Berapa ramai yang selalu terasa pening-pening sakit kepala.. sila angkat tangan…! che petua rasa ramai yang sering sakit kepala kan. Puncanya boleh jadi macam-macam – sebab panas sangat ker, kena hujan ker, dan paling-paling kerap sebab seteress (tak cukup masa nak rest!).
Kebiasaannya pabila sakit kepala menyerang apa yang selalu kita buat? Telan ubat lah betol tak. Sakit sikit telan panadol, sakit jer telan panadol… Rasanya korang pun tahu bahwa tak elok kalau kerap makan panadol tu… nanti bila dah biasa sangat makan panadol boleh ketagih tau… ehem..ehem.. Macamlah pandai sangat che petua nie… hehe.. lu pikirlah sendiri… Takpe lepas nie che petua cuba tak makan panadol kalau pening kepala… cuba petua-petua nie dulu kay…
So, macam biasa selepas membebel (kasi can la.. hihi…) che petua pun kongsilah apa-apa petua yang ada. Seperti biasa jugak korang pandai-pandailah pilih yang mana rasanya lebih bersesuaian dengan korang.
Petua hilangkan sakit kepala (kalau kat rumah)
Petua nie masa kat rumah lah yer… kalau tengah dok shopping tetiba pening-pening tak leh ler nak menolong. Petuanya sediakan beberapa biji limau kasturi, limau yang kecil-kecil tu.. bukan limau mandarin yer…
Perahkan limau kasturi tuh kat atas kepala satu persatu. Kalau ada adik ker kakak ker nak menolong lagi baik… kalau yang dah bersuami atau isteri tuh lagi terbaik… minta tolong diaorang yang perahkan…
Semasa perah tuh ramas-ramaskan rambut dan picit-picitkan kepala kasi darah berjalan. Kulit limau yang sudah diperah tuh korang masukkan dalam mangkuk berisi air bersih. Bila dah selesai sesi perah dan picit tuh ada baiknya masuk bilik air dan jiruskan bekas air berisi kulit limau tuh atas kepala dan badan. Pastu lapkan rambut dan kepala tu sikit-sikit, jangan lak sampai hilang aura limau tu. Kalau terkena bahagian muka basuhlah sikit muka tuh untuk menghilangkan rasa melekit-lekit bila air limau tu mengering.
Pas tuh.. cari tempat untuk berbaring dan tidur sekejap… jangan taruk alarm atau fikir apa-apa pun… Tidur jer dengan lafaz bismillah… InsyaAllah… bila dah bangun tuh pening atau sakit kepala tuh dah tak ada dah. Kepala segar jer dan bonusnya rambut pun berbau harum, seharum limau kasturi…
Petua hilangkan pening kepala
Petua yang ni lebih mudah pelaksanaannya. Yang susahnya mungkin nak cari bahannya. Petuanya memerlukan kita untuk mencari dan menyediakan sebiji bawang putih. Hmm.. dah lah kepala tengah pening, lepas tu bertambah pening lak lagi sebab pening memikirkan mana nak cari bawang. hmmm… pening…
Potong bawang tuh nipis-nipis dan tempek pada bahagian tepi dahi tuh di kedua-dua belah. Bawang putih akan menyedut bisa pada kepala. Biarkan beberapa jam. Seeloknya biar jer kat situ sampai pening tuh hilang.
Potongan bawang nipis yang ditempek tadi akan tanggal dengan sendirinya bila dah kering dan sakit akan beransur hilang. Dan kekadang tuh jangan terkejut lak… sebab akan ada sedikit tanda merah kehitaman kat bahagian yang ditempek dengan bawang tuh. Lepas sehari dua kesan tuh akan hilang dengan sendiri.
farah junisha says
bagusla petua ni
che petua says
Hmm… saya buat kekadang jadi kekadang tidak.. hehe… Kadang-kadang ‘pening’ kepala juga nak memikirkan cara-cara nak menghilangkan pening nie.. ahak…
Basryoyi says
Untuk menghilangkan pening kepala secara tradisional
hana says
Sya krap sngt skt kpla trkdg bla dtg skt nya… aullahuakbar mcm nk nk mmpos sya hnya mngs jek pnah bpe kli sya pngsn akbt skt kpla… Xthn sngt msa tu.. skrg sya dh jmpa ptuah nya.. insyaallah sya akn cba dn hrp ia brksan… 🙂
che petua says
Hmm.. elok juga amalkan setiap kali mandi, cuba jirus air dari bahagian kaki ke atas secara berperingkat-peringkat hingga ke kepala. Mulakan dari bahagian bawah ke atas supaya haba dari badan tu keluar ikut kepala. Petua orang tua-tua lama yang saya amalkan bertahun-tahun.
nasharuddin says
legakan sakit kepala anda dengan kaedah urutan tak perlu painkiller lagi 0135042366
matnuar says
ya betul…saya dh cuba itu…menjadi
bunga angkasa says
betol nie sure boleh hilangkan pening ?… inya’allah sy cuba 🙂
che petua says
Kalu dok pening-pening memikirkan pening tu boleh hilang ke tidak, susah ler nampak gayanya nak hilangkan pening tu.. hihi..
afiq says
Saya setiap hari pening kepala la berkesan ke kaedah ni?? tak tahan sangat hari2 pening
che petua says
Hari-hari ke? Without failed? Hmm.. kalau dah setiap hari pening, itu bukan ‘pening’ biasa tu. Elok pergi check ngan pakar.
mira says
masalah saya ni..kdg2 tgh tido pun sy akan rase pening..nak2 kt bhgn kening (atas mata) n kt pangkal btg hidung tu..mmg xtahan la pening dia..sy da rendahkan bantal wktu tido n tgikan ckit bhgn kaki..
che petua says
Kes macam ni mungkin sebab mata tu kot… Patut-patutnya kena pakai cermin mata, tapi tak nak pakai 🙂 Cuba gi kedai cermin dan check mata tu. Free jer untuk check ‘vision’. Tak payah bayar melainkan kita beli cermin mata atai contact lens.
Check kat dua tiga kedai ler untuk kepastian. Kekadang ada juga kedai yang adjust power tu sebab nak suruh kita beli cermin mata kat kedai diaorang.
Jue says
Saya sakit kepala bila drive dlm cuaca panas.tapi klu tiap2 hari kena redah traffic yg sama.berkesan ke cara ni?sbb pjlnn mkn masa sejam.sehari 2 jam drive klu jln xberapa jem, klu jem lg lama.tq
che petua says
Cuba dulu. Lain orang lain reaksinya. Satu lagi berkenaan bab petua-petua ni (dan juga ubat doktor pun) selalunya kalau dari awal lagi dah tak yakin, maka susah lah nak menjadi. Umpama orang yang sakit, tapi tak mo jumpa doktor sebab merasakan sakitnya tu dah tak boleh diubat. At least kita ikhtiar lah kan..
P/s: Kalau dalam kereta tu cuba biasakan pasang bacaan Yassin atau surah2 lain. Ada macam2 jenis bacaan.. so tricknya beli lah CD yang kita rasa sedap didengar. Lain orang lain citarasanya. Insya Allah jiwa takdelah berceramuk sangat. Kalau dah selalu dengar berulang2, mungkin juyga dengan sendirinya boleh hafal ayat2 tu.. hmm.. boleh juga bantu cuci hati kan..
Azman Mohd Zaini says
Cuba buat pemeriksaan mata utk rabun silau.
fatimah says
blh x izin share petua ni
che petua says
Sila ler. Ilmu memang untuk dikongsi-kongsi. Ini petua orang dulu-dulu.. bila share tu kena lah faham kekadang ada orang yang tak boleh terima benda-benda macam ni. Tak masuk akal katanya.. Tapi dalam diam-diam, mungkin ada juga yang mencuba 🙂
fatimah says
sya slalu di serng skit kpale tiap2 bln knp ye sbb dtg bln. ke atau pnykit lain
che petua says
che petua pun tak tau lah samada itu sebab datang bulan atau faktor lain. Tapi memandangkan dah tiap2 bulan tu dah ikut jadual, nampak jelas memang itulah sebabnya.
Tapi ‘nampak’ kita ni, mungkin tak sama sepertimana apa yang doktor ‘nampak’.
athirah says
Salam. Terima kasih kerana kongsikan petua ni. Td sy pening kpala sgt2. Ubat pon dh habis. Lagipun sy rsa dh byk sgt mkn panadol pon xbgus. Sy try petua akak. Alhamdulillah. Dlm sejam dah hilang rsa pening. Wktu ltak bwg putih memang terasa menyerap. Terima kasih ya. Lps ni amalkan yang ini ja drpd consume ubt. ☺
che petua says
You are the very welcome Athirah. Kongsikan pula petua nie dengan orang lain tau. Dapat tolong orang, and insyaAllah diberi pahala.
Ashikin says
Hi che, nak tanya petua untuk hilangkan sakit kepala tue, gunakan limau kasturi atau limau purut ya? sebab ada mention dkt petua tue limau purut.. konfius di situ 🙂
che petua says
Oh.. soorrryyy lah Ashikin. che tak perasan, tersalah taip. Anyway che petua dah betulkan kembali typo error tu, petua yang betulnya ialah guna limau kasturi.
P/s: Kalu nak guna limau purut pun sebenarnya boleh juga. Tapi rasanya di kebanyakan tempat lebih susah nak dapatkan limau purut 🙂
Dhia says
Salam che petua..Bagaimana cara nak hilangkan hitam bawah mata..
che petua says
Salam berbalas Dhia. Ada 2 petua yang mana salah satunya ialah dengan menggunakan lemon. Caranya che petua dah ulas kat petua hilangkan lebam bawah mata.
Satu tips yang sangat penting ialah kena elakkan tabiat berjaga sehingga larut malam. Tidur perlu cukup, tak lebih dan tak kurang.