December 21, 2014

Petua Hilangkan Bau Badan

Ada sesetengah orang yang mengalami masalah badan berbau.  Yang buat keadaan menjadi bertambah parah ialah bagi mereka yang tak sedar bahawa badan mereka mengeluarkan bau yang tak menyenangkan terutama ketika mereka berpeluh. Keadaan sedemikian sebenarnya meletakkan orang lain terutama rakan-rakan yang berada berhampiran dengan kita dalam keadaan serba salah.. Nak ditegur takut terguris lak hati.. tak ditegur hmmm… sampai bila nak tahan dari terus menghidu bau yg kurang enak tuh…

So, bagi mereka yang pernah berhadapan dengan situasi demikian – iaitu nampak macam rakan-rakan macam cuba menjauhkan diri pada waktu-waktu tertentu… cuba-cubalah siasat tengok apa puncanya bila angin tak ada, ribut tak ada tetiba jer orang yg berada berhampiran pakat-pakat menjauhkan diri.. Kebiasaannya sebab badan tuh berbaulah.. huhu..

Kita sendiri mungkin tak sedar.. sebabnya hidung kita dah lali dengan bau badan sendiri.. so, cara yg terbaik ialah cubapetua hilangkan bau badan tanya sahabat baik kita.. minta dia cakap terus terang sejujur-jujurnya seikhlas hati setulus suci.. Err.. you.. badan kiter ni kekadang bila peluh ada bau pelik ker?  Kalau agak segan atau malu kucing tuh.. cuba telefon mak bapak kat kampung.. tanya diaorang.. lagi puas hati.. hehe..

Okey.. kalaupun ada sesiapa yg ada masalah badan berbau nie, jangan gusar.. ada petua untuk menghilangkan bau badan nie.. Petua nie elok dicuba, siapa tahu mungkin mujarab kesannya.. so, tak yah lah kita membazir duit beli minyak wangi sebulan sekali.. hehe..

3 Petua Hilangkan Bau Badan

Petua 1:  Boleh gunakan daun sirih.  Daun sirih nie dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.

Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.  Biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk minum air rendaman tuh. Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.. Kalau rasa macam tak berapa lalu nak minum air rendaman tuh, boleh lah tambah sikit gula.

Petua 2:  Timun juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan. Caranya pun simple gak.  Potong timun kepada beberapa kepingan kecil.  Semasa mandi, gosokkan kepingan timun tuh pada seluruh badan. Setelah itu barulah dibilas bersih.

Petua 3:  Kalau tak selera nak minum air sirih, boleh guna bunga cengkih. Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang.  Kemudian minum air rendaman tersebut. Amalkan sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau.

laman petua:

hilangkan bau badan, hilangkan bau ketiak, petua hilangkan bau ketiak, cara hilangkan bau ketiak, petua hilangkan bau badan
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. bau ketiak says:

    timun tu kalau makan dengan nasi lemak best jugak tu..hehe

  2. ain says:

    Saya berusia 17 tahun dan saya mempunyai masalah tentang bau ketiak.ketiak saya akan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk.saya sudah bertukar kpd beberapa jenis deodorant yg berlainan tetapi saya masih menghadapi masalah tersebut.ada cara untuk selesaikannya?

    • che petua che petua says:

      Kalau orang lelaki, rata-ratanya buat donno jer kalau ketiak berbau.. ngeh.. ngeh..ngeh..

      Tapi ini masalah the problem nie untuk orang pompuan. Ikut pesanan orang lama, salah satu usaha untuk mengurangkan bau ketiak masam ialah kena banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Supaya badan dapat lebih banyak zat vitamnin. Tapi vitamin yang mana satu.. che petua tak tahu pula lah..

      Luckily, ada juga petua warisan berkaitan bagi mewangikan ketiak iaitu dengan menggunakan daun pandan. Ain boleh cuba cara nie.

    • watiey says:

      ok..cuba tukar kepada deodorant ni..sy da cuba,ternyata berkesan..cari kt farmasi apex ataw guardian PERSPIRE X..bc kt label tu cr penggunaan..alhamdulillah pastu xpyh pakai lg deodorant sbb kt xkan berpeluh..bau pun hilang..jbn risau ia selamat sbb di rekomen oleh doktor pakar kulit di melaka..sekian hrp dpt membantu..

  3. tak ade name says:

    che sye nk taye.. kat farmasi ade ubat tok ketiak berbau nme bnde tu smelling no more.. sye ta beli agi.. tpy bnde tu berkesan ke??

    • che petua che petua says:

      Saya tak pernah pakai atau tahu sesiapa yang pakai. So tak leh nak bagi ‘review’.

      Adakalanya kalau nak beli sesuatu produk baru, saya akan tengok kat rak tu selalu ke produk tu ditambah stok atau omputeh kata re-stock. Kalau kerap restock tu makna katanya memang larislah jualannya mungkin sebab ramai orang dah cuba dan terbukti berkesan.

      Bercakap pasal ubat-ubatan ni, pada pandangan saya ianya tak sama keberkesanannya antara satu orang dengan yang lain. Jadi tak semestinya bila saya kata berkesan, bila orang lain yang pakai akan merasai keberkesanan yang sama atau hampir sama.

      • tak ade name says:

        Ooo yeke.. sye tak tau la ubat tok ketiak berbau nii.. che klau tau ubat2 moden tok ketiak brbau gi tau ea.. kite nk gi farmasi agi tpy da tak tau nk cri ubat ape.. :(

        • mimiee says:

          hmm :( saya tak nak ketiak saya berbau . ade satu nih saye pkai rezona , tpi x berkesan laa . mcm mne saya nak hilngkn bau bdan ni haa ? sya malu dngn kengkawan syaa . tolongg sayaaaa !!!

  4. irfan faris says:

    walaupun tak la sekuat mana baunya, tapi sekali semerbak boleh buat orang pening. ada kenalan saya guna tawas untuk hilangkan bau badan hampir 20 tahun; memang dia dah apply dari muda dan masih lagi berkesan katanya. wow…memang konsisten member saya ni. lebih tua dari saya :D

Speak Your Mind

*