Cita-cita yang menjadi impian ramai orang sekarang ni adalah untuk menjadi KAYA! Punyai harta yang banyak, wang berjuta-juta. Salah ker? Tentunya tidak kalau diperolehi dengan cara halal. Bahkan sangat digalakkan terutamanya kalau dengan kekayaan tersebut kita buat pula amal jariah membantu orang lain yang memerlukan.
che petua pun ada impian nak jadi kaya. Sekarang ni kehidupan kira okey lah, kata orang ‘kais pagi, makan malam’.. ahaks… Syukur sangat lah, sekurang-kurangnya ada juga benda nak dimakan. Dan antara ‘kekayaan’ lain yang disyukuri ialah kesihatan yang baik dan keluarga yang harmoni. Alhamdulillah.
Asyik berceloteh jer ni, mana petuanya. Okey.. ok… meh che petua kongsi beberapa petua kaya. Bukan setakat kaya, tapi boleh membantu kita jadi kaya raya. InsyaAllah…
Petua Nak Jadi Kaya 1
Petua yang nie che petua dapat lama dulu ketika mendengar satu program bual bicara di radio. Masa tu DJ radio berkenaan (dah tak ingat namanya, mungkin dari RTM kot kalau tak silap) interview lah sorang pelawak nie. Pun dah tak ingat siapa, tapi artis komedi atau pelawak nie rasanya kira famous lah jugak pada zaman tuh tapi tak lah famous cam zaman sekarang nie cam para peserta Maharaja Lawak tu…
DJ tuh memang pandai bawa bual-bicara tuh dan kebetulan terkeluar soalan camna nak jadi kaya. Nie hah satu jawapan yang diberikan oleh pelawak tersebut yang che petua ingat sampai ker hari ini. Jawapannya.. jeng…jeng..jeng… Banyakkan senyuman. Boleh pakai ker jawapan nie..?
Kalau difikirkan logik apa. Seorang yang sentiasa menghadiahkan senyuman nie boleh membuatkan orang lain lebih mesra dan dekat dengannya. Orang puteh kata, “approachable”.
Malahan dengan senyuman jua boleh menghilangkan rasa ‘stress’ kalau ada orang senyum kat kita kan.. Bukan senyum perli lah.. Dan bayangkan juga kalau ada orang marah-marah kat kita tapi kita buat ‘cool’ jer dan kekalkan senyuman manis, insyaAllah dia pun jadi sejuk. Maka, senanglah kalau nak berbincang peluang-peluang buat duit. Dan kalau ada yang dah berniaga tuh pasti tahu bahawa senyuman memang terbukti menarik pelanggan.
Petua Nak Jadi Kaya 2
Petua yang nie pulak memang dijamin (insyaAllah) berkesan! che petua dan kawan-kawan che petua sendiri pun dah merasa. Jadi kaya raya tuh tak ler.. tapi rezeki tuh tak putus lah… Petuanya adalah dengan memperbanyakkan sedekah. Yang paling penting juga adalah setiap kali dapat rezeki lebih tu jangan disimpan di dalam hati lupa bagi sebahagian, tak kiralah berapa per sen pun, kat kedua-dua ibu bapa kita.
Sekiranya diamalkan selalu petua nie insyaAllah rezeki berpanjangan. Kerap kali juga che petua rasa dah dalam kedudukan tak berduit lebih-lebih lagi pertengahan bulan… Tapi korek dalam laci tetiba terjumpa note RM50 dan kadang tuh RM100. Mungkin memang dah tersimpan kat situ masa dapat duit awal-awal bulan.. tapi manalah kita tahu kan…
Seorang kawan che petua pulak pernah cerita. Satu hari dia baru jer balik dari kampung menziarahi ibu bapa. Dua tiga hari kemudian, masa keluar makan tengahari dia tersilap pergi makan kat restoran mewah.. Masa tuh katanya dia memang pasti bahwa duit dalam wallet tak lebih dari lima ringgit. Nak bayar pakai kad kredit, dia memang tak pernah apply kad kredit pun. Tapi masa tengah menggelabah tuh terasa nak buka juga wallet.. Alhamdulillah.. ada duit RM50 dua keping kat celah-celah wallet… Subhanallah!
Petua Kaya 3
Petua yang nie pulak rasanya ramai yang dah tahu, tapi cukup berat nak diamalkan. Petuanya adalah mengamalkan solat sunat Dhuha. Solat sunat nie dilakukan tatkala matahari dah naik sekadar satu galah tingginya. Masanya tuh kira lebih kurang 24 minit setelah terbit matahari (syuruq). Dalam erti kata lain, amalan solat sunat Dhuha ialah antara bermula 1/4 hari pagi hingga sampai sebelum gelincir matahari. Lebih kurang antara pukul 8.00 hingga 11.00 pagi.
Sama-samalah kita amalkan petua-petua yang dikongsikan nie. Sebenarnya ada banyak lagi amalan petua lain untuk dimahalkan dimurahkan rezeki. Nanti che petua kongsikan lagi. Haa… bila dah amalkan tuh.. jangan pulak malas berusaha. Jangan sekadar berharap duit akan datang bergolek jer. Kenalah jugak ada usahakan. Berkat keikhlasan kita dan dengan amalan petua-petua tuh, insyaAllah dipermudahkan usaha kita untuk menjadi kaya. Kaya dan berjaya, seadanya…
fitri says
sy pernah rs kejadian2 camni.bbrapa thn dulu wktu msh study.mase tu dgn kwn2.otw nk g tmpat praktikum yg mkn ms 6jam,ktrg singgah masjid nk solat.ms tu masjid da lengAng.tetibe ade sorg pakcik mengaku moto die rosak.ktrg dah xtau nk wat cmne akhrnye hulur jgk duit sorg skt event duit xbape nk ade.student kan.bbrape mggu pastu,sy sggah umah makcik kwn sy,bile nk blk die bg note 50.tekejut bkn main.tula rezki sy….byk jgk lg kes masuk rezki yg sy pnh lalui.ape2 pun,yg pnting kt jgn kedekut sgt kongsi rezeki.
che petua says
Betul tu Fitri… setujuuuu sangat..! Kita tak leh kedekut dan yang paling penting bila beramal jariah nie kena IKHLAS. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan bertambah-tambah berkat.
muhammad akram bin zakarial says
sAya nAk jAdi kAya mAcam oRang di lUaR sAna..tApi tAk tAhu maCAm mana lagi nak jadi kaya
muhammad akram bin zakarial says
kepada semua di luar sana yang kaya raya..tolong lah saya di waktu saya susah ni..apabila saya senang nanti saya akan balas jasa korang balik..
izwan says
Sangat2 setuju dengan ketiga-tiga tips yang diberi ini:
Senyum, sedekah, duha…
ada lagi, tetapi ketiga-tiga ini memang sangat2 power.
Insya Allah, cubalah. Ini formula Allah bagi, bukan manusia bagi, so tak payah pening-pening, just amalkan.
Saya pernah berada dalam situasi kewangan yang serius. Tak kerja, hutang melebihi pendapatan, tiada sumber kewangan…. just berserah kepada Allah untuk menjaga ekonomi saya. 1 yang paling utama saya amalkan ketika itu… huluq duit kat mak, ada RM10 hulur RM5, ada banyak kasi banyak, ada sikit bagi sikit…. mula-mula malu jugak bagi sikit, tetapi bila mak tanya, just cakap duit berkat….. Alhamdulillah , rezeki tak putus2. Cuba lah ya petua dari Che petua ni….. TERBAEK
fahrin effendi says
Yakin pada doa kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.Konsep 70/30 juga bagus bg 70 percent profit 30 percent ke jalan Allah.Maintain business kekal selamanya.Tidak kedekut pada isteri dan anak anak .Pendapatan sentiasa akan cukup walaupun anak 10.Yakin janji Allah.Ibubapa dikampong jgn dilupa.Ameen.Tq