Zaman sekarang nie mudah jer asalkan ada duit. Kalau rasa nak makan pizza, telefon jer untuk order.. nanti ada lah orang hantarkan. Kalau rasa nak makan pisang goreng pun telefon jer.. hehe… Err.. kalau pisang goreng tu kena usaha lebih sikit lah, kena pergi beli sendiri.. ahaks… tapi itu pun kira mudah ler sebab tak yah susah-susah nak goreng pisang tu…
Tapi kalau ada sesapa yang rajin dan memang suka nak menjamu keluarganya waktu petang dengan pelbagai kuih-muih dan apa-apa hidangan buatan sendiri.. ni haa che petua nak kongsi petua camna nak jadikan pisang goreng tu lebih enak dan garing…
Petua Goreng Pisang
Petua untuk menjadikan pisang goreng lebih rangup, berkerak dan garing sebenarnya agak mudah. Semasa membancuh tepung tu, masukkan beberapa ketul ais ke dalam tepung. Lepas tu kacau campuran tepung tersebut sehingga berbuih.
Setelah itu, masukkan pula sedikit minyak masak yang panas ke dalam bancuhan tepung bersama pisang dan bolehlah mula menggoreng. Cubalah…
mos says
terbahek!!
che petua says
Ohh.. bunyi cam orang terbatuk jer.. hihi… Dah try ker pisang goreng ais tu? Ibu saya kalau bancuh tepung siap tambah kapur sikit.. hmm.. kejap jer sold-out..!