September 17, 2014

Petua Hilangkan Jerawat

Himpunan Petua Hilangkan Jerawat

Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jerawat.  Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan.

Berikut antara petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.

1.   Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2.  Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya.  Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut.  InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3.  Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda.  Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4.  Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat.  InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5.  Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri.  Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6.  Bersihkan muka sehingga bersih.  Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri.  Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7.  Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.  Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas.  Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu.   Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda.  Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut.  Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8.  Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9.  Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).  Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10.  Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.  Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

11.  Sejukkan sedikit kanji nasi.  Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12.  Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13.  Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14.  Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.  Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang.  Amalkan dua kali seminggu.

15.  Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.


laman petua:

cara menghilangkan jerawat, cara hilangkan jerawat, hilangkan jerawat, petua menghilangkan jerawat, tips hilangkan jerawat
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Saya ada masalah jerawat & parut kat muka..tp tahun lepas. sy guna produk pencuci muka A’s first facial cleanser. sangat berkesan. 3 hari nampak dah kurang parut-parut hitam kat muka. skang alhamdulillah..samoai skang kulit muka sy licin n cerah tanpa parut n jerawatlg. kwn2 pun da ramai pkai jugak. sbb dulu dorg tegur sy pkai ape nk pakai jgk. kalo parut tu memang bleh hilanglah..

  2. No 4 bedak sejuk kalau selalu diamalkan terutamanya ketika waktu panas dapat mengindarkan dari muka berjerawat.

  3. HARISA ANNIA says:

    Masalah jerawat sememangnya masalah yang paling famous sering disuarakan oleh masyarakat pelbagai peringkat umur. Hal ini disebabkan hormon/jenis kulit/persekitaran/pemakanan/allergic/pemakaian produk yang salah/ kebersihan dan banyak lagi. Namu begitu, pada zaman sekarang, terlalu banyak cara tradisional dan medikal menjadi pilihan kepada pengguna. Sama juga dengan penggunaan produk-produk terkini yang pelbagai. Namun begitu, adakah kedua-dua cara ini boleh dipercayai>>>>>> bagi menyembuhkan masalah jerawat ini…

Speak Your Mind

*