May 23, 2015

Petua Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata atau Jam

Salam,

hilangkan calar pada cermin mataDek kerana penggunaannya yang kerap, cermin mata nie kalau tak dijaga dengan baik senang sangat nak calar. Hmm… cermin kat jam tangan pun sama lah jugak. Akan tetapi, jikalau jam yang harga ribu-ribu tuh tak tahulah pulak sebab che petua pakai jam murah jer… beli kat pasar malam, dan itu pun siap minta tawar lagi ahaks… tak kisah lah kan.. janji boleh tengok masa.  Dan che petua pun sedia maklum sekarang ni orang pakai jam pun bukannya nak tengok masa sangat pun, sebab fungsi yang sama dah ada kat handphone.

Okey daripada che petua terus membebel menghabiskan masa… nen dia nak kongsi petua untuk hilangkan kesan calar kat jam atau cermin mata.

Sebenarnya bukan menghilangkan terus… tapi cuma nak jadikan supaya kesan calar tu nampak tak terlalu obvious atau tak berapa jelas sangat. Hmm… rasanya bagus gak petua nie… tak yah lah buang duit tukar jam atau cermin mata baru semata-mata kerana kesan calar yang sedikit.

Petuanya ialah dengan mencuci kesan calar tuh dengan menggunakan ubat gigi. Memula ambil kertas tisu yang lembut… bukan tisu tandas kay… kendian palitkan sedikit ubat gigi… and then gosok perlahan-lahan pada cermin jam atau cermin mata.  Lepas tu barulah bersihkan dengan kain bersih.

Kalu tak puas hati kerna masih dirasakan kesan calar tu nampak jelas, tenang-tenangkan fikiran dan buat sekali lagi. Kalu masih tak puas hati juga, maka lakukan sekali lagi. Dan jikalau masih jugak… hmm.. korang pergi lah kedai tukar cermin baru atau beli jer jam atau cermin biru baru… hihi..

laman petua:

cara menghilangkan calar pada cermin mata, cara hilangkan calar pada cermin mata, menghilangkan calar pada cermin mata, cermin mata, hilangkan calar cermin kereta
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Md says:

    tima kasih yaaa ~

  2. yahaya says:

    cermin mata jenis ada salutan anti silau jangan digosok nanti tambah teruk lagi jadi kelabu.biasanya jenis kanta plastik

    • che petua che petua says:

      Thanks for sharing Yahaya.

      P/s: Kepada sesiapa yang ingin menimba ilmu tentang cara buat blog, jenguk-jenguklah ke website Yahaya. Menarik!

Speak Your Mind

*