Salam buat semua,
Amacam… faham ker tajuk petua kali nie? Jentik nyamuk sampai mati ker… hihi… Sebenarnya hari ni che petua nak kongsi pasal petua hapuskan jentik-jentik a.k.a anak nyamuk.
Hmm… perasan tak nyamuk kat rumah kita nie datangnya bermusim. Kadang tak ada langsung dan kekadang tuh.. uihhh.. tak kuasa nak menampar.
Nyamuk-nyamuk nie biasanya akan meramaikan rumah kita lebih-lebih lagi bila musim panas, rasanyalah. Bila kurang hujan, air parit kat rumah tu biasanya tak berjalan lancar betol tak. Hmmm… masa tulah nyamuk-nyamuk nie beranak-pinak kat situ. Kitaran hidup nyamuk dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa 7 hari sahaja.
Ada orang kata alaaa… setakat nyamuk tuh tak heranlah.. hmm… tapi kalau nyamuk aedes yang bawa demam denggi tuh camna?? Tau tak sampai kini belum lagi ada anti virus atau vaksin yang betul-betul confrim boleh ubat demam denggi.
Takpa.. meh kita pakat hapuskan nyamuk err… anak-anak nyamuk nie.
Petua menghapuskan jentik-jentik nie memang mudah. Yang pentingnya, kita kena selalu siasat kat mana nyamuk-nyamuk nie membiak. Of coz tempat air bertakung lah kan… Haa… terlangkupkan lah air dalam takungan pasu tuh supaya air tak bertakung. Tapi kalau nak biarkan air kat dalam pasu atau bekas tuh misalnya kerana ditanam pokok teratai ker, kat dalam bekas tuh cuba masukkan dua titis minyak masak atau minyak bayi. Tak lama kendian jadi arwah ler suma jentik-jentik tuh..
Antara tempat jentik-jentik berkumpul termasuklah:
- Bekas bunga kat dalam rumah. Pastikan tiada air takung. Tak pun ikut petua di atas.
- Pasu bunga kat luar. Sama ler.. ikut petua.
- Pam tandas. Bukan mangkuk tandas yer.. pam yang utk flush tuh.. Selalunya ramai yg terlupa nak buat penyiasatan kat situ.
- Baldi kat dalam bilik air. Telangkupkan jer bila dah habis guna.
- Tin atau bekas-bekas kosong yg kat kabinet dapur atau kat luar rumah. Pastikan takde air bertakung.
- Parit. Pastikan air mengalir lancar dan rajin-rajinkan diri utk mencuci setiap minggu.
Kalau tak buat tiap-tiap hari pun tak mengapa. Tapi janganlah sampai jentik-jentik dah jadi nyamuk-nyamuk nakal.
Leave a Reply