September 18, 2014

Petua Hilangkan Dengkur Semasa Tidur

Sapa yang tidor berdengkur sila angkat tangan.. hehe.. Pelik gak soklan che petua nie.. kalau dah tido manalah kita nak tau kita nie jenis yang berdengkur atau tidak betol tak..

Hmm… ¬†tapi kekadang tuh boleh tau gak.. itu pun kalau ada orang lain yang bagitau… itu pun kalau orang tu berani ler hehe..

Orang kata kalau badan kita letih sangat, kebiasaannya kita akan tidur berdengkur. Tapi ikut pengamatan che petua lah… tidur berdengkur ni sebenarnya sebab salah posisi tidur ataupun sebab rongga pernafasan tu ada sikit masalah. Itulah punca terjadinya bunyi dengkur yang pelik-pelik ketika seseorang itu menyedut dan/atau menghembus nafas ketika tidur.

Mereka yang tidur berdengkur akan mengganggu pasangan atau sesapa yang tidur kat sebelah, tambah-tambah lak kalau bunyi dengkur tu macam ‘motor bot’..

Bayangkanlah kalau naik bas atau kapal terbang terbang, pas tu kita tidur berdengkur kuat… Tak ke malu… hehe..

So, elok lah dicuba petua ini untuk mengatasi masalah dengkur tersebut.

Petua Hilangkan Masalah Dengkuran Ketika Tidur

Sediakan tujuh biji badam. Basuh, keringkan dan tumbuk sampai lumat. Campurkan badam yang telah ditumbuk lumat ke dalam segela susu panas. Amalkan meminumnya tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. InsyaAllah, masalah berdengkur akan dapat diatasi.

Petua Elakkan Tidur Berdengkur

Sediakan dua ruas kunyit hidup. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris halus. Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur.

laman petua:

petua hilangkan dengkur, cara hilangkan dengkur, dengkur, cara menghilangkan dengkur, hilangkan dengkur
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Saya alami dengkur sejak 10 tahun, dan alhamdullilah, kini saya telah pulih sepenuhnya dan rasa segar bila bangun pagi.

    Layan blog saya untuk tahu lebih lanjut coachfahmi.blogspot(dot)com

Speak Your Mind

*