau jentik bontot kucing tu betul ke?
Bontot says
Lidi tu cucuk dulu kat buntut dia lpas tu baru cucuk kat tmpat dia suka mnabur. Nnt dia nmpk je dia dh takut.
Wawa says
Botol kosong yg dh dibuang plastik isi air berwarna merah. Susun kwsn yg kucing selalu dok lalu. Nanti dia x berani dkt…