Petua Hilangkan Bau Kasut

Salah satu benda yang che petua tak leh tahan ialah bau kasut yang masam dan berbau hapak. Eii.. memang pening lalat dibuatnya dan kekadang tu rasa nak termuntah pun ada.

Biarpun ramai orang tak ‘selesa’ ngan bau busuk kasut tu, tapi apa nak buat kan… Kalau letak kat luar rumah nanti kena rembat lak… hehe…

Tapi sebenarnya ada cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk menghilangkan masalah bau kasut yang ‘menyeksa’ hidung nie.. hehe.. Di sini che petua nak kongsi 2 tips yang rasanya tak perlu modal yang banyak untuk menyelesaikan masalah bau hapak kasut…

Cara Menghilangkan Bau Masam Kasut

Kaedah pertama ialah dengan cara membungkus kasut dengan suratkhabar. Tak kisahlah suratkhabar lama ker atau suratkhabar baru, janji kertasa suratkhabar hehe… Ambil kasut dan bungkus dengan rapi dalam kertas suratkhabar kemudian simpan kat tempat yang ‘dingin’ atau lat mana-mana tempat teduh kat dalam rumah. Suratkhabar tu akan menyerap bau masam yang ada kat dalam kasut.

Tips Menghilangkan Bau Kasut

Cara yang kedua ialah dengan menggunakan kopi. Bungkus sedikit serbuk kopi dalam kertas tisu. Lepas tu letakkan ia kat dalam kasut. Dikatakan bau kasut akan jadi ‘neutral’ semula kesan dari aroma kopi.

Kalau nak guna cara nie, che petua nak pesan jangan guna kertas tisu yang terlalu nipis. Eloknya bungkus dengan dua tiga helai tisu lagi baik, sebab takut tertumpah lak nanti.. hehe… Lagi satu, tengok-tengoklah sikit… takut-takut ‘cik mut’ tertarik pula dengan serbuk kopi tu dan pergi berkampung kat dalam kasut.. tak ke naya.. ahaks..

laman petua:

cara hilangkan bau kasut, cara nak hilangkan bau kasut, cara menghilangkan bau hapak kasut, cara nak menghilangkan bau kasut, kasut berbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>