Panduan bagi mereka yang ada urat timbul di kaki. Alah.. urat-urat yg jelas kelihatan kat bahagian kaki yg putih gebu tuh.. and kat bahagian betis dan pelipat (bahagian belakang lutut)..
Selalunya masalah urat timbul nie terjadi di kalangan wanita yang mengandung. Maklumlah bebanan berat yg lebih dari biasa..hehe..
Akan tetapi… korang jangan ambil mudah gejala urat timbul nie.. wanita yg tak mengandung pun sebenarnya boleh kena gak.. bagi golongan muda yang ada urat timbul nie tak terasa sangat kesannya sebab tak sakit.. tetapi bila umur dah makin meningkat nanti.. barulah rasa peritnya.. jalan sikit jer dah sakit sebab kedudukan urat dah tak betul menyebabkan aliran darah bercelaru.
Urat timbul lazimnya akan muncul bila kita berdiri atau duduk lama sangat.. duduk macam patung tanpa mengalih kedudukan. Sebenarnya, urat boleh timbul kat mana-mana sahaja di bahagian badan. Bagi mereka yg mengandung, urat yang timbul masa tempoh kehamilan tuh biasanya akan hilang dengan sendirinya lepas bersalin bila berat badan turun. Tapi bukan semua urat akan hilang – ada yang kekal dan ada yang timbulkan rasa sakit kelak.
Jadi, untuk mengurangkan urat timbul, cuba amalkan yang berikut:
- Naikkan kaki tinggi sedikit daripada paras punggung dan luruskan kaki ketika duduk.
- Elakkan duduk bersila atau bersimpuh bagi tempoh lama tanpa ubah kedudukan.
- Rendam kaki selama 15 minit sehari dengan air suam. Ini mampu untuk melancarkan perjalanan darah dan mengatasi masalah darah beku di kaki.
- Elakkan memakai stokin ketat pada urat timbul – sarungkan stokin atas sedikit daripada kawasan urat timbul tuh.
- Luruskan kaki dan urut kedua-dua kaki dan di sekeliling urat timbul bila ada berpeluang – contohnya lepas solat sebelum korang tanggalkan telekung.
- Seeloknya urut sedikit minyak angin sekali-sekala untuk membantu darah mengalir dengan lancar dan urat timbul di kaki akan hilang dengan sendirinya.
- Ketika tidur sebaiknya tinggikan sedikit kaki dari badan. Lapik jer dengan bantal. Ini dapat membantu untuk mengurangkan perkumpulan darah dibahagian tersebut seterusnya mengurangkan risiko untuk darah berkumpul di bahagian betis dan kaki.
- Makan vitamin C kerana ia dapat membantu mengatasi masalah urat timbul – makan banyak buah sitrus (oren, kasturi, lemon) dan mangga.
Jangan biarkan urat timbul tanpa membuat sesuatu untuk baikinya. Ingat masa muda suma okey.. tapi bila dah tua esokkkk… hmm… sindiri mau ingat ler…
Fairuza MansoR says
Kalau urat timbul atas belakang macam mana yea Sis. Lebih kurang macam urat belikat masuk angin gitu. 😉