Baru-baru nie che petua baca dalam akhbar BH tentang masalah jerawat. Seperti yg anda sudah maklum ramai orang mengalami masalah jerawat. Tapi apa yg che petua nak cerita nie pasal masalah lain yg timbul selepas jerawat hilang. Bagaimana nak menghilangkan parut bekas jerawat pada wajah? Selain itu, parut yg disebabkan punca lain selain daripada masalah jerawat pun kira boleh jugalah.
Berbalik pada apa yg che petua baca dalam akhbar tu, parut pada wajah tu mudah tak mustahil untuk dihilangkan. Caranya ialah guna teknik sinar laser. Mak ai… laser you! Teknologi canggih tuh. Tapi rawatan tuh kena lah
buat beberapa kali, bukan sekali tembak jer boleh hilang.
So, bagi mereka yg tak mampu nak cuba kaedah canggih-manggih tuh, ni ha che petua nak kongsi petua tradisional untuk hilangkan parut. InsyaAllah, berkat tawakal dan usaha, parut tuh boleh hilang. Tapi kena berhati-hati tau.. bagi mereka yg ada allergy atau alahan pada bahan-bahan tertentu seeloknya jangan dicuba, takut-takut parut tak pulih tapi makin memudaratkan pula… minta simpang lah semua tu..
Petua untuk menghilangkan parut
Petua parut No. 1
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.
Petua hilangkan parut 2
Kaedah nie lebih natural… tapi susah sikit sebab nak cari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Petua menghilangkan parut 3
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.






kalau guna kaedah lidah buaya, adakah parut akan hilang? Berapa masa yang akan diambil bagi parut hilang sepenuhnya?
Bergantung kepada saiz, berapa lama parut tu terjadi dan berapa kerap awak apply lidah buaya tu. Biasanya dalam 2 minggu dah boleh nampak kesan. Dalam tempoh tu mungkin tak hilang semua lagi tapi memang nampak kesan ketara.
Gune lidah buaya x gtal k??
Saya guna tak gatal pun. Tapi tak tau ler kalau ada yg ada ‘allergy’ ker apa ker… setakat nie tak pernah jumpa lagi ler kawan2 yg ada alahan ngan lidah buaya nie.. Hmm… kebanyakan kosmetik pun sebenarnya ada content lidah buaya (aloe vera) nie…
sy mengalami parut dikaki akibat terkena exzos moto..da mcm2 produk sy gune kan,tp tiada perubahan..adakah sy boleh menggunakan kaedah yg sama seperti di atas??
Ya, tentu sekali boleh. Eloknya kita ikhtiarkan apa-apa kaedah yang boleh diusahakan baik secara moden atau kaedah tradisional. Kalau tak dicuba mana lah nak tahu kemujarabannya kan.
boleh tolong saya ..muka saya banyak parut bagai mne nk hilang kn parut jagan cepat
leh nk tnya….kalau buat ketiga tiga cara tu,selamat ke? yang mana yang paling berkesan utk ilangkan parut?
Ketiga-tiga cara tu adalah amalan tradisi yang diperturunkan oleh orang tua-tua dahulu. InsyaAllah selamat asalkan seseorang tu tak ‘allergic’ atau alah kepada bahan-bahan yg digunakan. Saya paling suka cara guna lendir lidah buaya tu. Tapi tak tau lah untuk orang lain sebab ada yang katanya sukar nak dapatkan daun lidah buaya.
Sy da try,,lidah buaye,,
lps 2 sy rse gtal2,..
Tp parut bransur ilang la,,tu ksn smpingn dy k?? Ataupun kulit sy yg sensitif??
Saya rasa kulit awak yg sensitif tu.. tapi che petua nie BUKAN PAKAR pun.. sekadar berkongsi petua-petua lama yg dipelajari daripada orang tua-tua, daripada perkongsian rakan2 dan daripada kitab (buku-buku) lama.
Elok awak berhati2 Bibiey.. ishh.. risau lak saya dengar nie…
berkesan ke klau parut tu x lah brapa kecil lpas tu kita gna cara yang ketiga tuu
InsyaAllah berkesan. Kalau guna cara kedua lebih cepat kesannya.Hmm… tapi mungkin lain orang lain keberkesanannya.. tengok keserasian…
nak tanya..guna lidah buaya tu 3 kali seminggu ke 3 kali sehari?
Tiga kali seminggu… kalau rajin nak buat 3 kali sehari lagi bagus…
nak tanya ni.. petua pertama.. kayu manis dgn bedak sejuk tu.. tempek kat tmpat berparut tu.. dibiarka sharian ka? atau 5 minit or 25 minit or tunggu smpi kering bru basuh?
petua kedau: lidah buaya.. sharian juga ke or tunggu sampai kering bru cuci? harap2x reply cepat.. sbb aku nk khawin ujung thun ni.. nak rawat muka sblm masa tu nnti..
Wah.. Tahniah Beatrice kerana nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Hujung tahun yer… hmm.. sempat lagi tu. Kalau rajin amalkan selalu, dengan izin Tuhan, dalam masa tak sampai sebulan jer boleh nampak perubahan yang memuaskan.
Untuk petua pertama tu, tunggu sampai kering baru basuh atau kalau tak kisah, biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
Untuk petua kedua pula, lebih elok kalau biarkan seharian.
Siapa jejaka yang bertuah itu..hehe…
nak tanya…pasal petua kedua tu..kalau untuk jerawat boleh ker……untuk hilangkn jerawat….^_^
Ya.. boleh juga diamalkan untuk mengubati jerawat. Tapi cuba kat satu jerawat dulu dan tengok hasilnya. Takut tak sesuai ngan kulit awak. Kalau tak serasi silap2 makin banyak pula jerawat yg tumbuh.
Dalam sehari berape kali pakai batu berkesan ye cara yg kedua ni.
Maaf. Maksud saya kalau digunakan hari2 boleh tak? Adakah lebih berkesan atau disyorkan hanya 3 kali seminggu. Dan adakah boleh kalau tido bangun baru dicuci atau caranya lain ada tahap minit nya?
Kalau rajin amalkan tiap2 hari lebih elok. Sebaik-baiknya begini… minggu yang pertama tu amalkan tiap2 hari. Masuk minggu kedua barulah buat selang sehari atau 3 kali seminggu. Ini supaya kulit tu dapat ‘bernafas’ dan menjalani proses pemulihan setelah menerima ‘zat’ daripada daun lidah buaya tu.
Hmm.. kalau lepas bangun tido baru nak dicuci pun boleh juga… tak ada masalah. Tak ada had masa pun except kena pastikan lendir tu betul2 kering barulah dicuci.
Hello , saya nak tanya , che pernah try ke ni langkah kedua tu ?dan berkesan ke ?
Harap dibalas.
Hola Sykes… ada masa-masanya (bukan selalu lah) che petua akan sapu lendir lidah buaya tu kat tangan atau lengan. Memang akan nampak kesannya bila diamalkan iaitu kulit dirasakan lebih halus dan cerah. Tapi itu mungkin ‘perasaan’ saya sendiri ker atau memang berkesan.. tak dapatlah nak dibuktikan.
Cuma saya amalkan bukan dengan niat nak hilangkan parut. So, kalau dilihat dari aspek berkesan ker nak hilangkan parut… jawapannya tak dapat saya sahkan samada berkesan atau tidak.
Semoga jawapan yg diberikan nie memuaskan hati Sykes.
Ok terima kasih Che petua, Tapi memang ada kesan yang kita boleh nampak la kan ? Dalam berapa hari atau minggu kite boleh nampak kesannya ?
Rasanya dalam 5-7 hari jika diamalkan dengan kerap akan nampak kesannya. InsyaAllah… Cuba lah buat waktu pagi dan petang dan kalau awak rasa sesuai waktu malam sebelum tidur.
kulit saya ni jenis yg sensitif. bila guna asam jawa akan rasa gatal2.dan kulit jadi merah. saya berhenti guna asam jawa, bertukar kpd lidah buaya.alhamdulillah sesuai dgn kulit saya. kesan parut pun dah semain berkurang. parut lama pun dah semakin pudar. kesannya boleh nampak dalam masa 2minggu.
Alhamdulillah. Tahniah atas ‘kebijaksanaan’ Anna.
Awak boleh dikategorikan sebagai ‘risk taker’ lah kan… salah satu ciri2 yg perlu dimiliki kalau nak buka bisnes. Berani mencuba tapi bukan semberono jer. It seems you also know what you are doing. Bila dah dilihat tak sesuai, tukar pula kepada kaedah lain. Hebat.. itulah yang kita mahu.
Terima kasih Anna kerana berkongsi pengalaman
Lepas nie boleh jadi consultant lah kot.. hihi…
kk anna apply lidah buaya tu utk parut apa ?? brapa kli shari apply utk hlangkn dlm msa 2 mggu tu ?? hrap dpat cpat eply sbb kwn2 smua dh mula mngejek sy mnah parut . . cdey2 . . huhu
Parut apa2 pun boleh terutama parut luka yang masih baru. Kalau saiz parut yang besar dan dalam, memang makan masa nak hilangkan. Kena ingat bahwa tak semua orang yang amalkan menjadi. Ini petua orang lama, so kena faham-fahamlah. Dulu-dulu takde jual ubat hilangkan parut atau mencerahkan kulit dsb.nya so diaroang gunakanlah kaedah semulajadi.
Kalau nak cuba bolehlah amalkan 3-4 kali seminggu. Eloknya sapukan lendir tu di waktu pagi. Tapi ikut kesesuaian sendiri lah, ada yang buat pagi sekali dan malam sekali.
Hello , kalau saya ada lendir buaya lebih boleh ke saya simpan kat dalam kat peti sejuk atau sebagainya , dan adakah ianya masih boleh di gunakan lagi ?
Ya. Tak ada masalah kalau nak simpan dalam peti sejuk. Ia masih boleh digunakan cuma mungkin mengurangkan ‘khasiat’ nya sedikit.
Hello, kalau guna cara no 3 tu dalam berapa lama boleh nampak kesan dia? dah letak asam jawa tu biarkan sampai satu malam ke atau beberapa minit baru basuh?
InsyaAllah dalam 2-3 minggu kesan parut tu akan kurang kelihatan. Tapi bergantung juga kepada saiz parut. Kalau boleh biarkan ia semalaman atau sekurang-kurangnya 30 minit ke satu jam, bergantung kepada keselesaan.
salam nk ty kalo parut tu baru jer tjdi..mksdnye luka dlm shri 2 pastu kita gune lendir lidah buaya tu ok x? ade effect ape2 x? sbb parut sy kat muke…mcm melecur sikit… plzz.. nk raye nie…
che petua nie bukanlah doktor dan tak pernah belajar pun apa2 ilmu perubatan.
Apa yg saya tahu kalau diamalkan petua sapu dengan lendir lidah buaya sejak dari awal lagi bagus dan lebih mujarab. Tapi apa-apa pun lebih baik awak tanya doktor.. sebab mungkin ubat yg diberikan samada ubat sapu atau yg perlu dimakan akan beri ‘effect’ lain sekiranya dikombinasikan dengan ‘aloe vera’. Manalah tahu kan…
Kalau doktor tak kasi, lebih baik ikut jer cakap doktor. Sebab dia mungkin dah merawat beratus-ratus atu beribu pesakit.
Che petua ada gambar sebelum dan selepas tak untuk mana2 petua di atas ?
Tadak la Goofy. Selalunya masa awal2 dapat parut tu ramai yg terlupa nak ambil gambar kot… Lepas tu bila dah amalkan selalu dan ditakdirkan mujarab petua tu barulah terdetik rasa hati apsal ler tak ambil gambar sebelum dan selepas tu.. hihi..
saya nak tanya,kulit saya ni sensitif sedikit.bila terkena gigitan nyamuk dan automatik kulit saya menjadi kemerahan dan lama kelamaan meninggalkan kesan parut di kaki….jadi adakah petua di atas sesuai untuk saya…
kedua:
lepas adik saya pakai serbuk kulit kayu manis dengan bedak sejuk mukanya menjadi kemerahan dan lama kelamaan muka menjadi kesat..adakah ini satu proses mengurangkan pudar parut jerawat atau sebaliknya…..
Ohh.. sememangnya mana2 petua di atas boleh dicuba sebagai ikhtiar untuk hilangkan parut termasuklah parut akibat kesan gigitan nyamuk tu. Cuma Azliyana kena berhati-hatilah sebab takut2 allergic ngan bahan2 tertentu lebih-lebih sebab kulit awak nie jenis yg sensitif. Saya rasa petua yg guna daun lidah buaya tu mungkin paling sesuai untuk awak cuba.
Lazimnya kulit tu akan dirasakan sedikit kesat (tapi tidaklah terlalu kasar) seiring dengan proses pemulihan dan penggantian lapisan kulit baru.
Berkaitan dengan kulitnya menjadi kemerahan itu, saya tidak tahu sebabnya. Setakat yang saya tahu ia tak sepatutnya menyebabkan kemerahan.
Mungkinkah ia terjadi kerana adik awak juga mempunyai kulit yg sensitif dan tak ‘serasi’ dengan kulit kayu manis umpamanya. Atau mungkin juga banyak sangat serbuk kulit kayu manis yang digunakan. Jika dirasakan demikian, mungkin perlu kurangkan sedikit sukatannya.
Atau mungkin juga kerana terlebih kerap.. hihi… Memanglah ikut petuanya sebaiknya diamalkan dengan kerap. Tapi bila dah timbul kesan yang tak disangka seperti kemerahan tu eloknya ‘slow down’ sikit contohnya selang 2-3 hari sekali. Itulah pandangan saya…
masalah sy che..kalau sapu lidah buaya bulu roma saya makin lebat hitam pulak.lau sapu kat kening dgn kat alis mate alis mate boleh jd mcm unta dah..adui.pape petua yg melibat kan lidah corcedile nie sy xmau try.tq..hehehe..maap jgn mare.
salam.saya mengalami kesan calar di muka dari kecik lagi,sudah pelbagai produk saya gunakan tetapi tidak memberi kesan apa-apa..adakah saya sesuai untuk mengunakan cara ini..
saya mengalami masalah pada wajah saya iaitu di muka ada kesan calar dan parut sejak kecil lagi..sudah pelbagai produk saya gunakan untuk hilangkan kesan tetapi tiada kesan apa-apa pun..adakah saya sesuai mengunakan cara ini..
saya pakai pun mcm ade gatal sket,tapi dalm 5min pertama..
hu,xtau la result dia camne…ade ikot size n kematangan daun tu ke ea kak?
saya dah cuba dgn air asam jawa+bedak sejuk+kulit kayu manis….ha3….stiap malam sebelom tido sy kn letak di muka smpai ke pagi….dah bertahun sy amalkan…boleh dikatakn berkesan la jugak…he3…
Alhamdulillah. che petua cadangkan apa kata kalau Ket buat ramuan tu lebih sikit dan botolkan. Lepas tu jual kat FB. Rasanya ramai yang nak mencuba cara tradisional nie tapi malas nak sediakan bahan2nya. Macam benda makan ler, ramai yg kaki makan, tapi tak berapa ramai yg suka memasak…
P/s: Kalau Ket buat ramuan tu, che petua leh tolong ‘promote’ free of charge.. tapi saya pun nak satu botol ler.. untuk buat hadiah contest..hihi..
mcm mne na buat tu??
Sy mempunyai parut di muka akibat dcakar kucing,selepas e2 sy letak dettol
pada luka tersebut…lepas jee sy bangun dari
tidur,sy mndapati ia menjadi trbakar.,
lepas jee seminggu sy mndapati kesan tersebut mnjadi parut. .
Bleh parut tersebut hilang??
Salam , nk tnyer sesuatu ni .
1 ) Bedak sejuk tu macam mane ? Sbb banyak bedak takot kalau salah pilih boleh jadi lebih teruk kat kulit nnt . Ke mcm bedak biasa je ? Kalau boleh tlg beritahu produk yg che pakai .
*Maaflah kalau soalan ni mcm kebudak-budakan . Nk pastikan .
Eh sorry , Dah tau da ape tu bedak sejuk . Hehe . Cuma dekat mane ye nk dptkan bedak sejuk ni ?
Hihi.. Farhan oh Farhan… It’s ok. Tak yah cakap sorry pun aduhai..hehe.. Bak kata peribahasa “malu bertanya sesat jalan”, so.. it’s good utk bertanya bagi mendapatkan kepastian.
Bedak sejuk boleh diperolehi di kedai runcit. Sesetengah kedai memang ada jual bedak sejuk nie tapi nampak macam tersorok sikit. Dan che petua pernah juga terjumpa bedak sejuk yang dijual di pasaraya MyDin.
che saya ade jerawat batu la.. kalau saya guna lidah buaya boleh ke hilang jerawat 2..
… che tolong balas segera…
Oh.. tak leh Aman. Setakat guna lidah buaya jer memang mustahil nak hilangkan jerawat.
Kena pergi buat rawatan dengan berjumpa pakar kulit dulu atau guna kaedah tradisional lain untuk hilangkan jerawat-jerawat tu dulu. Lepas dah berkurangan dan cuma tinggal parut jer, barulah disyorkan untuk amalkan petua nie. Itupun perlu dipastikan terlebih dahulu bahawa awak tak ada “allergy” atau alahan dengan daun aloe vera atau lidah buaya.
che sye umur baru 15 tpi sye xtau na pakai pencuci ape. sye da gune da lidah buaya 2 xgatal ponw. che bagi ar cadagan na pakai pencuci pew. mak sye suh sye pakai pencuci hazeline snow tpi sye xbeli agi che ase ok kew gune pencuci 2…..che tlong ar sye……
Aman.. che petua syorkan begini, sebaik-baiknya Aman pergi ke mana-mana farmasi contohnya kat Watson atau Guardian atau dua tiga ‘brand’ lagi yg saya terlupa lak namanya.. Jumpa dengan pembantu farmasi dan minta dia recommend pencuci yang paling sesuai untuk kulit awak.
Sebaiknya beli yg bersaiz kecil dulu. Kalau silap guna pencuci nie pun, boleh sebabkan masalah jerawat menjadi-jadi. Lepas 3-4 kali guna kita akan tahu, samada serasi ngan kita. Kalau lepas guna makin ‘teruk’ keadaannya, maka cepat-cepatlah hentikan kalau dah yakin itu puncanya.
Itu cara yg saya selalu gunakan kalau ada masalah sebegini. Ahli farmasi nie sebenarnya bukan calang-calang, tapi lebih kurang bawah sikit jer daripada doktor. Dan kalau pharmacist yang dah lama tu, lebih hebat ilmunya. Alhamdulillah, setakat nie apa2 yg direcommend 99% berkesan.
Jangan pula minta nasihat daripada staf atau cashier yang biasa-biasa tu, diaorang tu selalunya tak tau apa pun pasal produk nie.
lidah buaya leh hilangkan panau x….
Tak boleh.
Untuk rawatan panau, mungkin boleh dicuba beberapa petua hilangkan panau.
kalaw gna kaedh asam jwa ,, brpa lma msa diambil uer utx hlgkan parut too ..
che sye ad parut n kesan jht slpz sye excdnt ary tu..klo sy gne lidah buaya tu bleh hlng kew??
che tlng jwb plezz ..:)
Boleh.. insyaAllah. Kalau rajin diamalkan insyaAllah akan dapat hasil yang berkesan. Berapa lama hasilnya bergantung kepada berapa besar saiz parut atau kesan jahitan berkenaan. InsyaAllah, lepas 2-3 minggu akan mula kelihatan perubahannya. Kalau berpuas hati boleh teruskan dan kalau rasa kurang berkesan masa tu eloklah dicari kaedah rawatan lain.
sy ad prut ckit..petua mner yg blh sy amalkn ek..?
kk cheh petua , asam jawa 2 memang kena pakai yg ada biji pnya ka ? klau pkai yg dalam mgkok mcm adabi pnya 2 boleh tak ? tak dek biji n terus bancuh ja .. hrap eply cpat
Yes.. boleh kalau nak guna yg Adabi punya. Ishh.. semua komen you nak cepat yer.. hihi…
pakai kulit pisang emas pon boleh kan
sy pkai 3 kali sehari lidah buaya tp xde kesan pn . cmne eh ?
Petua-petua nie terpulang kepada masing-masing ler nak try… ada orang setakat baca jer, tak buat pun sebab tak yakin. Ada yang amalkan dan mendapat hasilnya.
Lapisan kulit manusia nie pun memerlukan masa untuk proses rawatan lebih-lebih lagi kalau ikut kaedah semulajadi. So, kesimpulannya kalau rajin teruskan ler amalkan.. mungkin buat selang sehari (untuk biarkan kulit tu ‘bernafas’) atau 3-4 kali seminggu. Berapa lama nak dapat kesan.. bergantung kepada ‘keserasian’ setiap individu.
Kalau dirasakan petua nie tak memberikan hasil dan usaha tu sia-sia jer, elok hentikan sebelum dirasakan membazir lebih banyak masa.
salam , saye nak tanye , kaki sye ni sensitif nan gigitan nyamuk , kalo kene gigit nyamuk jea mesti die jd luke , bile luke paham2 la die jd la parut bile dh oke kn, so petua mane paling sesuai n cepat dengan keadan sye nie . na pkai skirt g keje pon payah . yg mane sesuai n cepat bertindak .
thanks atas kerjasama
Hmm… nyamuk-nyamuk nakal tu tak suka awak pakai skirt lah tu.. hihi…
Cuba petua no. 1 tu. Rajin-rajinlah amalkan. Dan elok juga kalau dibiasakan sapu krim atau losyen pelembab pada kaki sebelum tidur. Tujuannya untuk elak nyamuk dan bagus juga untuk melembut dan melicinkan kulit.
Sama-sama atas kerjasama.
Assalamualaikum , nak tanya yang kaedah nombor 3 tuh berkesan tak ? Sebab kulit saya sensitif sangat . Kalau guna kaedah lidah buaya , muka saya akan naik merah2 .
Petua-petua nie kalau tak berkesan, tak tahulah pula kenapa diperturunkan oleh orang tua-tua… Kalau nak kata ‘confirmed’ berkesan, ada pula orang yang buat tapi tak menjadi.
Ikut pendapat che petua, kalau bimbang ada kesan buruk, jangan buat. Atau setidak-tidaknya ‘test’ kat bahagian kecil kat tempat lain selain muka. Tengok dulu samada sesuai atau tidak dengan Miera.
Hmm… memang betul pun ada orang yang kulitnya tak ngam dengan lidah buaya @ aloe vera nie. Selain petua kat atas, petua lain yang saya tahu ialah cuba amalkan gosok parut dengan kulit pisang (bahagian dalam).
Okay , saya dah dapatkan ubat dari farmasi . Rasanya lebih selalu mungkin .
*selamat
kalo gnakan pada parut bkas percikan minyak panas blh ker..???
untuk petua yang guna kulit kayu manis dengan bedak sejuk tu..kulit saya rasa pedih selepas pakai (muka saya banyak parut jerawat)..kenapa begitu ya? dan boleh ke dibiarkan semalaman jika pakai sebelum tidur?
salam.sya dh cuba smua petua tpi tk jdi..sya dpt prut ni lbih kurg 3 thun yg lps..cmne nk buat ye Che??
Salam Shikin. Lazimnya petua-petua nie perlu diamalkan untuk beberapa tempoh waktu sebelum mendapat hasilnya. Bahkan untuk hilangkan kesan parut tu pula bergantung juga kepada saiz parut tu dan sudah berapa lama parut tu wujud. Lagi lama kalu, maka lebih lamalah diperlukan untuk meng’hilang’kannya.
Hmm.. kalau begitu, Shikin kena cuba cara moden lah. Kena beli krim hilangkan parut. Ada macam-macam jenis dan harganya sekitar RM100+/ botol. Cuba taip ‘remove scar cream’.
saye ade parut kt muke sebab exciden ….boleh ke saye gne keadah nie…
che petua tak boleh nak bagi kepastian samada akan mendapat kesan yang diharapkan (parut tu hilang terus) kalau guna petua nie. Untuk parut yang besar dan dalam kemungkinan besar sukar untuk dihilangkan. Apa-apa pun rasanya, tak salah untuk mencuba… lebih-lebih lagi kalau dah cuba pelbagai cara lain, contohnya seperti menyapu krim tetapi masih belum merasai hasil yang diharapkan.
sya ada problem nak hilangkan dark spot..ada petua yang berguna atau berkesan tak yang dapat hilangkan dark spot ini??tolonggg…
Cuba amalkan petua ni 2-3 kali seminggu.
Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Lepas tu gaul sebati bawang tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur. Kendian ambil beberapa helai tisu, basahkan sedikit dan letakkan pada muka. Pas tu tempek ramuan tadi kat atas tisu dan biar hingga kering. Bila dah kering, bilas wajah dengan air suam.
Bedak sejuk dgn kayu manis tu kn tmbuk tapi kene tmbh air x? Sye ad parut terkene ekzos moto tapi da bertaun lha. So parut yg da lme ni boleh ilang ker sbb kot parut tu parut kkl.
Ya, kena tambah air sikit. Ada kawan saya pernah berparut tangan sebab plastik cair jatuh di tangan. Agak bertahun juga parut tu, tapi lama-kelamaan dah hilang. Parut yang lama dan besar, memang akan makan masa. Mungkin lepas 3-4 minggu baru boleh lihat keberkesanannya. Kalau dirasakan berkesan, teruskan. InsyaAllah, parut tu akan kurang kelihatan. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
salam.Saya nak tanya selain kaedah yg tertera di atas apa lagi yg boleh kita gunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan memutihkan muka .
Salam Thoriq. Untuk hilangkan parut tu boleh juga dicuba kaedah menggosok dengan kulit pisang (bahagian dalam) ke tempat yang berparut. Gosok perlahan-lahan dan kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan sekerap yang mungkin. Selain tu, mungkin elok kalau awak tinjau-tinjau artikel cara-cara hilangkan jerawat, mungkin ada satu dua panduan yang sesuai kat situ.
Untuk cerahkan wajah pula, sila baca petua cerahkan kulit.
saya nak buka kesan hitam di muka sy akibat bwg putih,,lidah buaya dpt buka jga ka ??
sy ad parut..klau dgn asam jawa,,bleh hilang ke x parut ni,,hrap reply..