Petua mata terkena cili
Cili atau cabai memang diketahui jenis yang panas! Tapi bagi mereka yang tahu menikmatinya memang tak boleh hidup tanpa cili. Kalau tak ada cili kira macam kurang berselera lah nak makan, gitu.
Bab makan tu satu hal, tapi bab nak menyediakan masakan bercili ni pulak satu hal yangg lain. Silap haribulan, oohhh… susah woo nak cakap… sedih. Meleleh air liur mata.
Ni haa.. nak kongsi sikit petua pasal cili ni. Petua yang boleh diamalkan kalau cili masuk dalam mata.
Petua cili masuk mata
Zaman sekarang ni orang kisar cili pakai blender jer. Tapi ada juga orang yang sukakan keunikan dan golongan yang masih mengekalkan tradisi menumbuk cili pakai lesung untuk buat sambal.
Hmmm… sebenarnya buat sambal belacan pakai lesung ni lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan kisar pakai blender tuh.. ish.. tetiba jer rasa lapar.. hihi…
Kalau masa tengah tumbuk sambal tetiba cili masuk mata, camna nak buat? Ikut petua lama nie. Kalau cili masuk mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Sebaliknya kalau kena mata kiri, jirus ibu jari kaki kanan.
Cuba tengok apa jadi… Setakat ni che petua tak pernah kena lagi lah pasai selama nie tumbuk cili pakai reben hitam.. hahaha…
ATAU
Kalau kat sebelah tu tetiba ada garam, cuba lak petua nie. Ambil garam secubit dan hisap. Telan sikit air garam tuh… InsyaAllah, ikut petua orang dulu-dulu nie katanya dalam satu dua minit mata dah tak pedih dah… Umpama magik gitu. Kalau tak caya, cuba masukkan cili kat dalam mata, lepas tu telanlah garam. Ada berani? che petua pun tak berani hahaha…!
MIRA says
hehe…cara ke dua tu btl…selalu cuba dan menjadi..=)