Petua Hilangkan Benjol

Bila sebut pasal benjol nie, teringat che petua masa kecik-kecik dulu… kalau ada kengkawan yang cergas sangat berlari sana-sini pas tu terjatuh atau terhantuk sampai bengkak atau naik benjol kat kepala.. hmmm.. mulalah lepas tu kitaorang start perli dia… Egg benjol satu..!

Kesian dia kan.. dah la sakit, pas tu kena perli lak lagi.. huhu…

Tapi biasalah kan.. bebudak kecik… bukannya ambil kisah sangat. Bergaduh sekejap, lepas dua tiga minit berbaik petua tradisionalsemula… Tak macam orang dewasa yang suka simpan di dalam hati.. ahaks..

Okay, berbalik kepada citer ‘benjol’ tadi… sebaik-baiknya kalau ada budak-budak kecil yang terhantuk dan kelihatan berbenjol di kepala, janganlah kita biarkan… Kena cepat-cepat ikhtiarkan supaya bengkak tu surut. Kalau dibiarkan, ada kemungkinan bengkak tu tak akan hilang sampai ke tua..huhu..

Tindakan yang biasa orang buat ialah ambil kain tebal yang bersih, bernafas atau hembus kuat-kuat untuk bagi kain tu panas, kemudian ditekapkan berulang-ulang kali ke bahagian yang bengkak tu.

Kalau yang pandai sikit, kain tu dituam ngan air panas, tak yah penat-penat nak menghembus. Ada pulak yang kreatif lagi, pergi seterika dahulu kain tu supaya lebih panas sebelum ditekap ke tempat yang benjol… hehe…

Tapi, selain daripada cara di atas ada beberapa petua lain yang lebih mujarab lebih-lebih lagi kalau bengkak tu memang besar.

Petua Menghilangkan Benjol


Kalau ada kesempatan ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol. InsyaAllah, ia akan surut secara perlahan-lahan.

Petua Merawat Benjol

Ambil asam jawa (kalu takde asam jawa, asam keping pun kira okey lah..). Campurkan asam jawa tu dengan sedikit air bersama sedikit garam dan gaulkan. Kemudian lumurkan campuran tu pada tempat yang bengkak tadi. Dalam 15 minit, benjol atau bengkak tu akan segera sembuh. InsyaAllah.

Petua Hilangkan Benjol

Kalau tak dapat cari bahan-bahan di atas, boleh pakai lagi satu petua yang lebih mudah. Gunakan ais ketul.

Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supay tak terlalu basah.

Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais nie, tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas. Sesiapa yang sering menonton sukan kat t.v tu tentu perasan benda nie.

Malah, kebanyakan doktor akan menyarankan kaedah meletakkan ais di tempat yang bengkak tu berbanding cara tuam dengan kain panas. Sebabnya, ais akan membantu mengecutkan saluran darah, manakala cara tuam ngan kain panas akan membuka saluran darah.

laman petua:

kepala benjol, petua hilangkan bengkak, cara menghilangkan benjol di kepala, cara hilangkan bengkak, benjol

carian terbaru…

Comments

  1. luqman says

    Saya ada benjol kt dahi ni tapi x tahu sbb apa. Saya rasa dulu waktu kecik pernah terhantuk. Ada tak cara untuk hilangkan benjol yg macam ni ?

    • che petuache petua says

      Benjol yang dah lama dan dah mengeras sukar nak dihilangkan. Tak mustahil untuk hilang tapi tersangatlah susah sebab ‘isi’ dah keras dan sebati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>