Petua Lembutkan Daging

Kekadang bila kita beli daging kat pasar atau hypermarket ker silap-silap terbeli daging yg liat. So, camna nak buat?

Bercakap pasal daging ni pula, kalau korang memang ada bakat chef, korang akan sedar bahwa bahagian tertentu daging lembu adalah berlainan keadaan dan rasanya. Hmm.. ini tips yg che petua dapat masa nonton rancangan masakan katdaging liat estro tempohari.

Oleh itu, sebenarnya cara memotong daging pun kenalah betul caranya supaya daging tersebut cepat empuk bila dimasak. Cara memotong daging yang betul ialah dengan menyerong atau melintang ikut alur-alur daging tuh. Apabila daging dipotong sedemikian, maka ia lebih cepat empuk bila dimasak.

Selain tu ada beberapa tips lain untuk mengempukkan daging bila masak gulai daging:

Petua Masak Daging Supaya Cepat Empuk

  1. Bila masak gulai daging, masukkan juga buah keras yg telah ditumbuk lumat ke dalam gulai tu.
  2. Bila masak daging dalam periuk belanga, cuba masukkan sebatang sudu yg diperbuat daripada tembikar.
  3. Sebelum daging tu digulai hendaklah digaul terlebih dahulu dengan tepung dan kicap selama setengah jam. Lepas tuh barulah dimasak macam biasa.
  4. Untuk masak daging supaya lebih empuk cuba cari betik muda yg masih kecil. Buang kulitnya dan bersihkan. Kendian hiris dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam masakan gulai tu.
  5. Tempe juga boleh mengempukkan daging. Ambil sepotong tempe dan masukkan sekali ke dalam gulai yg dimasak.

laman petua:

petua melembutkan daging, cara melembutkan daging lembu, petua lembutkan daging, petua melembutkan daging lembu, cara lembutkan daging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>