Salah satu persoalan yang ramai tercari-cari penyelesaiannya tetapi malu bertanya ialah cara nak hilangkan bulu hidung ketiak.
Ramai orang cukur jer bila bulu ketiak tu dah panjang. Cuma yang jadi masalahnya, bagi sesetengah orang, makin dicukur makin lebat lak tumbuhnya… hehe.. Kekadang tu cukur pagi, waktu petang dah tumbuh balik.. fuhh.. penat la camtu..
Kata orang cara mencukur tu sebenarnya akan menggalakkan lagi pertumbuhan rambut dan bulu pada tubuh badan kita. Untuk itu che petua nak kongsi beberapa petua untuk hilangkan bulu ketiak nie. Setakat mana keberkesanan petua nie bergantung kepada setiap individu. Ada yang dapat hasil memuaskan dan ada juga yang kurang berhasil lebih-lebih kalau individu tersebut ‘allergic’ atau alah kepada bahan-bahan yang digunakan dalam petua-petua berkenaan.
Samada lepas nie bulu ketiak tu akan tumbuh balik… itu pun bergantung kepada empunya diri masing-masing. Apa yang pasti, insyaAllah, petua-petua nie dikatakan dapat membantu melambatkan dan mengurangkan pertumbuhan bulu ketiak jika dibandingkan dengan kaedah bercukur semata-mata.
Pernah ke korang terfikir apa sebenarnya fungsi bulu ketiak pada badan manusia?
Setiap sesuatu kejadian tentu ada sebabnya betul tak? Hmm.. ikut kajian che petua kat internet, bulu ketiak nie ada beberapa fungsi antaranya:
- Untuk memanaskan tubuh badan. Bulu ketiak, bulu roma dan juga rambut berfungsi sebagai penebat haba yang membantu melambatkan pembebasan haba dari tubuh manusia.
- Untuk menyejukkan badan. Selain memberi kepanasan pada masa yang sama ianya juga menyejukkan. Apabila kita berada dalam cuaca panas, ketiak akan berpeluh dan peluh tu akan melekat kat bulu-bulu ketiak memberikan rasa ‘nyaman dan sejuk’.
- Daya penarik seks melalui rangsangan bau-bauan (pheromones). Samada korang sedar atau tidak, bau tubuh badan seseorang mampu menimbulkan kesan rangsangan dan menambahkan keghairahan kepada pasangannya ketika bersenggama. Hmm.. bukan takat paras rupa jer tau.. bau pun ada ‘effect’.. tapi jangan bau hapak dah ler.. hehe..
Okey, berikut adalah beberapa cara hilangkan bulu ketiak yang che petua dapat kumpul untuk dikongsi dengan uols…
Hilangkan Bulu Ketiak
Memula sekali sediakan sedikit kunyit hidup dan kapur sirih. Letak kat sebelah. Lepas tu cabut bulu ketiak korang. Jangan cukur tetapi cabut bulu tu supaya akarnya turut keluar.
Selesai mencabut, ambil kunyit dan celup ke dalam kapur dan kemudian gosokkan pada ketiak selama 3-5 minit. Lepas tu barulah basuh ketiak dengan air bersih.
Dikatakan kaedah ini menyebabkan bulu tu mengambil masa yang sangat panjang untuk tumbuh kembali.
Cara Hilangkan Bulu Ketiak
Kalau rasa sakit atau malas nak mencabut bulu tu satu per satu, boleh guna kaedah nie.
Sediakan 10 biji jintan putih. Campur dengan sedikit kapur barus dan perah sedikit air limau nipis. Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
Lepas tu cukur bulu ketiak tu dan sapukan ramuan tersebut. Gosok selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air.
Cara ini dikatakan dapat membantu menanggalkan rerambut baru dan melambatkan pertumbuhan bulu pada ketiak.
Nyahkan Bulu Ketiak
Ambil sedikit lada putih dan tumbuk bersama dua butir kapur barus. Kemudian gaulkan pula dengan sedikit minyak kelapa.
Setiap malam sebelum tidur, gosokkan ramuan tu pada ketiak dan biarkan semalaman.
Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dan mudah tanggal dengan sendirinya.
Petua Menghilangkan Bulu Ketiak
Sediakan 20 biji jintan putih dan 5 butir kapur barus. Tumbuk kesemuanya hingga lumat. Kemudian campurkan dengan minyak tanah.
Gosokkan pada ketiak selama beberapa minit setia hari. Lama-kelamaan bulu-bulu pada bahagian ketiak tu akan gugur dengan sendiri.
miss keylla zabidi says
saya sering mencabot bulu ketiak..tetapi,ketiak sy menjadi gelap..adakah faktor akibay cabot atau sebaliknya..damn mcm mane na kembali en keputihan ketiak sy..
che petua says
Awak ada pakai deodoran tak? Mungkin deodoran tu tak sesuai kot.
Hmm… untuk ikhtiar putihkan kembali ketiak tu cuba petua nie: petua cerahkan ketiak
miss keylla zabidi says
sy ad pakai deodoran..kwn sy pon mengalami masalah yg sama tp stelah dia mencube deodoran tuhh,ketiak dy makin cerah namun sebalikny dekat sy..
che petua says
Mungkin kulit awak ada ‘alahan’ ngan jenis deodoran yang digunakan tu. So, kena tukar pakai deodoran jenis/brand lain lah kot.
UD Dell says
Saya ni lelaki jadi dah tentu ada misai n janggut ada sikit. Saya ni tak suka bercukur, saya kalau rajin saya selalu tweezing guna tweezer utk misai n janggut. Tapi kalau nak cepat n malas sikit saya buat guna waxing veet strips tu cabut dgn akar2. supaya lambat tumbuh. Tapi dah namanya lelaki hormon utk tumbuh bulu tu kdg2 cpt. Jadi saya guna tips ni lps tweezing tu saya guna la kaedah kapur dan ibu kunyit tu supaya lambat tumbuh tau tak memang pedih n lepas tu dia jadi luka lepas seminggu baru baik. Tapi misai ni mcm tumbuh mcm biasa jer. Nak tya ya kaedah kapur tu mcm mana ya, sebab pedih la n boleh buat jdi luka.. Yg kapur barus tu pedih juga ke?
che petua says
Kreatif sungguh UD nie ye. Bagus tu… tapi nampak gayanya cara sedemikian tak beri hasil yg diharapkan. Saya tak pasti apa sebabnya… mungkin kerana ramuan yg digunakan terutamanya ibu kunyit tu yg memang tak serasi ngan tubuh awak ataupun kaedah nie memang tak sesuai untuk misai, cuma sesuai untuk bahagian ketiak jer..
Apa2 pun sepatutnya tak akan sampai jadi luka. Itu dah something wrong. Memang akan tersa pedih tapi pada awalnya sahaja terutama sewaktu mula-mula sapu ramuan tu tapi sepatutnya lepas tu dah tak akan rasa pedih dah.
dot says
bagaimana pula untuk petua kurangkan/hilangkan bulu pada bahagian yang sulit :D? ada tips tak??tq
zety says
semase mengamalkan petue nie . kite selalu pakai deodoran untuk mengelakkan bau yg tidak diinginii selepas mandi kan . ade mendatangkan ape-2 effect tk kalau kite pkai deodoran semase mengamalkan petue nie ?
aa says
petua petua tuu boleh guna untuk bulu roma kat tangan dan kaki takk ?
kalau ad luka luka, letak bancuhan tuu ade efek takk ?
aa says
guna minyak kelapa dara or bio oil boleh takkk ? gnti minyak kelapa tuu
Boy says
Petua ni boleh guna utk ilangkan bulu idong tak?rimas sbb bulu idong berjuntai2 mcm sesungut je walau 2-3 kali gunting. Harap boleh ilangkan bulu idong secara total.thanks.
che petua says
Tak boleh ler Boy. Masalah utamanya sebab hidung tu kita sedut udara ketika pernafasan. Dibuatnya tersedut bahan2 tu masuk dalam peparu.. kacauu..
You are welcome Boy.
fiz says
mcm ne klu bulu ketiak tu tebal2.. bleh ke bulu tu cabut???
Ev_Greeny green says
waaa berkesan ka cara neh…hmmmm
che petua says
Hmmm… minda kena positif, hidup kena ceria. Lakukan usaha dan bertawakal kepada-Nya.
Mirul says
Sye ada mslah ..bulu di dada sya tumbuh dn ade tk care untuk hilangkannya?atau sye perlu bercukur shaja?
Tq
mai.. says
nak tanya… kunyit tu kene tumbuk dulu ke.? ke bia sebiji macam tu?
suriya masri says
kunyit tu sagat halus dan gaul dgn kapur, br sapu ke ketiak.. 🙂
Aen Hanaphiah says
kene cabut or shave dlu ke? baru letak bahan2 tu?
Finaa says
Untuk pengetahuan sis punca terjadinya gelap celah peha adalah faktor peha melecet 😱😱dan dibahagian ketiak pula selalunya kesan hitam terjadi akibat kerap bercukur. 😓🙅
🏻
Tapi sis jangan risau sebab Cek lawa ni ada kandungan seperti lemon🍋. Lemon ni sesuai dengan semua kulit termasuk kulit sensitif🍋👌🏻. Kalau sis nak tahu lemon ni bukan sahaja untuk memutihkan kulit malah untuk mengatasi masalah lebihan minyak pada peha😘😍.
Selain itu ceklawa ada kandungan lidah buaya (aloe vera) 💦💦yg berfungsi utk mengurangkan warna hitam dikulit, membuang sel kulit mati dan menghasilkan kulit sel kulit baru dan melembutkan kulit…krim ceklawa jgk bole mnghilangkan Bau ketiak.