May 26, 2013

Petua Hilangkan Bulu Roma

Petua nie bukanlah untuk menggalakkan mereka yang bulunya tumbuh normal membuang bulu roma kat badan. Tak baik kalau kita pepandai mengubah kejadian azali. Bulu roma yang tumbuh normal di badan tu besar manfaatnya.

Petua nie bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah bulu roma yang terlalu lebat. Lebatnya pula bukan main, terutama di bahagian lengan dan belakang badan. Lebat ‘tak ingat’ kata orang.. hehe…

Bagi yang bermulut “laser”, siap kutuk lagi kata orang tu “big foot”… cisss…!

Bagi yang mengalami masalah bulu roma lebat nie mungkin rasa risau dan tak selesa lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Kekadang tu sampaikan ada yang terlalu malu dengan masalah bulu yang lebat nie sampaikan ada yang hilang keyakinan diri.

Apa sekalipun jangan dicukur bulu roma tu… kata orang kalau selalu dicukur, makin lama semakin lebat tumbuhnya. Malahan bulu roma tu akan nampak lebih kasar.

Petua Gugurkan Bulu Roma Secara Semulajadi

Orang tua-tua dulu ada tinggalkan petua untuk atasi masalah bulu roma yang terlalu lebat.

che petua tak pasti ler pulak samada kalau guna petua nie, bulu roma tu akan tumbuh balik. Kemungkinan besar che petua rasa ia akan tumbuh semula, tapi ia tumbuh seperti biasa ler.. takde lah kesan seperti bercukur.

Kalau cukur ‘confirmed’ bulu tu akan tumbuh lebih lebat dan kasar.

Kaedah tradisional untuk hilangkan bulu roma ialah dengan menyediakan air limau nipis (2 sudu besar) dan sedikit gula pasir.

Campurkan kedua-dua bahan tu dan kacau hingga sebati. Lepas tu sapu ramuan tu pada tempat yang ditumbuhi bulu roma yang lebat.

Biarkan ia kering dengan sendiri. Selepas setengah jam barulah dibersihkan dengan air biasa.

Dikatakan sesiapa yang mengamalkan cara nie dua kali sehari, insyaAllah dalam tempoh tak sampai seminggu akan mendapati bulu roma pada tempat yang disapu ramuan tu akan gugur dengan sendirinya.

laman petua:

cara menghilangkan bulu kaki, cara hilangkan bulu roma, cara tradisional menghilangkan bulu kaki, cara nak hilangkan bulu roma, cara hilangkan bulu kaki
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. syah amir says:

    salam …saya seorang lelaki ,pada asalnya bulu kaki saya x lebat,,tapi mse saya kecik-kecik dulu, saya pernah mencukur bulu kaki dan mengakibatkan ianya tumbuh lebat dan hitam pekat…ada x cara2 nak kembalikan keadaan bulu yang asal…kalau saya gumakan kaedah nie…gula pasir prai tu bole gne x…

    • che petua che petua says:

      Berapa kali bulu kaki tu awak cukur? Sekali atau lebih daripada 3 kali? Hmm.. kalau sekali jer sepatutnya dia tumbuh takde lah lebat sangat.

      Hmm… boleh guna guna pasir prai tu.. no problem. Tapi kalau expect nak dapat keadaan bulu roma yang asal tu kebarangkalian tipis rasanya. Satu lagi Syah kena ingat bahwa faktor ‘hormon’ dalam badan pun memainkan peranan. Sebab itu baik di kalangan lelaki sendiri, ada yang berbulu lebat dan ada yang takde bulu sangat.

  2. afiq says:

    assalam..sya afiq umur baru 13 tahun tp bulu badan dh lebat c0z ikut kturunan ayah..malu dibuatnye ..b0leh tak jika saya menggunakan petua ini…???seluruh badan gunakan petua ini…

    • che petua che petua says:

      Salam Afiq,

      che petua nasihatkan elok Afiq try dulu kat satu tempat kecil kat tubuh. Contohnya kat satu tompok kecil pada bahagian peha atau betis atau tempat2 yg tak terlalu menonjol. Cuba amalkan petua nie sehingga bulu2 kat tempat itu gugur dan tunggu beberapa lama sehingga bulu2 itu tumbuh semula. Lihat perbezaannya sama ada bulu roma baru yang tumbuh tu lebih lebat atau kasar atau sebaliknya. Lepas tu baru buat keputusan samada sesuai dilakukan untuk seluruh badan.

      Ada orang yang amalkan petua sebegini yang serasi dengan tubuhnya. Bulu2 tu memang tak tumbuh kembali, dan kalau tumbuh pun jarang2 dan tak terlalu kasar.

      Ada pula sesetengah orang yang bulunya tumbuh makin lebat dan kasar. Ini yang risiko nye nie..!

      Dalam kes adik, seperti yg Afiq nyatakan sebab keturunan… hmm.. ini kena lihat dengan teliti kerana membabitkan genetik dan hormon badan. Mungkin hormon testosteron terlalu berlebihan, sebab tu bulu tumbuh lebat. Jadi mungkin perlu makan ubat2 hormon dan sebagainya (itu kena tanya doktor pakar ler..) yg dapat membantu mengurangkan pertumbuhan bulu tu. Rawatan secara dalaman…

      Apa sekali pun, Afiq jangan terlalu bimbang. Satu rahsia yang che petua nak bagitau… ada sesetengah wanita memang tak kisah pun lelaki berbulu lebat. Malah ada yang lebih suka sebab ia melambangkan kejantanan. Apa2 pun bersyukur dan berdoa kepada-Nya. Minta doa supaya Allah berikan yg terbaik kepada Afiq… kalau dirasakan bulu2 tu menjejaskan ‘kehidupan’ maka minta Allah permudahkan adik mengurangkan bulu2 yg tumbuh lebat tu.

      • afiq says:

        tapi sy x mnat mana dgn bulu lbat ..malu sy kerana kwn2 sy ejek sy bulu lbat …sy mahu bulu sy normal mcm bulu yg tumbuh normal…ape2 tlg rep d no nie ek … 0139856247 …tq

  3. afi says:

    Salam… Saya nak tanya nie… Bulu dada saya ni, kalahkan gorila.. Saya segan la… Memang la, family ada genetik ada bulu nie.. Tapi bulu dada saya nie, terlalu lebat… Pening kepala nie… Kadang2, saya cabut bulu dada nie… Huhu:.. Tolong

    • che petua che petua says:

      Haa.. sebab tu lah say kongsi petua hilangkan bulu yg kat ats tu. Semoga dapat dimanfaatkan oleh mereka yg terlalu byk sangat bulu ler. Afi dah cuba ker petua nie? Kalau tak buat mana lah nak tahu kesannya.

      Apa pun saya nak nasihatkan jangan sekali-kali cukur atau cabut. Sebabnya lepas nie ia akan tumbuh lebih kasar. Bulu roma lebat takpe sebab ada orang pompuan yg suka tau tak. Boleh dibelai-belai..hehe… Tapi jangan lah yg kasar sampai rasa cam berus sabut..ishhh…

      So, jangan selalu cabut tau.. kalau nak tahu kesan cabut nie, cuba cabut bulu hidung tu, lepas dua tiga kali dicabut dia akan tumbuh lebih panjang dan lebat. Dah macam rambut lak tumbuh kat dalam lobang hidung tuh…

  4. din says:

    che petua, cmane plak kalau susah nk dapatkan bahan2 kt atas tu? mcm saye duk kt negara arab ni, payah nk cari limau nipis.. lemon tu ade la.. boleh ke? hehe

    gula pasir plak yg cmane? gula yg biase kite wat untuk masak2 tu la kan? wat air teh dll.. kan?

    trime kasih che petua :P

    • che petua che petua says:

      Ohh… kat Arab takde ke benda2 tuh.. hehe… Awak kat negara yg mana nie.. Arab Saudi ker, Mesir, UAE ke…?? Cuba awak cari petua tok Arab lak untuk hilangkan bulu nie. Mesti diaorang pun ada petua nie… pas tu kongsi-kongsi ler kat sini kay..

      Anyway, satu cara ialah boleh minta tolong sedara-mara atau kengkawan dari Malaysia kirimkan barang2 tu. Atau satu lagi caranya ialah cuba beli melalui ebay dan sebagainya..hehe..

      Tapi kalau dua2 cara tu tak sesuai atau tak sanggup, pepandailah IMPROVISE.. macam yg awak katakan tu.. guna jer lemon..

      Yang gula pasir tu.. ya.. betullah seperti yg Din katakan. Gula yang kita pakai untuk bancuh teh dan masak.

      Sama-sama Din.

      • din says:

        saye kt Jordan.. stakat ni x jumpe lagi limau nipis.. kalau lemon banyaaaakk sgt.. hehehe.. xpe lah.. saye cuba dulu dgn lemon utk 2 3 mggu.. kalau x jadi gak, saya kirim ngan kengkawan yg balik raya ni.. hehe

        nk tanye Arab? hmmm.. diorg sdiri pun lebat bukan main lagi bulu che petua oii.. x sanggup nak tanye.. hahaha.. tapi katekan la diorang ade, insyaallah sy akan kongsikan kt sini.. tqvm ^_^

        • che petua che petua says:

          Sama-sama Din. che petua doakan semoga usaha Din mencapai hasil yg diharapkan. Begitu juga dengan apa sahaja yang Din sedang usahakan (samada belajar atau bekerja) di Jordan tu. Moga berjaya dunia dan akhirat.

          Jauh perjalanan, luas pandangan…. jangan lupa asal-usul udah ler… :)

  5. Hasrawati says:

    Awalnya bulu tumbuh dibadan aku lembut2 aja, pas aku slalu cukur makin kasar,….jdinya malu pkain pendek….skarang mana pedeeeeeeeeeeeee………!!!
    Tapi skarang jaman semakin modern dan smua produk aku coba tpi hasilnya tetap sja. Sampai lewat internet sy tau cara tradisional, krna skrang sudah jarang orang memakai cara tradisional, padahal cara tradisional itu lebih baik.

    • che petua che petua says:

      Ya Hasrawati. Memang ramai yg berhadapan situasi yg serupa. Makin dicukur makin ‘galak’ pula bulu tu tumbuh.. huhu…

      Kalau ikut cara moden tu, mungkin cara yg berkesan ialah kaedah waxing. Tapi cara perawatannya kelihatannya menyakitkan. Satu lagi ialah kaedah tanggalkan bulu menggunakan rawatan laser. Kaedah nie dikatakan mampu mengelakkan bulu tumbuh di badan selama berbulan-bulan. Tapi kalau dah pakai teknologi laser, kosnya rasanya memang mahal bagi kebanyakan orang. Bagi mereka yg banyak duit tu mungkin takde masalah nak buat rawatan sedemikian.

      Apa sekalipun, baik kaedah moden ataupun cara tradisional, yg pentingnya kita usaha. Praktik ikut kemammpuan dan citarasa masing-masing. Petua tradisional pun kadang2 mungkin tak sesuai atau tak serasi ngan orang tertentu. Yg penting jangan putus asa, rajin amalkan dan berdoa untuk hasil yg terbaik. InsyaAllah…

  6. apiz says:

    salam..saya punya bulu lengan ni panjang,kasar dan xstraight..kat bahagian kaki n peha pun berkerinting,panjang and kasar..dada and perut sume pun samela..kenapa ye dia x lurus..

  7. siti says:

    klw gna cara waxing tu …. Bpa lma dia akn tmbuh blik ??

    • che petua che petua says:

      Berdasarkan kajian saya, antara 3-6 minggu bergantung juga kepada individu. Itu ‘estimate’ untuk mereka yg first time buat waxing. Bagi yg kerap atau selalu buat, maka tempoh pertumbuhan balik tu lebih cepat.

  8. Riko says:

    Nak hilangkan blu muka,gune ptua yg cm d atas tdi, leh ke..?

  9. Nur Sania says:

    kalau 4 kali sehari ok x??

    • che petua che petua says:

      Buat 2 kali sehari cukup lah… pagi sekali dan petang pula lagi sekali. Begitulah petua yang diberi. Cuba untuk satu minggu.. kalau tak ada hasil, tak perlulah diteruskan.

      Pendapat peribadi saya, kalau bulu roma tu tak lebat sangat, elok biarkan saja.

  10. amin says:

    salam..
    sy ad mslah bulu jga nie..tpi sy bkan sbb fkto ktrnan ke ap ke..tpi sy time kcik dlu rjin ckur la..dh bsaq nie mau taw sje la kan..ceragah bulu tgan & kki..hadoiii..kdang2 2 segan pn ad..nie klu sy amal kn mcm che kate 2 boley x??hrap che blas..

  11. faiz says:

    askum.. leh terang detail lagi camne nak wat care tradisional ni? saye x paham la. air pastu campur limau nipis ? air berape banyak ? time kasih .

  12. fazira says:

    assalamualaikum..

    nk tnye limau nipis 2 sdu bsar..gule..??bape bnyak nk ltak..plukan air juga ke..??

  13. miss J says:

    Salam,

    Dulu I ni pun jenis berbulu lebat terutamanya dekat tangan n kaki. Klu kat tangan tu memang malula nak pakai baju tangan pendek coz bulu lembat cam lelaki kaki pun sama gak tapi kat kaki lagi teruk sebab time sekolah menengah dah start cukur so lama2 dah jadi lebat cam gorila mcm2 I dah try waxinq, depilator yg ni sakit sangat, ingat nak buat laser tapi bila kira kos rm10ribu lebih matilah camtu semata2 utk hair laser jer. Last2 I beli yang home laser rm1300 kut jenama flash n go. Treatment I buat sendiri dlm 7/8 kali jugak treatment resultnya memang sangt memuaskan bulu kat tangan I memang susah sgt nk tumbuh balik kat kaki I adalah sikit2. Sangat berbaloi.

    • che petua che petua says:

      Wow! Satu lagi sharing yang terbaeeek!

      RM10K ker jumlah kosnya.. aduhai.. banyak tu.

      Dan satu lagi rupa-rupanya ada alat untuk buat treatment laser kat rumah yer.. ohh.. saya pun baru tahu nie. Thanks.

      P/s: Alang-alang dah ada home laser tu dan dah cekap menggunakannya, apa kata you buat ‘servis’ kepada yang berminat. Caj ler harga patut, mesti ramai yang berminat. Amacam idea che petua nie ok ker.. hihi..

  14. yus says:

    salam….che petua…cmne ek nk ilang kan jambang dan janggut yg tmbuh kt bwah dagu smpi kt leher…rimas la kdang2….leh bg petua or pendapat?

  15. syotties says:

    salam .. che petua .. saya ni perempuan yg remaja lah . tahon lps saya cukur bulu kaki disebabkn pengaruh kwn & malu sbb bulu lebat rsenyer . sekarang da insaf nk cukur lgi . bulu sekarang da x cntik . hitam pekat & lebat . mcm mna nk dpt blk bulu asl ? boleh bgi petua or pendapat tak ?

    • che petua che petua says:

      Salam Syotties. Aduhaiii… ini kes kritikal nih.. Tapi tak mengapa, kena yakinlah bahwa selagi ada usaha pastinya ada jalan. Setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya. che petua nie nak dikatakan muda, takdelah muda trang-tang-tang, nak dikatakan tua pun tak juga. Umur sedang-sedang gitu.. anyway cuma nak jelaskan bahwa sepanjang hidup nie, dah banyak kali dah berdepan ngan kesulitan dan kesukaran… tapi alhamdulillah bila ‘muhasabah’ perjalanan hidup nie, selalunya nampak ‘hikmah’ yang Tuhan nak tunjuk/beri.

      Saranan peribadi saya, eloklah dibiarkan saja bulu-bulu yang lebat tu. Bulu roma manusia nie macam rambut juga, selepas beberapa ketika akan gugur dengan sendiri. Dan selagi ada akarnya ia akan tumbuh semula berganti dengan yang baru. So, biarlah proses tu berlaku secara semulajadi (yang pentingnya tak melibatkan ‘paksaan’ seperti bercukur) dan berdoa agar ia tumbuh semula dan lebih halus mulus. Jangan lupa minta doa kat Tuhan. Yakinlah, Dia mesti tunaikan permintaan tu sekiranya itu yang baik buat kita.

      Saya sarankan juga Syottie cuba petua yang dikongsi tu. Tapi terpulanglah samada awak nak buat atau tidak. Cumanya lebih elok untuk dicuba pada bahagian yang kecil dahulu. Amalkan untuk lihat samada serasi ngan kes awak. Moga-moga bulu yang lebat tu gugur ngan sendiri setelah diamalkan. Tapi jangan pula tergesa-gesa, perhatikan pula tempoh pertumbuhannya samada cepat sangat atau ikut kadar normal (atau kalau tak tumbuh langsung mungkin itulah yang diharapkan). Bila dah tumbuh semula tu, bulunya bagaimana – halus atau kasar juga. Amalkan dalam 2-3 kali pusingan, macam buat eksperimenlah. Bila dah benar-benar YAKIN, barulah buat ‘projek’ besar-besaran.

      P/s: Berdasarkan pembacaan saya, wanita berbulu lebat nie selalunya dikaitkan dengan hormon badan yang tidak seimbang. Cuba buat ‘research’ dalam aspek berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut, dan siapa tahu mungkin boleh dapat ‘solution’ nya di situ.

  16. Sek gedey says:

    slm..
    Miss J..nk tny kame beli home laser tue?kt pharmacy ade x?mohon share..mtk
    tlg sgt2..bg no phone kedai or phamarcy tue klu boleh..ASAP..
    Thnks

    • che petua che petua says:

      Cuba awak hantarkan pertanyaan tu ke email Miss J ni di hanim_saleh(at)yahoo.com

      Harap-harap dia dapat email tu dan membalasnya.

Speak Your Mind

*