Petua Halau Lalat

Salam buat semua,

Ari nie che petua nak kongsi pulak pasal petua halau lalat.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan ngan tempat pembiakan seperti kandangpetua halau lalat kambing atau lembu hampir pasti akan berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan  nie setiap hari.  Paling teruk kalau rumah kita berdekatan dengan reban ayam.. Ohh.. Tuhan saja yg tahu..

Bukan senang nak layan lalat nie.  Makin kita tegur makin menjadi-jadi.

Bila dah maklum ‘tegur’ lalat tak jadi, maka beralih lah kita kepada tuan/puan empunya reban atau kandang tu tadi… kesudahannya.. dalam kebanyakan kes pastinya hampa bila dibuat tak peduli dan dipandang sepi.

Jika dah demikian halnya, maka apa lagi yang boleh diikhtiarkan? No need to deeply worried, setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Ini dia petua nak halau lalat

Cuba titiskan sedikit sabun peluntur pada kain dan lap kat tempat-tempat yg menjadi tumpuan atau zon penerbangan lalat tuh. Seeloknya lapkan kat seluruh bahagian dapur, kat meja, kerusi, sinki dan semua tempat yang boleh dilap.  InsyaAllah, tak berapa lama lalat dah tak kelihatan lagi.  Lalat kan tak berapa berkenan ngan tempat bersih, betol tak?

ATAU


Ambil secekak daun sup bersama daun bawang yg masih mempunyai akar dan letakkan keduanya di dalam bekas berisi air.  Letakkan kat zon penerbangan tadi. Dikatakan aroma daripada daun tersebut boleh menghindari lalat. Cuba cara nie. Tak cuba mana nak tahu…

laman petua:

petua halau lalat, cara halau lalat, cara menghalau lalat, halau lalat, petua menghalau lalat

carian terbaru…

Comments

    • che petuache petua says

      Thanks Nha atas petua baru ni. Hmm… ikut pemerhatian saya ada juga orang yang letak daun pandan kat atas meja makan atau tempat2 tumpuan lalat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *