May 26, 2013

Petua Hilangkan Bulu-Bulu Halus Pada Wajah

Sesetengah perempuan mungkin mempunyai hormon ‘lelaki’ yang agak lebih. Natijahnya, dia mungkin ada masalah di mana bulu-bulu atau rerambut halus pada wajah agak ketara.

Apa sekalipun, jangan sekali-kali dicukur rerambut atau bulu-bulu halus kat muka tu sebab ia akan menjadi bertambah buruk. Err.. bukan wajah menjadi buruk.. maksud che petua bulu-bulu tu akan tumbuh dengan lebih banyak dan ianya lebih kasar.

Bagi yang menghadapi masalah rerambut halus kat muka tu, mungkin boleh ikhtiar dengan mencuba petua berikut.

Petua Menghilangkan Rerambut Halus Pada Wajah

Pertama sekali kenalah sediakan beberapa bahan iaitu satu sudu gula, satu sudu putih telur dan satu sudu tepung jagung.

Untuk modus operandi (M.O)nya pula begini… Memula masukkan semua bahan-bahan tu dalam ‘blender’ dan kisar hingga sebati. Bila dah sebati, adunan bahan-bahan itu akan kelihatan seperti benda melekit.

Bila dah tersedia adunan tu, cuci muka dengan bersih dan kemudian lap dan pastikan wajah korang betul-betul kering.

Sapukan adunan tersebut pada seluruh muka. Kendian biarkan ia mengering macam kita pakai ‘facial mask’ tu. Setelah kering barulah ditarik perlahan-lahan untuk menanggalkan topeng adunan tu dan bolehlah dibilas muka dengan air suam sehingga bersih.

Cuba amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

laman petua:

petua hilangkan bulu kaki, cara menghilangkan bulu di muka, cara menghilangkan bulu roma di muka, petua hilangkan bulu roma di muka, cara menghilangkan bulu muka
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. karthik.s says:

    dey,,,ini bagos betol utk muke saye

    • che petua che petua says:

      Gembira dapat membantu. Semoga ramai lagi akan dapat manfaat daripada petua yang dikongsi nie.

      Kalau ada yang nak tambah atau kongsi petua lain LEBIH baguss….

      • amir amirah says:

        air lmau 2,kna cmpr dgan air biasa jga kew??gla 2,sbyk mna??

      • princess says:

        knapa saya buat x jadi pun…huhu…

        • che petua che petua says:

          Putri errr.. princess jangan putus asa dulu kay.. cuba buat 2-3 kali dulu. Ada orang buat banyak2 kali baru dapat tengok hasilnya…

          • princess says:

            yeke…saya ingatkn bulu2 halus 2 akan hilang bila tanggalkan topeng 2. 1 lgi apa kegunaan gula 2??

          • che petua che petua says:

            Lazimnya cam gitulah… lepas dua tiga kali baru tanggal. Gula tu bertindak sebagai bahan pelarut untuk bagi melekat kat kulit tu buat seketika sebelum dibasuh.

  2. miya says:

    berkesan ke..bulu2 akan tumbuh blk x?kalu tumbuh,lebat x

    • che petua che petua says:

      che petua sendiri tak pernah cuba petua nie. Ini che petua dengar dari kawan yang pernah cuba. Dia dapat daripada buku. Bulu tu akan tumbuh balik, tapi sebab ia gugur “seolah-olah semulajadi” maka tak de lah lebat bila ia tumbuh semula. Dan, tempoh masa yang lama juga ler sebelum ia tumbuh kembali.

      Lain orang, mungkin lain kesannya. So, kalau miya tak ‘confident’ SEBAIK-BAIKNYA jangan cuba. Kalau nak try gak, elok cuba kat tempat lain dulu, contohnya kat kaki atau kat lengan. Tengok kesannya. Kalau rasa ‘sesuai’ dan betul-betul berkesan, baru apply kat muka.

  3. Amim Blog says:

    petua yang menarik

  4. wawa says:

    klau nk hlg kn trus mcm mne ek? plis tlg bntu sye..

    • che petua che petua says:

      Saya syorkan awak try dulu kat bahagian kecil lain pada badan. Amalkan dan lihat samada tumbuh semula. Kalau dalam satu bulan tak tumbuh, atau nak lebih yakin lagi dua bulan tak tumbuh semula… maknanya petua nie memang serasi ngan tubuh awak.

  5. wala says:

    x de cara lain x..cam x berkesan je

  6. Sahril Rudin says:

    Macam mana pula dengan orang lelaki yang berbulu di muka seperti saya.?
    ada cara petua lama tak untuk menghilang kan nya.?

    • che petua che petua says:

      Tak ada ler.. sorry lah ye Sahril..

      Nampak ketara sangat ker bulu-bulu kat muka tu. Kalau ketara dan meliputi sebahagian besar muka, maka kemungkinan besar disebabkan oleh ketidakseimbangan ‘hormon’. Jika begitu keadaannya, cara terbaik ialah rawat secara dalaman lah rasanya.

  7. az says:

    sblm blender tak payah campur air ke?

  8. Nur Sania says:

    klau dah cukur macm mana?? xtau kata ada petua mcm nie..??
    tlng la saya…

    • che petua che petua says:

      Hmm.. dah tercukur dah.. nak buat camna… huhu… Seboleh-bolehnya lepas nie jangan dicukur lagi dah. Bulu yang tumbuh akan lebih kasar dan tempoh pertumbuhannya lebih galak kalau kerap dicukur.

      Kalau tak keberatan, elok jumpa doktor. Minta pandangan doktor yang bertauliah tentang cara rawatan yang sesuai. Contohnya kalau doktor tu rasa ‘punca’ bulu tu lebat sebab kandungan hormon yg tinggi… mungkin dia boleh syorkan pengambilan pil hormon yg boleh seimbangkan kembali kandungan hormon dalam badan.

      Jangan pula pandai2 pergi ambil pil hormon sebarangan contohnya beli dalam internet atau disyorkan oleh kengkawan yang dia pun mungkin tak pasti kandungannya. Kadang2 kat kotak tulis lain, tapi kat dalam pil tu lain pula kandungannya.

  9. Nur Sania says:

    kalau bru ckur berkesan x???

    • che petua che petua says:

      Err.. kalau dah cukur maknanya dah takde bulu lah kan.. tunggulah dulu biar bulu-bulu tumbuh semula, barulah amalkan. Jika tidak, macam mana nak tahu samada berkesan dan serasi ngan awak atau tidak. Tak gitu?

  10. muka_lelaki says:

    che petua…saya lelaki leh ke guna petua ni?? che petua tahu tak krim2 yg leh disapu kat muka lelaki utk tanggalkan bulu muka ni?…mcm mana saya nak dptkan krim tu? ada jual di mana?

  11. Sadgurl says:

    Klau amlakn pda wktu mlm boleh ka?

    • che petua che petua says:

      Boleh dear, tak ada masalah kalu nak buat waktu malam.

      P/s: Kenapa nickname tu bunyinya sedih sangat.. huhu.. Kena ceria-ceria selalu tau, barulah wajah lebih berseri.

  12. areyou says:

    monink che petua…. :)
    terbaek la petua nie….mlm ni nk try arrr

    • che petua che petua says:

      Gud day Areyou. Try.. jangan tak try. Lepas dah try baru leh kompom terbaik atau terbalik.. haha… Anyway, kena bagi merit kat tok wan, tok nek orang-orang lama dulu yang menurunkan petua ni ke generasi anak cucu. che petua ni sekadar berkongsi jer.. :)

Speak Your Mind

*