Petua Hilangkan Bintik Hitam dan Putih

Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, kehadiran bintik hitam atau black spots terutama di zon T (dahi dan batang hidung dan kawasan berhampiran) sememangnya merimaskan.

Selain dari bintik-bintik hitam, satu lagi ialah tompok-tompok atau bintik yang berwarna putih.

Hmm… che petua masih lagi tengah kaji samada bintik hitam dan putih nie merupakan bintik yang sama. Maksudnya, adakah sama sebagaimana sesetengah pendapat yang mengatakan asalnya bintik-bintik tu waktu mula-mula keluar akan kelihatan putih. Selepas beberapa lama warnanya akan bertukar menjadi hitam… hmm.. betul ker begitu?

Sekali-sekala che petua sendiri pun perasan ada bintik-bintik putih mula naik kat muka… Tiap kali berhadapan situasi sedemikian che petua akan pastikan membersihkan wajah lebih kerap dari biasa. Tapi tidak menggunakan sabun atau scrub sebab dikatakan sabun yang berlebihan akan menyebabkan wajah menjadi lebih kering. Takut muka jadi terlalu kering dan akhirnya kulit mengelupas pula huhu…

Malah ibu che petua sendiri pernah dinasihatkan oleh doktor. Kata doktor tu kalau bintik-bintik makin banyak kelihatan, itu tandanya paras kolesterol dalam badan kita tinggi. So, kena jaga pemakanan… kena pantang buat sementara waktu…

Ada pun bagi sesiapa yang tercari-cari cara tradisional untuk menghilangkan bintik-bintik hitam ataupun bintik putih di wajah tu bolehlah dicuba petua berikut… Berkesan ke tidak, saya tak tahu… setakat nie saya cuma basuh muka jer, pakai scrub 2-3 kali dalam seminggu dan pakai bedak sejuk… hihi… alhamdulillah setakat nie okey..

Kaedah Tradisional Untuk Menghilangkan Bintik Hitam dan Putih Pada Wajah

Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan tumbuk hingga lumat.

Lepas tu gaul sebati bawang tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur.

Kendian ambil beberapa helai tisu, basahkan sedikit dan letakkan pada muka. Pas tu tempel ramuan tadi kat atas  tisu dan biar hingga kering.

Akhir sekali bilas wajah dengan air suam.

Selamat mencuba!

laman petua:

cara menghilangkan bintik hitam, cara hilangkan bintik hitam, petua hilangkan bintik hitam, Cara menghilangkan bintik hitam di hidung, cara menghilangkan bintik hitam di wajah

Comments

    • che petuache petua says

      Yes my dear Syafiqah. Letak tisu dulu then baru taruh ramuan tu kat atas tisu. Itu caranya yang saya belajar. Nak dikatakan ‘memang kena letak’ atau wajib buat macam tu, hmm.. lain orang mungkin lain kaedahnya.

    • che petuache petua says

      Itulah penangan bawang. :)

      P/s: Maka tidak hairan lah kalau ada kupas bawang sambil menangis terisak-isak.. isk.. isk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>