June 19, 2013

Petua Hilangkan Panau

Panau… satu penyakit kulit yang tak menyakitkan tapi akan menjejaskan penampilan terutama kalau panau kena kat bahagian muka. Pelbagai jenis ubat panau terdapat di pasaran dari ubat hospital dan klinik hinggalah ke toko ubat yang mahal dan murah, untuk hilangkan panau.

Biasanya seperti juga masalah jerawat, penyakit panau juga kalau tak serasi cara rawatan dengan kulit seseorang, maka tak akan nampak penyelesaiaannya. Untuk itu, di sini dikongsikan antara petua hilangkan panau. Mungkin ada yang sesuai untuk mereka yang telah lama mencari petua untuk hilangkan panau.

Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah.  Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

ATAU

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan hingga sembuh.

laman petua:

ubat panau, cara menghilangkan panau, petua hilangkan panau, panau, cara hilangkan panau
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. raziyatul farzana says:

    betul ke cara ni berkesan ? tak ada effect apa-apa ke ?

  2. shafiq says:

    boleh sye tnye tntang penawar penyakit ni..kulit saye dulu ade panau ..tetapi kini panau tu menjadi tompok2 warne coklat dan merebak ke seluruh badan…tolong saye

    • che petua che petua says:

      che petua tak berapa nak faham soklan Shafiq nie. Adakah Shafiq maksudkan dahulu ada panau dan lepas disapu ubat ia bertukar jadi warna coklat.. begitu ke?

      Berdasarkan pengalaman che petua, panau nie lazimnya bila dah pulih warnanya kelihatan sama dengan warna kulit kita yg asal. Ia akan nampak seolah-olah macam kita tak pernah pun kena panau sebelumnya.

      Kalau dah jadi tompok2 warna coklat tu itu dah lain macam bunyinya. Tambah pula ia dah mula merebak ke seluruh badan.. hmmm.. serius tu.. elok gi check ngan doktor dengan segera. Doktor jer yg boleh bantu nie sebab kena pastikan dulu apa sebenarnya masalah yg sebabkan tompok coklat tu.

      • Essay Man says:

        Eh che petua, saya pun ada kena mcm syafiq tu. mula2 putih panau tu. Lepas lama dibiarkan jd cuklat pulak. Ish3, serabut saya nengoknya. Panau transform jd kurap ke apa? Saya cuba pakai ubat sapu premium yg ada kt farmasi, ada jugak pudarnya tp sikit sangat pudarnya. mcm tkde effect jer. ada dalam 2 mggu pkai. Nk dekat habis ubat sapu tu, saya dh tk pkai. Ape, mungkinkah cara menghapuskan panau ni, berkesan keatas masalah kulit kami ni, yg panau putih bertukar menjadi tompok2 cuklat? Sila berikan penjelasan. terima kasih.

        • che petua che petua says:

          Kalau dah jadi macam tu.. elok jangan dibiarkan. Saya nasihatkan pergi check ngan doktor dengan segera.

          Setahu saya, penyakit kulit nie pun ada bermacam jenis dan nama. Kalau di Malaysia biasanya ramai orang mungkin cuma tau panau, kurap, kayap jer.. sebenarnya banyak lagi dan pelbagai kategori dan namanya. Boleh check internet berkenaan ‘skin related disease’. Contohnya, setelah membaca lebih detail, saya sendiri pun baru tau bahawa kelemumur di kepala adalah dikategorikan sebagai penyakit kulit (salah satu jenis eczema atau dermatitis). Nak explain lebih-lebih, saya nie orang kampung jer.. nanti tak pasal-pasal kena tampar ngan doktor pakar sebab bagi ajaran salah.. hehe..

          So, better gi check ngan doktor right away. Pergi hospital kerajaan – kos ubat/rawatannya murah sikit. Kena beri lebih perhatian atas perkara nie, sebab kalau dibiarkan boleh melarat satu badan. Lagi satu, boleh pula berjangkit kat orang lain kalau sewaktu nak dibasuh, dicampur baju yang kita pakai dengan orang lain.

          • ika says:

            tumpang lalu…
            erm, ika pn ada kna gak cmni… bru2 ni ika g klinik pakar kulit…tnya knapa yer…sbb kuar tompok2 mcm coklat g2.. bla peluh, gatal n timbul n merah2.. doc kata, ni panau jenis hitam.. panau ni ada 3 jenis, putih, kelabu dan hitam.. biasanya org tahu panau putih je… klu panau putih ni (yg biasa), akarnya xdlm sgt.. tp klu kelabu n plg teruk hitam (tp kt kulit mcm coklat gelap) ni akarnya dlm n lmbt untuk pulih… better u all dptkn rawatan cpt la..huhu.. ika g klinik pakar tu mmg mkn belnja yg besr la..tp alhamdulillah dh pudar wrnanya…

          • einaz says:

            Ika..boleh share ape name klinik pakar ika pegi tu?kat mane klinik tu..plsss…tq so much..

  3. neelofa says:

    hi mintak tunjur ajar. saya ada panau di bahagian belakang badan dan leher. memang menjejaskan penampilan betul. saya dah pakai banyak jenis ubat, dari clinic , pharmacy , kedai runcit. sekarang ni tgh berfikir nak try ubat dari kedai ubat cina. panau tak hilang pun walaupun dah banyakkkkkk ubat saya try. so saya nak tanya , kalau pakai bawang putih dan halia tumbuk tu kebiasaannya berapa awal saya boleh nampak hasilnya? sebab saya pernah cuba amik bawang putih potong dua gosok kat panau tapi tak berhasil pun. saya ni jenis tak sabar pakai kejap tgk takda hasil saya give up dan menangis sorang2 dalam toilet sampai terlelap. tunjuk ajar ku sifu. terima kasih.

  4. InsanMerana says:

    sy mendpti kulit saya trhasil tompokan putih.ia bukn panau tpi penyakit balau.bgaimanakah cara tuk mghilgkannya?

  5. aman says:

    saye da gune da bawang putih n halia 2. malam 2 menggelupur sye sakit gile tempat panau sye 2.tiba2 tengok esok tempat panau 2 cam terbakar. betul kew patua che ney @ ney memei kesan dye..???

    • che petua che petua says:

      Ya Aman.. macam tu lah kesan dia sebab kulit yang berpanau tu akan bersalin (diganti) dengan lapisan kulit baru. Memang akan rasa pedih selepas beberapa minit disapu dengan ramuan tu. Tapi takdelah pedih amat sampai ‘menggelupur’. Ishh… dramatik sangat statement tu.

      Kalau tak tahan pedih, lepas sapu tu cuba ‘halakan’ pada kipas angin. Biar berangin sikit. Ataupun sapu sikit-sikit jer.

  6. eza says:

    sy takut larh nk cuba petua bwg dan halia tuu..
    dia btol2 mujarab ke?
    sy takut sakit dan perit tu r…

    • che petua che petua says:

      Kalau takut elok jangan cuba. Bila dah ada rasa sedemikian, ‘confirm’ akan rasa perit atau apa2 sakit yang dirasa (akan) ada… ini semua orang kata apa tu.. psychological effect

      Hmm.. betul lah bahawa ada orang yang tahan sakit dan ada juga yang kalau terluka sikit pun dah meraung. Nak tengok perbandingannya, boleh tengok kat wad bersalin.. hihi..

  7. sarah says:

    Saya ni ada panau kat muka dea makin lame makin banyak…kdg2ngis gak sbb tgk muka mcm ni ada kalanya nk tgk muka kt cermin pun rase ca betul ke diri aku ni…kadang2 rase cam nk bunuh diri

    • che petua che petua says:

      Ohh… jangan begitu Sarah. Tak baik tau kalau terfikir nak buat cam tu, main-main pun jangan… syaitan memang suka sangat kalau anak cucu Adam cakap macam tu.

      Sebenarnya panau nie agak mudah saja untuk diubati.

      Dahulunya masa kecik-kecik saya pun memang banyak panau, naik di muka dan bahagian lengan. Mungkin sebab cuaca panas, badan berpeluh dan sebelum dibiarkan kering terus pergi basuh muka dll. huhu…

      Mujurlah waktu itu salah seorang ibu saudara sarankan guna ubat beli dari kedai farmasi Cina. Bila disapu memang panas dan lepas 2-3 hari kulit jadi macam terbakar dan lepas tu bertukar hitam. Alhamdulillah, lepas 1-2 minggu bila kulit tu mengelupas dan bertukar lapisan baru, semuanya pulih seperti sediakala..

      Punca menyebabkan panau tu makin merebak sebab ianya tidak diubati. Sebab tulah dari saiz yang kecil, ia makin lama makin besar dan merebak pula ke tempat lain. Jangan risau tak tentu hala… amalkan petua tu. Dan kalau nak lebih cepat cari ubat dari farmasi. Cuba dulu ubat tu kat tangan dan sebagainya untuk tengok reaksi dan tempoh pemulihannya. InsyaAllah.. dalam satu ke dua minggu semua ‘problem’ panau tu selesai.

      • einaz says:

        Che petua ape name ubat cine yg awk ckp tu?? Saye byk gile kat badan..mcm2 ubat dah try..xmau jgk panau ni hilang..btul ckp sarah tu kadang2 tension mcm nk bunuh diri je!!stresssss tgk panau ni!

        • che petua che petua says:

          Oh.. dah tak ingat lah nama ubat tu. Dah lama sangat dah. Yang saya ingat ubat tu ubat cecair. Bukan jenis krim atau losyen. Kalau tak silap colour merah macam warna sirap cair (kurang pekat).

          Saya cadangkan awak jelajah je kat mana-mana kedai ubat Cina. Selalunya yang jaga kaunter tu uncle atau aunty yang dah berusia. Minta pandangan diaorang. Selalunya kalau tiada customer lain, diaorang nie memang rajin bersembang. Mungkin sebab boring kot duduk sorang-sorang..

          Kalau ada ‘panau’ kat tangan tu, lagi mudah. Tunjukkan panau dan beritahu dah macam2 ubat try, semua tak jadi. So, diaorang akan recommend yang terbaik. Bagi ubat yang mahal. Err.. mahal dia takdelah sampai ratus-ratus. Mungkin RM10-RM20 jer.

          Mungkin kat kedai ubat Cina tu lah awak boleh dapat ‘penawarnya’. Maklum lah dah macam2 ubat moden yang try semua tak menjadi.

  8. aeron says:

    jdi ke yg gna bwang putih….?mcm x pcaya jew!

    • che petua che petua says:

      Hmm… tak percaya kalu, jangan lah try.. senang jer..

    • Essay Man says:

      I don’t know man, tp PERCAYALAH >:D!!! Gua cuba dulu, nnt gua bg feedback gua. Lgpun bawang putih byk kt rumah ni. daripada memburuk bawang tu tk dimasak, elok gua ‘habis’kan. I believe this is good, to try :) .

      • che petua che petua says:

        Ambooii speaking lak dia.. hihi… Ohh.. ok.. you try and then please share the result kay.. Kalau tak menjadi pun, kena share jugak tau. :)

  9. min says:

    saya pernah try petua tumbuk lengkuas dan perah air dia…sapu sekali je, lepas 2 hari panau hilang

    • che petua che petua says:

      Terima kasih kerna sudi berkongsi pengalaman anda tu Min. Memang membantu untuk mereka yang belum pernah cuba petua guna lengkuas tu.

  10. salam.. che petua.. sy nk tnye.. klau penggunaan bawang putih dan halia tu.. boleh kekal sembuh ke panau neh? sbelom neh sy x pernah cuba cara tradisional..

  11. Fahmi Rahim says:

    Panas gile………..tapi akhir nye sembuh

  12. einaz says:

    Che petua..bantu lah saya n kami smua….stresss bile kulit berpanau…kalau sikit xpe ni byk
    Sedih sgt2….bawang putih,lengkuas sye dah pernah cube..tp still x hilang…
    Ubat2 krim..ubat mkn byk dah sye amik x jgk elok..stress!!

    • che petua che petua says:

      Cuba usaha pergi cari ‘penawar’ kat kedai ubat Cina tu. Kedai ubat tradisional tau, bukan kedai yang moden.

      Kalau masih tak jumpa (setelah berhempas-pulas mencari) let me know..

      • einaz says:

        Tq che petua…really appreciated! Kalo x slp ubat cap kaki tiga kan??I tgh pakai ubat tu skang..
        Menggelupas..tp x sure lg berkesan ke x..dah smggu pkai…nmpk kulit mcm same je lg tp dah start menggelupas…and then terbaca yg che petua ckp..tats why tanya tu..kot2 ubat yg same..
        pkai ubat yg pakar kulit bg pon x berkesan..kalau mnyk ni x berkesan jgk xtau la nk tenyeh ubat ape lg!!hahaha

  13. yana says:

    Saya juga mengalami masaah yg sma dahulu..tp setelah mencri petua..sya gunakan bawang bersama halia…alhamdulillah berkesan..tp tadak rasa sakit pun..hmmm sekrg cuaca tak menentu..panau dah mula dtg balik..sya akan gunkan cara lain pula..hehe..nak try lengkuas :)

    • einaz says:

      Yana saya rase baik awk cube minyak cap kaki tiga…I tink berkesan!!dah nampak perubahan sikit..mule2 pedih sikit lame2 ok! Wish u luck yana!

  14. ayie says:

    Ok ke petua che petua tu saya nie bkn apa cuma tak pasti je

Speak Your Mind

*