April 25, 2014

Petua Halau Tikus

Tikus yang bermaharajalela di sekitar rumah bukan sahaja ditakuti perempuan, kekadang tuh kaum lelaki pun boleh jadi menggelabah untuk berhadapan dengan binatang perosak nie.

Cara yang biasa untuk menghalau tikus ialah dengan memelihara kucing. Sebab tikus takut dengan kucing.

Tapi almaklumlah pulak.. siapa pula yang sanggup menjaga kucing tu… lebih-lebih lagi kucing yang tak faham bahasa… yang membuang sana-sini.

Ini ada beberapa tip atau petua halau tikus:-

1.  Cuba gunakan kapur barus.  Hancurkan kapur barus secara kasar dan taburkan di laluan yang biasa kelihatan tikus.  Tikus tidak gemarkan bau kapur barus.

2.  Gunakan minyak pudina.  Tuangkan minyak pudina pada beberapa helai kertas atau kain. Kemudian letakkan kertas atau kain tersebut di tempat-tempat strategik yang dilalui tikus.  Tikus juga tidak sukakan bau pudina.

3.  Cara yang sesuai digunakan jika tidak ada anak kecil di rumah ialah dengan memasang umpan menggunakan racun tikus. Cara ini selalunya memang berkesan. Yang jadi masalah kemudian hari ialah untuk mencari bangkai tikus tu kerana baunya sudah tentu mengganggu lobang hidung yang dah biasa menyedut udara nyaman selama ini.

4.  Satu cara lagi ialah dengan gunakan perangkap tikus.  Letakkan umpan yang baik punya contohnya pizza atau KFC … Tak lama kemudian anda tentu mendapat hasilnya.

laman petua:

cara menghalau tikus, petua menghalau tikus, tikus, halau tikus, perangkap tikus
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. zam says:

    aku mmg bengang dengan tikus nie,,umah aku ada tikus turi yg mulut tajam tu..tak tahan dengan bau dia busuk la..tak mandi kot..toloonnggg

  2. azas says:

    Guna pokok durian belanda mmg berkesan. Dah try.

    • che petua che petua says:

      Terima kasih Azas atas perkongsian anda. Cuma kalau boleh perincikan lagi caranya lagi cantik.. Nak letak sebiji-sebiji ke atau boleh dibelah ke atau bagaimana? Mesti ramai yang nak tahu nie.

  3. mael kota says:

    nak tanya satu soalan .. kalau pakai penghalau ultrasonic tu berkesan tak? katanya haiwan tak suka bunyi dia .. tapi saya tak try la sbb saya ada bela ikan kelisa .. nak bagi tikus lari takut nanti kelisa saya kojol .. huhuhu sapa ada pengalaman tentang ultrasonic nih boleh kongsi yer ..tenkiu

  4. aabi miza says:

    Says Ade jual alat halau tikus ultrasonic. Is mhalau tikus menggunakan gekombang bunyi.

    Call 013-3345281 jima minat

  5. bad says:

    Salam cik. Mungkin saya boleh share satu produk untuk menghalau tikus ni sekiranya semua cara yang di gunakan x menjadi. Mana tau boleh membantu. Produk ni namanya rat repellent & berasal dari Jepun. Ia mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus x selesa dan segera beredar. Yg penting murah, tak menyeksa binatang & x perlu behadapan dengannya. Boleh tengok detail produk di http://www.tenringgitshop.com.
    Harap selesaikan masalah

    • che petua che petua says:

      Oh.. bisnesman Encik Bad ni. Hmm.. bagus tu, saya suka. Sambil berniaga sambil membantu menyelesaikan masalah orang lain. InsyaAllah berkat dan bertambah-tambah rezeki. Amin…

      Alang-alang saya dah reply komen nie, terdetik lak hati nak berkongsi satu petua. Jangan marah lah ye, just bagi pendapat kecil saya nie. Salah satu tip berkaitan berniaga.. berkaitan nama atau nickname tu.. mungkin elok kalau pakai nama penuh atau tukar ke nama panggilan lain. Orang kita memang baca dan sebut ‘bad’ as in ‘Sa-ad’. Tapi kalau bukan orang kita, atau pun sesiapa sahaja lah sekali pandang… tengok ‘bad!’ dan terpikio maknanya dalam bahasa inggeris. Nampak macam remeh tapi ada kesan (psikologi) tau. Mungkin tak semua yang macam tu, tapi rasanya memang adalah kan..

Speak Your Mind

*