August 22, 2014

Petua Halau Kelawar

Semalam sedang che petua asyik melayari internet tetiba ada ‘benda hitam’ berlegar-legar kat ruang rumah. Waktu tu dah memang lewat sangat dah dan semua ahli keluarga yang lain dah lama tidur. Cehh… berderau jugak ler darah dibuatnya..!

Dalam keadaan kelam-kabut tu sedar tak sedar che petua dah pun meniarap kat lantai… ahaks… Ye lah, dibuatnya benda tu hinggap kat kat atas kepala atau terus melekap kat muka maunya demam seminggu.. hehe..

Setelah dibelek beberapa lama barulah che petua sedar ‘benda hitam’ yang berlegar-legar tu rupanya seekor kelawar. Hmm.. laju sungguh dia terbang ke sana ke mari dan tak pernah berhenti langsung untuk hinggap kat mana-mana. Agaknya ia tengah mencari jalan keluar lah tu.. tapi dari mana dia masuk pun entahlah…

Dalam dok mencari ‘solution’ tu entah berapa lama masa berlalu. Tapi rasanya memang lama betul.. sampai berpeluh juga ler badan nie.. hehe.. Tapi fikir punya fikir akhirnya dapat gak idea..! Tau apa yang che petua buat?

Petua Menghalau Kelawar

Kelawar kan tinggal dalam gua atau tempat yang gelap. Dia cuma keluar waktu malam jer.. So, che petua terfikir mungkin dia tak dapat cari jalan keluar sebab dia memang tak nampak kerana cahaya terang sangat… hehe.. Jadi che petua merangkak ala-ala combat ke suis lampu dan tutup lampu biar suma gelap. Pas tu merangkak sekali lagi ke tingkap dan buka mana-mana tingkap yang boleh seluas-luasnya. Hmm… alhamdulillah tak lama lepas tu akhirnya kelawar yang tak diundang tu akhirnya keluar.. lega sungguh..!

Lepas pada tu che petua pun ‘search’ lah dalam internet. Ikut info yang che petua jumpa katanya kelawar nie sebenarnya bukannya dapat melihat dengan jelas pun… oh cam gitu rupanya..! Tapi ia terbang atau ‘navigate’ berpandukan  ’ultrasound’ yang dikeluarkannya.

Kalau ikut petua lama pulak, untuk menghalau kelawar yang banyak terdapat di kawasan rumah ialah dengan membakar belerang. Bakar belerang tu sehingga mengeluarkan bau busuk. InsyaAllah tak lama lepas tu kelawar-kelawar tu akan bertempiaran lari.

laman petua:

cara menghalau kelawar, cara halau kelawar, kelawar masuk rumah, halau kelawar, petua menghalau kelawar
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*