Pancaran mata sebenarnya adalah bahasa hati seseorang. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”.
Seorang yang banyak pengalaman, contohnya mak kita hehe… boleh tahu samada kita bercakap benar atau tidak dengan hanya merenung pandangan dan kerdipan mata ketika kita berhadapan dengannya.
Dikatakan juga orang yang cantik jelita ialah seseorang yang turut mempunyai pandangan mata yang bercahaya dan berseri-seri. Jadi memang penting sekali untuk kita menjaga kecantikan mata nie kan…
So, kali nie che petua nak kongsi satu lagi petua berkaitan penjagaan mata. Sebelum nie dah pernah kongsi dah petua hilangkan kedut pada mata akan tetapi kali nie mungkin lebih ramai yang berminat sebab rasa-rasanya ramai juga ler yang seringkali berhadapan dengan masalah lingkaran gelap kat mata tu..
Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Mata
Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.
Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.
Petua Hilangkan Kesan Hitam Bawah Mata
Perah lemon dalam cawan. Kemudian sapukan perahan tu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang diharapkan.
ATAU
Sediakan satu cawan air panas dan sehelai kain yang lembut. Celup kain dalam air panas (pastikan jangan terlalu panas takut melecur pula nanti..huhu..) angkat dan letakkan pada mata. Biarkan selama 15 minit.
Lepas tu barulah disapu sedikit krim pelembam pada sekitar mata. Jika rajin amal, lingkaran hitam atau tanda seakan-akan lebam pada mata tu tidak akan kelihatan lagi.
abc says
lemon kita gantikan dengan limau nipis boleh?
syahirah says
Dah try?
Faridah bin ibrahim says
Sy na cari petuah bawah mata bengkak apa petunia tu…?
syahirah says
Ade sesiape dah try?
Jamel says
kalo pake limau purut bole??
Afiqah says
Ape petua hilgkn bawa mata bngkak
Dila says
hoooo, mata lebam ni memang tak best
najihah says
kalau takde krim pelembab takpe ker? :3