September 21, 2014

Petua Halau Semut

Satu jenis serangga yang sering terdapat di mana-mana adalah semut.  Semut seperti yang kita tahu mudah tertarik ke tempat hidangan makanan terutama yang manis bergula. Silap cara menghalau semut ini kita pula yang digigit.

Kata orang yang suka berkata, “Kalau tak mau kena penyakit kencing manis, tapi suka makan gula… biarkan badan selalu digigit semut”… kih.. kih.. kih…

Tapi kalau tak mo digigit dan mahu tahu cara untuk membuang semut di dalam bekas gula yang sudah dikerumuni semut, cuba petua ini.

Petua Halau Semut

Letak sebilah pisau di bawah bekas atau balang gula yang dikerumuni semut tersebut. Biarkan beberapa minit, dan semut-semut akan kelihatan berkumpul di satu tempat. Maka lebih mudahlah untuk membuang semut-semut tadi.

Berikut merupakan beberapa lagi kaedah berkaitan petua halau semut…

Lindungi Balang Gula Daripada Semut

1. Ambil seutas tali atau kain perca. Lumurkan dengan minyak kelapa.  Kemudian ikat atau lilitkan kain atau tali yang telah dilumur dengan minyak tadi di sekeliling balang gula. Insya-Allah semut tidak akan merayap masuk ke dalam balang.

2. Letakkan sekurang-kurangya 3 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bunga cekih dikatakan mampu menghindari semut dan juga menambah bau harum pada gula yang disimpan.

Elak Semut Panjat Meja Hidang Makanan

Sediakan tali atau kain perca yang dilumur dengan minyak kelapa atau minyak masak.  Lilitkan tali atau kain tersebut pada setiap kaki meja, perabot atau yang seangkatan dengannya.

laman petua:

petua halau semut, halau semut, cara halau semut, petua elak semut, cara menghalau semut
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Zaherah says:

    bez gler blog ni..fiz time singgah n i will be ur pembaca yg setia la..bez gler!!hahahaha..klw bleh nak taip bez bnyk2 kli..hehehe…. :)

    • che petua che petua says:

      Hehehe…apa yang bestnya tu Zaherah… makaseh atas sokongan, tapi nak tergelak pun ada baca komen you nie.. ahak..

  2. Suzana says:

    Agreed with Zaherah.

    first time singgah sebab cari pasal taugeh terus melekat baca semua petua non stop. Syabas! ;)

Speak Your Mind

*