Salam,
Dalam satu hari berapa jauh korang berjalan? 1 kilometer, 2 kilo… hmm.. bagi yg naik komuter ke tempat kerja tuh tentu jauhkan… Kata orang jauh perjalanan, luas pandangan.. ahak..ahak..
Bila dah sampai kat opis tuh, mesti kena berjalan lagi ke hulu ke hilir dalam pejabat tuh betol tak..? Nak pass fail ker, pegi bilik mesyuarat ker, pegi toilet ker.. hmmm… penat kan? So, siapa kata orang sekarang nie jarang exercise.. he..he..
Okey, meh kita citer pasal masalah kaki nie… Bila dah banyak berjalan ke sana ke mari, tentulah kita berpeluh.. Pas tu ditambah lak lagi dengan kekotoran di tempat-tempat yg kita lalu… bakteria pun melekatlah kat kaki tuh..
Peluh + bakteria, hasilnya… kaki pun baik punya bau lah!
Bagi sesiapa yg menghadapi masalah kaki berbau nie faham-faham sajalah kan bila berhimpun di ruang tertutup atau tempat-tempat ramai orang. Bayangkan kalau kat dalam meeting room ker, kat dalam surau ker ataupun yg paling kita boleh perasan waktu dalam panggung wayang… ada lak orang kat sebelah ker atau kat belakang tuh yg buka kasut dia pas tuh buat donno jer.. pergh… baunya masam teramat!
Bagaimana nak hilangkan bau kaki?
Selain berpunca dari kaki berpeluh, satu sebab kaki berbau busuk nie mungkin kerna stokin atau kasut yg kita pakai.
So, ada orang yg pakai losyen kaki sebelum pakai stokin. Hmmm… cara nie
pun okey untuk mengelakkan kaki berpeluh. Tapi selain tuh kenalah juga cari stokin yg sesuai. Sebaik-baiknya pakai stokin yg diperbuat daripada 100% kapas/cotton..
Lepas tuh ada jugak yg letak bedak wangi atau spray minyak wangi kat dalam kasut… Ala macam yg biasa orang buat masa hantar surat cinta di zaman dulu kala tuh… Sekarang nie tak ada orang buat dah sebab suma main sms jer.. tak pun hantar gift minyak wangi kat FB.. hehe…
Petua Hilangkan Bau Kaki
Untuk hilangkan bau kaki tuh, boleh diamalkan petua nie..buat seminggu sekali pun takpe, kalau 3 hari sekali ker atau tiap-tiap hari lagi bagus..
Cari besen atau bekas yg agak-agak boleh muat kedua-dua belah kaki. Masukkan air bersih kat dalam bekas tuh. Lepas tuh campurkan dengan 2 sudu garam dan satu genggam asam jawa. Gaulkan sedikit dan rendam kaki korang kat dalam bekas tuh lebih kurang setengah jam sambil menonton tv ker atau aktiviti yg seangkatan dengannya..
Sambil-sambil tuh gosokkan asam jawa tuh kat kaki, biar kena ke seluruh bahagian termasuk jari-jemari kaki, tumit dan tapak kaki. Petua nie membantu menanggalkan sel-sel kuit yg dah mati dan boleh menjadikan kulit kita lebih halus mulus. Dan yg paling syoknya kaki korang dah tak berbau dah.. Kalau tak caya cuba cium..:)
ATAU
Ada satu petua lagi… Yg nie lebih mudah sket..
Sediakan satu bekas air. Dalam bekas tuh letakkan uncang teh… alah uncang teh yg boleh beli kat kedai tuh.. jenama lipton ker.. apa ker.. janji teh.. Bila dah dimasukkan uncang tuh, kacau perlahan-lahan seketika kendian rendamkan kaki dalam setengah jam sambil melayari petuatradisional.com utk cari petua-petua lain.. hehe..
Amalkan sekerap yg mungkin. InsyaAllah lepas nie kaki dah tak berbau lagi. Tak yah susah-susah nak spray minyak wangi kat kasut dah..







