December 21, 2014

Petua Halau Lipas

Eeeii…. gelinya!  Haa… ramai yang macam gini kalau berdepan ngan lipas, baik perempuan atau lelaki, kalau dah geli tuh geli lah.. tak bleh nak cakap apa dah..pull stop! hehe..

Masalahnya pulak lipas nie lak senang sangat membiak kat mana-mana. Kawasan-kawasan yg kotor, lembap dan terselindung itulah tempatnya. Takpetua halau lipas caya cuba check kat dalam laci meja tuh, nak pulak yg jenis suka tinggalkan lebihan bungkus jajan atau coklat kat dalam laci pas tu terlupa nak buangkan…

Okey.. ini ada petua nak membasmi lipas nie..  mungkin lipas kat rumah boleh guna satu petua, tapi utk lipas kat ofis lak kena guna petua halau lipas yg lain.. So, cubalah mana-mana yg patut yer..

Petua Halau Lipas

Ambil sabun buku yg wangi tuh (tak kisahlah brand apa pun janji wangi). Potong kecil-kecil, lagi kecil lagi bagus.  Dah tu, masukkan dalam laci atau apa-apa bekas yg dirasakan tempat lipas bertapa.  InsyaAllah, lipas akan menjauhi tempat tuh.

Petua Elak Lipas

Ambil hujung timun atau pangkalnya.  Letakkan di tempat yg kelihatan banyak lipas.  Lipas samada akan mati atau dah tak kelihatan dah kat tempat tu.

Selain timun, dikatakan lemon juga boleh dijadikan sebagai alternatif. Potong dan letakkan hirisan lemon kat situ dan lipas akan bertempiaran lari. Tapi bila selepas beberapa hari bila lemon tuh kering, cepat-cepatlah tukarkan yg baru.

Petua Elak Lipas Membiak

Selain tu lipas juga tak suka dengan bau kapur barus. So, letakkan kapur barus di tempat yg selalu banyak lipas. Tak lama lepas tu lipas dah tak kelihatan lagi.

Petua Halau Lipas

Satu lagi petua ialh dengan menggunakan daun pandan.  che petua selalu gunakan petua ni sebab banyak daun pandan kat rumah.  Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat lipas-lipas tu melepak contohnya kat dalam lemari ke bawah katil ker atau kat dalam kabinet dapur dsb.nya. Lipas akan lari dan cawan pun tak pecah.. chewah!

Daun pandan bukan setakat halau lipas, ia juga boleh mengharumkan tempat tu sebab baunya wangi.

Selain daripada daun pandan ada jugak orang guna daun kari.  Letak jer kat tempat-tempat lipas tuh dan lipas dikatakan akan melarikan diri. Cumanya mungkin tak ramai yg guna kaedah nie sebab sekarang nie susah nak dapat daun kari nie.. Hmmm.. serbuk kari pun kira boleh lah kot.. ahaks… gurau jer ye..

laman petua:

petua halau lipas, lipas, petua menghalau lipas, cara menghalau lipas, cara halau lipas
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Aida says:

    suka petua ni, thanks sbb kt rumah memang banyak lipas

  2. Diana says:

    terima kasih.. nanti nak cuba la.. erm, nk share kt kwn fb la.. mintak izin ye..

  3. Bb says:

    Sya nk cuba smua ptua kat dlm nie… Biar lipas kt kdai habis ..lenyap…. Sya x ble tdo gara2 lipas la nie…. Bru nk lelap mata…sekor2 lipas ni kluar…. Siap la ko lipas…..thanks ptuanya…

    • che petua che petua says:

      You are welcome Bb. Eloknya cari sarang lipas tu kat ne dan pastikan takde sekor pun tinggal. Lipas nie memang senang membiak dan memang susah nak mati.. cam dalm citer “Oggy and the Cockroaches” tu hehe…

  4. Terima kasih atas tips berguna ini. rumah saya memang banyak lipas. InshaAllah moga menjdai saya nak guna tips ni nanti :)

  5. Effa says:

    Rumah saya banyak sangat lipas. Kalau balik kampung mereka seperti merayakan perayaan je. Puas sembur dah. Lepas nie nak guna petua sis. tq sis :)

Speak Your Mind

*