October 1, 2014

Petua Hilangkan Batuk

Batuk berterusan memang memenatkan.  Kepada yang terkena penyakit batuk pastinya merasai betapa perit dan terasa terganggu aktiviti harian.

Bagi kebanyakan orang minum ubat batuk sudah cukup untuk menghilangkan batuk.  Namun ramai juga yang tidak merasakan ubat batuk memberikan kesan yang diharapkan.

Malahan ubat batuk jika kerap diminum dikhuatiri akan membawa kepada ketagihan pula.

Ini petua hilangkan batuk.

Sediakan 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih.

Kemudian parut buah pala  dan perah limau nipis tadi. Campurkan buah pala yang diparut dan air perahan limau nipis tersebut bersama-sama dengan minyak kayu putih.

Setelah itu gosoklah dibelakang pesakit.

Ramuan ini hanya untuk sekali pakai.

Cuba amalkan petua ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Dengan izin Allah, penyakit batuk akan beransur sembuh.


laman petua:

petua hilangkan batuk, ubat batuk tradisional, petua menghilangkan batuk, cara menghilangkan batuk, cara hilangkan batuk
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. maiza says:

    saya batuk dan demam…kalau petua demam macam manapula ee..

  2. amieyra naz-ira says:

    sy mengalami batuk yg teruk hari ini.dari pg hinggalah skrg.tidak berhenti2.smpaikn ketika mandi ptg td,sy terjatuh di lantai akibat batuk yg trlalu teruk.selama 19 tahun sy hidup,this is the first time batuk yg teruk.ubat dah sy mkn,tp tak mnjadi.sape2 yg punya cara,please bantu sy skrg.sy harap sgt2.smpaikn nak tidor pon tak boleh.please reply me.tlg la sy.jasa baek kalian tak kn sy lupa.tlg sy.sy harap sgt2

    • che petua che petua says:

      Risau che petua dengar… kalau dah sampai terjatuh kat lantai tu.. dah kes berat tu..huhu…

      Amieyra ada beritahu dah makan ubat. Cuma che petua nak tanya ubat tu yg dibeli di farmasi atau yg doktor bagi. Maksudnya dah pergi check ngan doktor ke belum? Apa2 pun sebaik-baiknya pergi lah dapatkan rawatan dari doktor terlebih dahulu untuk dapatkan kepastian sebab mungkin batuk tu hanya simptom atau gejala akibat penyakit lain yg lebih serius.

      Tapi kalau doktor yg merawat dah bagi kepastian bahawa ia kes batuk biasa… hmm… mungkin awak boleh ikhtiarkan petua sembuhkan batuk nie.. Petua nie juga dikenali sebagai petua batuk 100 hari kerana orang yg kena batuk nie biasanya akan batuk berterusan selama berhari-hari..

      Petuanya ialah cari akar pokok kemuning cina. Cari yg bunganya warna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada belakang atau buntut pasu dan tambahkan hasil asahan tu dengan sedikit air. Lepas tu tambahkan pula dengan sedikit kemenyan yg diasah.

      Minumlah air ramuan tu dua kali sehari. Dikatakan jika diamalkan dengan betul, dalam masa 2-3 hari batuk tu akan sembuh. InsyaAllah.

Speak Your Mind

*