Petua Kelemumur

Memiliki rambut yang cantik dan sihat menjadi impian kita. Namun, tidak semua orang memiliki rambut yang sihat kerana masalah rambut gugur dan kulit kepala berkelumumur.

Bercakap pasal rambut yang gugur ni che petua rasa antara masalah utamanya ialah sebab kulit kepala kita tu tak ‘subur’. Alah… macam kita tanam pokok lah, cuba perhatikan keadaan tanaman kita kalau tanah tu tak subur. Lama-kelamaan, satu persatu daunnya kering dan akhirnya gugur.  Oleh yang demikian, tanah tu perlulah dibaja dan diairkan ikut kadar dan jarak masa yang bersesuaian.

Begitu juga halnya dengan kelemumur. Rambut yang berkelumur punca utamanya bukan sebab habuk atau debu. Ianya sebab masalah kulit kepala. Kalau tak caya, cubalah masuk perpustakaan dan cari dan baca buku pasal “dandruff”. Hmm.. i know lah kan, orang zaman sekarang ni tak perlu susah-susah pergi library, klik jer laman carian kat internet dan tulis kata kunci berkenaan isu atau persoalan berkaitan.

Ataupun, tak perlu gi library atau tak perlu cari dalam internet, tapi cuba bincang-bincang dengan kengkawan yang turut mengalami masalah kelemumur ni. Hmm.. mungkin ada yang terkentut bila dapat tahu orang yang berjilbab pun turut alami masalah kelemumur. Logiknya kalau dah disebabkan habuk dan debu yang berterbangan, masakan ada segelintir daripada mereka-mereka yang tampak manis bertudung ni boleh juga ada masalah kelemumur? Jawapannya, macam che petua khabar awal tadi ler.. sebab kulit kepala yang kurang sihat, mungkin kerna kekurangan nutrien.

Wokey.. without further ado, sekiranya ada antara anda yang tercari-cari jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan, cubalah petua lama ini, mana tahu ia berkesan untuk anda.

Petua cegah kelemumur dan lebatkan rambut

Ambil beberapa helai daun pandan dan kisarkan. Setelah dikisar, tapis kisaran untuk mendapatkan airnya.  Sebelum diapply, bersihkan dahulu rambut dengan syampu dan picit-picit kulit kepala dengan lemah gemalai supaya pengaliran darah kat kepala tu lebih lancar. Biar lebih banyak zat-zat sampai kat kawasan tu.

Selepas bersyampu dan dibersihkan, maka bolehlah  diratakan air pandan tadi ke seluruh kepala. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.

Petua ini perlu diamalkan selalu untuk melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur di kepala. Selain itu rambut juga akan lebih wangi dengan keharuman daun pandan.

laman petua:

cara hilangkan kelemumur, kelemumur, Petua Rambut Lebat, cara menghilangkan kelemumur, hilangkan kelemumur

Comments

  1. akma says

    sy berumur 19thn, dari umur 12thn sy ada kelemumur ni…. mcm2 syampu sy pakai tpi tak jugak berhasil… yang terbaru sy pakai syampu selsun blue harga sebotol 200ml yela RM29.90, YG KECIL 120ML RM18.90 terlalu mahal…. sy harap yang berkenaan dapat membantu masalah sy ini… terima kasih meluangkan masa mendengar masalah sy ini…. :-)

    • che petuache petua says

      Salam Akma. Ini petua yg saya temui dari buku. Saya tak pernah amalkan so.. tak pasti berapa lama baru ia akan berkesan.

      Caranya ialah dengan menyapu cuka pada kulit kepala. Lepas disapu, urut perlahan-lahan selama 2 minit agar cuka rata ke seluruh kulit kepala. Kemudian biarkan selama 5 minit. Lepas tu barulah dicuci dengan air bersih seperti biasa.

      Amalkan cara ini setiap hari atau 2 hari sekali sehingga kelemumur hilang. Berhenti melakukannya setelah masalah kelemumur dapat diatasi.

      Diharapkan ada pembaca lain yang sudi berkongsi pandangan atau kaedah lain yg diketahui sebagai panduan untuk Akma.

  2. elly says

    Salam. Sy ingin minta petua. Sy mengalami masalah rambut nipis sekian lama.. Sekarang sy brumur 27 thn & bru shj berkhawin. Shampoo sy guna sekarang adlh CLEAR.. Shampoo tu mmg sjuk pd kulit kepala tp tdk berubah apa2 pd rambut sy. Sy pnh prgi ke salon utk wt rawatan & staff sana bgtau yg rongga rambut sy trsumbat dan mrk cdgkan sy guna tonic. Tp sy risau jika tidak brkesan.. Mohon Che Petua bg pandangan & pendpat..

    Thank you.. :)

  3. Anna says

    Salam, saya nak mintak petua hilangkan kelemumur. saya ada masalah kelemumur yg teruk sgt, dah setahun. dah guna semua shampoo kat pasaran tp x elok jugak malahan bertambah teruk. sekarang ni ditambah pula ngan rambut gugur. dah jumpa doctor pakar pun tetap sama. mintak tolong sgt2 kepada sesiapa yg ada petua tu kongsi lah ngan saya. kelemumur saya bukan yg sedikit tp yang paling teruk, sampaikan setiap lepas basuh pun masih Nampak berkeping-keping.

    Thank you

    • che petuache petua says

      Salam Anna. Kelemumur yang berkeping-keping!? Alamak, itu mungkin sebab satu jenis penyakit kulit yang dikenali sebagai psoriasis. Sejenis penyakit disebabkan keturunan. che petua bimbang juga nak kongsi sebab takut Anna panik. Tapi harap-harap bukan penyakit itu.

      Nak tahu lebih lanjut, bolh mulakan rujukan kat pautan berkaitan di laman web MayoClinic ni. Psoriasis ni juga boleh juga kena kat bahagian kepala (scalp psoriasis), maka itulah sebabnya kemungkinan terdapat kelemumur yang berkeping-keping.

  4. Aina says

    kepala sy teruk sgt, rambut gugur and kelemumur dah lama terjadi sejak saya darjah 6 kot. skrg sy tengah tunggu result spm sy. agak agak perlu tak sy pergi salun? :/

    • che petuache petua says

      Cuba amalkan petua basuh atau syampu dengan air perahan limau nipis dengan kerap. Kepingan atau kulit limau tu pulak gosok-gosokkan ke kulit kepala ketika mandi. Amalkan selalu. Kelemumur disebabkan lapisan halus kulit kepala yang tertanggal. Ianya adalah dalam kategori penyakit kulit.

      Nak pergi ke salun perawatan kelemumur, memang okey idea tu. Tapi kalau setakat pergi sekali jer memang takkan berkesan. Ianya memerlukan rawtan yang berulang-ulang dan berwang-wang.

      • Aina says

        penyakit kulit tu penyakit yg serius tak? adakah rambut saya yg kerap gugur tu juga disebabkan penyakit kulit? bagaimanakah cara untuk menjaga kepala yg mengalami masalah penyakit kulit ini dgn rapi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>