Bagi sesiapa yang mempunyai tahi lalat hidup (besar) bolehlah dicuba petua ini untuk mengecilkan tahi lalat yang semakin membesar tersebut.
Petua Mengecutkan Tahi Lalat Hidup
Ambil tangkai daun sirih Cina, tumbuk hingga hancur untuk mendapatkan air lendirnya. Kemudian sapulah lendir tu pada sekeliling tahi lalat sambil digosok-gosok. Kemungkinan akan terasa pedih sedikit semasa melakukannya.
Sekiranya tak dapat cari tangkai daun sirih Cina, boleh juga gunakan daun sirih biasa. Cuma disarankan untuk pakai daun sirih Cina kerana lendir yang diperolehi daripada tangkai daun sirih Cina dikatakan lebih ‘pedas’ berbanding sirih biasa.
Cuba amalkan beberapa kali. InsyaAllah anda akan dapat melihat perbezaan pada saiz tahi lalat tersebut.
encik Rahsia says
salam sejahtera, saya nk tanya untuk kecikkn t*** lalat ni , kena sapu ledir sirih setiap hari ke?
n ni juast kecikkn saiz kn? bukan buang