Selalunya bila kita menggambarkan kecantikan, ayat yang selalu dipakai lebih kurang begini… “Cuba ko tengok dia tu, ohh.. cantikkan rupa paras dia..!”
Cantik rupa dah satu hal… lepas tu nak dapatkan cantik paras lagi… hu..hu..
So, kesimpulannya nak dinobatkan dalam kategori cantik nie kena ada pakej lengkaplah.. Maknanya, wajah tuh kenalah cun and then body tuh mestilah mengiurkan, camtulah kiranya…
Body mengiurkan nie camna lak? Hmmm… cuba tengok gambar tuh… nampak tak perut dia yang kempis dan rata… Sure semua orang nak macam tu kan.
Lumrah kejadianlah kan… wanita tentulah inginkan untuk sentiasa kekal cantik. Seboleh-bolehnya kebanyakan wanita mahu mengelakkan perut daripada buncit dan mengharapkan ia kekal langsing.
Untuk sesiapa yg ingin nak kempiskan perut, in fact kaum lelaki pun kalau ada yg berminat bolehlah cuba petua nie…
Ini rahsia untuk kempiskan perut…
Petua kempis perut 1
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.
Petua mengempiskan perut 2
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
Petua perut kempis 3
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.








Salam…nak cubalah petua ini….perur saya nie dah nak mula “Kembang”…nak kembali kurus nie macam dulu…tapi petua ini boleh juga diguna pakai oleh kaum lelaki juga ke??
Salam Rie,
Ya. Petua kempiskan perut nie boleh juga diguna oleh kaum lelaki. Yang pentingnya, kena rajin amal… kalau setakat cuba dua tiga kali tu, gerenti tak menjadi punya.
Cara Rie nie memang patut dipuji. Perut baru nak kembang, tapi dah mula ambil langkah awal. Kata orang bijak pandai, “mencegah lebih baik daripada merawat”. Selamat berusaha!
asam jawa yg nak dibiarkan semalaman tu diletak kat luar ke kat dlm peti ais?
Allie perlu letakkan kat luar biar ia menyejuk secara semulajadi. Seeloknya juga ambil piring atau apa-apa yg sesuai untuk tutup gelas air berisi rendaman asam jawa tu agar aura khasiatnya tak berkurangan.
nak tanya… if sy nk guna petua first tu … air asam jawa tu x basi ke klu da d tgglkn semlman?
Selama yang saya amalkan tak basi pun. Tapi pastikan gelas tu ditutup dengan sesuatu supaya takde serangga atau cicak masuk.
Boleh juga kalau nak simpan dalam peti sejuk. Tapi biarlah air panas tu sejuk atau terasa suam terlebih dahulu.
klu air asam jawa kat supermarket xboleh ke.abis plk dah asam jawa.kn tggu esok baru blh buat
Boleh juga tu. Tapi che petua lebih ‘prefer’ air asam buat sendiri sebab rasanya yang kat supermarket tu mungkin dh campur ngan bahan2 lain… hehe.. Satu lagi kalau buat sendiri lebih jimat, betul tak…
yg petua 1 tu minum waktu pagi ke mcm mane??
Betul tu Sazlin. Kena minum waktu pagi. Air asam tu untuk ‘cuci perut’ dan petuanya memang cam gitu.. kena biar semalaman, kalau bancuh waktu pagi terus minum, ianya tak berapa mujarab.
kalau xsarapan xpe ke??
Sebaiknya makan lah biskut atau roti sekeping. Nak cantik lagi amal makan buah kurma tiap pagi… pastu baru minum air asam jawa tu.
Sangat Bermanfaat nih ilmunya makasih ilmunya…
Sama-sama pak!
air asam jawa tu bagi yg x berapa suka masam sgt, boleh tambah gula?
che petua sarankan kalau tak tambah LEBIH baik. Masam tu lah obat..hehe…
Tapi kalau tak leh sangat, tambah jer gula tu… cikit jer tau…
Kalo petua 2 n 3 tu ltak kat paha bole x..?
Kreatif juga idea Azwa tu. Boleh.. boleh… rasanya tak ada salah pun.
NK TNYA UTK PETUA YG KE-3 TU,BYK MNE KAPUR YG DI PERLUKAN,TKT2 LEH WAT TBAKAR LAU DLM KUANTITI YG BYK.SBB KULIT SAYA JENIS SENSITIV.
Untuk satu biji limau nipis saiz biasa, gunakan lebih kurang 3 sudu besar kapur. Sebenarnya tujuan utama letak kapur tu sebab sifatnya yang ‘panas’ yang bertujuan untuk membakar lemak-lemak di bahagian perut tu.
Sebab kulit awak ‘sensitif’, che petua nasihatkan Ayesha jangan pakai petua nie. Nanti lain pulak jadinya..huhu..
Klo gune petua no 3.xde efek perut pecah2 mcm owg beranak 2 ke?
Nk tnye petua 2,3 leh x law ltk kt bwh lengan
Mmm… boleh. Tapi rasanya untuk bawah lengan lebih elok yang petua 3 sebab ia melibatkan balutan.
Lagi satu che petua rasa lemak kat lengan nie lain sikit… lemak kat situ rasanya lagi susah nak hilangkan kalau tak disulam ngan teknik senaman tertentu.
Salam…. Kalu gne petua kapur n limau tu berape lame baru nampak kesannye…..n kne buat tiap2 hari ke???….
Salam Adik. InsyaAllah, dalam seminggu dah boleh rasa kesan awalnya. Lepas tu pandai-pandai la buat decision samada nak teruskan atau sebaliknya.Tapi Adik perlu juga ingat bahawa kesannya mungkin berbeza ikut individu. Macam juga makan pil kurus… ada yang makan dan dapat hasilnya. Ada pula yang makan bermacam jenis jenama, tapi satu pun tak menjadi.
Petua yang dikongsi nie petua turun-temurun sejak zaman berzaman. Dan memang kena rajin amalkan setiap malam. Kalau kejap amalk, kejap tinggal tu..hmm.. confirmed memang tadak kesan pun.
sy da cube minom air limau nipis sblm tidur..tp stil ta ad pape effect..umur sy baru 21 tahun,tp org ckp perot sy cm mak beranak 3..mcm mane tuhh??
Nampak gayanya awak kena berusaha lebih dari setakat minum air limau ler.
Kalau awak nak tau, che petua pernah jumpa orang yang sanggup minum julap seminggu sekali semata-mata nak kempiskan perutnya yang semakin buncit. Tak tahulah apa jadi kat dia sekarang sebab dah tiga tahun lebih tak berjumpa.
Cuba kurangkan makan waktu malam, kalau tak makan malam terus lagi bagus. Then kena juga bersenam untuk buangkan lemak kat perut yang degil tu. Bila lemak-lemak yang degil dah terhapus maka lebih senang lah nak kempiskan dengan apa2 kaedah lain seperti minum air limau nipis tu.
Salam, utk petua no 3, ade sesetengah mengatkan lepas je sapu kapur, kene balut dengan bekung. Kalau tak balut, kita just sapu cmtu je and biar sampai kering, menjadi tak untuk perut?
Salam Nieta,
Bengkuk tu tujuannya supaya tindak balas dan zat dari limau dan kapur tu dapat bertindak dengan lebih berkesan. Kalau tak berbengkung ditakuti semasa kita tidur (lebih-lebih lagi bagi yang tidur buas) ‘ramuan’ tu hilang ntah ke mana… hihi…
Kalau awak tidur ngan cukup ‘berdisiplin’ hmm… rasanya tak pakai bengkung pun tak jadi masalah.
salam.. saya mempunyai tinggi dalam 148. berat 67,berumur 23 dan perempuan. saya sasarkan untuk turun dalam 7 kilo sebulan. agak2 boleh ke saya dapat sasaran tu berpandukan petua2 di atas??
InsyaAllah… dengan syarat awak kena juga bersenaman. At least jalan kaki 10,000 langkah sehari setiap pagi atau petang atau kedua-duanya sekali. Kalau buat cam tu boleh turun 5 kilo dalam dua minggu jer.. insyaAllah.
salam, kalu malam bengkung, pagi tu minum air asam jawa, mknanya 1&2 dalam sehari boleh x?
maksud saya petua 1&3….
Boleh… Janji kita usaha tanpa jemu dan putus asa. Kekadang Tuhan akan perkenankan permintaan hamba-Nya bukan kerana ‘cara’ yang dipraktikkan tu, tetapi lebih kerana ikhtiar dan usaha yang dilakukan.
assalamualiakum..klau nk hilangkn lemak kt paha cmne plak ea?
Waalaikumsalam Adik.
che petua pernah baca satu petua yang guna serbuk atau hampas kopi. Caranya palit atau lulurkan hampas kopi yang suam-suam panas di sekeliling peha yang berlemak tu. Lepas tu biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Tapi che petua tak pernah jumpa sesiapa pun yg pernah cuba petua nie so tak pasti lah keberkesanannya.
Pada pandangan saya lah, cara paling bagus ialah bersenam iaitu dengan cara berjogging ataupun jalan kaki 10,000 langkah setiap hari. Ini saya amalkan dalam 3-4 kali seminggu. Alhamdulillah, peha nie takde lah nampak besar sangat.
Hi.. Nak tau.. How to make homemade Asam jawa?
Ambil asam jawa dan campurkan dalam segelas air panas.. kacau dan minum atau buat lah apa-apa yg patut ngan air asam jawa tu.. betul ker ini jawapan yg awak nak?? Err.. paling penting sekali buat kat rumah barulah ‘homemade’.. hihi..
Well.. I confused.. Yang ni boleh Pakai Asam jawa yang dah siap pek jual kat kedai tu ye? Retina kasih ye for the tips
Terima kasih.. Silap taip
Assalam..
boleh cuba ni..
Hai iza dah cuba ke dan cuba petua no brapa??? Camna ada perubahan ke???
Salam, sy baru 1 thn melahirkan ank yg pertama, tp perut sy msh buncit mcm mengandung 3 bln..tlg sy..petua yg manekah baik n sesuai dgn sy..trma ksh..:’(
saya mempunyai masalah perut makin membuncit, punggung dan belakang yang makin naik isi, bagaimana cara utk saya menutunkan segala isi yang saya nyatakan tadbi
Awak kena perlu betul2 berdisiplin sebelum terlambat. Kena rajin bersenam. Pastikan bersenam dan berjogging seeloknya setiap pagi atau petang. Kalau malas hmm… takut2 waktu tu baru nak menyesal dan lebih susah nak buang segala isi tu.. huhu…
berat saya jugak makin naik dan telah menjejaskan kerjaya saya, fikiran saya buntut, bila mula nk diet saya dapati ada gastrik, lagi menyukarkan proses penurunan berat badan
Saya rasa Ernee perlu lebih banyak ‘relaks’… Salah satu punca berat badan naik adalah disebabkan ‘stress’. Stress tu mungkin kerana banyak kerja atau pada awalnya sebab nak kuruskan badan yang pada awalnya takde lah gemuk sangat pun.
Tak perlu tergesa-gesa nak kuruskan badan nie. Kalau boleh kurus dengan cepat, maka ada kemungkinan cepat pula berat badan tu naik kembali. So, do it slow and steady.
Paling penting waktu pagi never skip breakfast. Tapi kalau tak nak ambil yang berat2 awak boleh cuba amalkan makan kurma jer 2-3 biji sebagai sarapan. Waktu malam pula seboleh-bolehnya jangan makan nasi.
salam, em petua yg ke-2 tu nak ltak brapa byk asam erk? and daun lidah buaya tu pula nak byk cam na?
Petua no. 2 tu guna AIR asam jawa. So, bancuh dulu air asam jawa lebih kurang 1-2 gelas sebelum dicampur untuk direbus bersama daun lidah buaya. Lidah buaya tu pula ambil 2-3 helai. Potong atau cincang dahulu sebelum direbus supaya boleh dapat lebih banyak lendirnya.
Hi,, saya baru bersalin 6 bln tetapi perut i masih buncit… please advise me wat to do… petua no berapa i boleh try… i risau sangat tengok perut i ni…
memang best lah petua2 che petua….*_^ bru nk cuba neh…ngee~
Cuba dik Nurul jangan tak cuba. Lepas cuba baru ler tahu serasi ke ngan kita. Kalau nak tahu ada artis yg dah mula amal petua nie.. ahaks..
klau ibu yg breast feeding bley gna ptua num 1 tue??
Boleh juga. Tapi dengan syarat kena pastikan minum bergelas-gelas air putih setiap hari.
Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya, new moms lebih mudah untuk mendapatkan semula ‘body’ yang cun macam baru-baru kahwin dulu kalau breastfeed secara kerap. Tak caya tanya doktor kat sepital tu.
Yang penting kena betul-betul jaga waktu tempoh pantang (waktu tu yang paling kritikal) dan lepas tu perlu sentiasa minum air banyak dan rajin bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki pusing-pusing padang atau taman setiap pagi/petang. Masalahnya selalu takde masa..huhu..
hye, sy nak tnya petua yg no 1 tu nak kna ltak bpa sdu asam jawa??
Cikit jer dear.. agak-agak ler untuk bancuh dalam air satu gelas agar ia tak terlalu pekat sampai tak leh nak minum dan tak pula terlalu cair sehingga mengurangkan kesannya. Letak dalam setengah hingga satu sudu kecil atau sudu teh.
salam che petua, nak tanye la… berapa byk asam jawa dan berapa byk air pula nak di gunakan. boleh tak jika gunakan paste asam jawa . terima kasih.
Satu gelas air dan lebih kurang satu sudu kecil asam jawa. Kalau yang gemar minum air asam tu leh juga guna satu sudu besar. Pakai paste pun boleh..
Sama-sama Rozi.
salam , agak2 berapa minggu perut boleh kempis kalau kita amalkan hari2. ?
Salam Tya.. tak ada jawapan yg tepat nie tapi kalau nak agak2 tu kalau tak ada aral melintang dalam 8-10 minggu lah boleh nampak lah perbezaannya.
Slm che petua, nk tny, kapur sirih ni mane bleh sy dpt? maaflah, masih student, jarang kenal brg2 dapur ni..hihi
Salam Man,
Tak perlu lah nak mintak maaf… bukannya buat salah pun hihi… Kapur sirih tu boleh dibeli di kedai runcit terutamanya kedai-kedai mamak tu. Hmm.. pernah juga saya jumpa kapur sirih yg dijual kat Tesco. Malah sirih pun diaorang ada jual kat bahagian sayur. Mungkin sesetengah Tesco jer kot, apa-apa kalau nak senang.. tanya jer kat staf diaorang yg ke hulu ke hilir tu. Logiknya, kalau Tesco pun ada jual, mungkin kat pasaraya Mydin pun ada jual kapur sirih tu.
thnx che petua,sy dah bwt yg petua 1 tu,sdp jugak minum asam jawa pure pagi2 sblum sahur…hehehe….
U r welcome Man.. selain membantu kempiskan perut, ia juga boleh jadikan suara merdu…
salam.. saya baru2 ni amalkan minum jus lemon sebelum sarapan.. tapi saya nk try juga petua no.1, boleh tak saya minum kedua2 sekali, mksdnye sblm makan sye minum lemon dan selepas 2 sye minum air asam jaya? terima kasih..
Bagi saya tak salah kalau nak buat begitu. TAPI kena perhatikan kesannya, kalau lepas 3-4 hari mengamalkan awak rasa setiap hari asyik perut memulas jer hmmm… elok dihentikan. Amalkan salah satu jer sebab kalau beri impak yg terlalu drastik kepada badan pun tak bagus juga. Badan boleh ‘terkejut’ sebab kesannya tiba2 dan boleh buat kita jatuh sakit.
juz nk share,ini contoh senaman terbaik utk kempiskan perut…
senaman untuk perut kat youtube
Thank you Man. Hmm.. saya tengok video tu pun dah rasa penat.. ahaks..
Apa pun insyaAllah kalau rajin ‘bersenam’ dan amalkan petua2 nie akhirnya akan mendapat hasilnya. Hendak seribu daya…
petua pertama tu air asam jawa tu perlu ditapis atau tidak sebelum atau selepas rendaman semalaman?
Cuma tapis dan buang bijinya saja (kalau ada). Tapis waktu hendak minum selepas semalaman direndam.
sye nak tanya petua pertama tu asam jawa nye perlu ditapis sebelum dibiar kn semalaman atau tidak??kalau amalkan hari – hari petua ni ada effect apa2 pada perut kite x kak??
Amalan minum air asam nie ialah untuk ‘cuci perut’ dan buang benda2 dalam perut yg akhirnya akan terkumpul dan menjadi lemak di perut.
Side effect tu bergantung kepada individu. Mungkin ada yg tak sesuai minum air asam.. so jangan ler amalkan. Selepas dicuba 2-3 kali, diri sendiri boleh rasa samada serasi atau tidak.
Contohnya ada orang yg kalau minum air tebu akan terasa pedih dalam perutnya macam orang kena senggugut. Ada pula yg kalau makan kerang mungkin akan diserang cirit-birit.
che petua,sy slalu amalkn minum air asam jawa tu,dan pd mse yg same sy slalu bwt senaman,kurangkan mkn,lbihkan minum air….mmg tiap2 hari tu slalu je berpeluh…tp mslhny,sy jarang buang air bsr…juz nk tny,adakah disbbkn air asam jawa tu sy xterase nk buang air,atau peluh hasil dri senaman tu yg mggntikan peranan pmbuangn toksin….same jugak mcm buang air bsr,buang toksin jugak kan…tp sy jarang…minta pnjelasan….
Man.. nampaknya anda memang betul2 berusaha keras utk mendapatkan berat yg ideal dan bentuk badan yg diinginkan. che petua doakan semoga hasrat Man tu tercapai dalam masa terdekat.. tapi kenalah berusaha lagi dan lagi… jangan putus asa..
Tujuan minum air asam jawa tu ialah untuk membantu mencuci perut, yang mana kandungan air asam tu membantu cuci dinding usus dan segala kandungan di dalamnya daripada toksik dan lemak badan yg berlebihan. Sepatutnya jika diamalkan minum air asam, seseorang tu akan lebih mudah untuk membuang air besar.
Jadi perlu dikaji semula beberapa faktor lain yg mungkin menyebabkan anda jarang terasa hendak membuang. Mungkin kerana kurang makanan yg diambil berbanding biasa sedangkan tahap penggunaan tenaga adalah sama atau lebih tinggi. Ini menjadikan makanan (berkhasiat) yg diambil ditukar ke bentuk tenaga.. oleh itu tak banyak sisa buangan atau toksik yg tinggal. Atau kemungkinan yg biasanya ialah kurang mengambil makanan yg mengandungi fiber atau serat untuk memudahkan pelawasan.
Satu lagi kena juga faham apa yg anda maksudkan sebagai ‘jarang’ tu. Rasanya setakat 3-4 hari tak membuang ar besar tu okey lagi.. lain lah kalau dah masuk seminggu lebih.. itu dah kritikal tu.
Saya sendiri sebenarnya pun kerap ‘membuang’ juga.. hihi.. sekali sehari dah ‘wajib’.. kekadang pagi sekali then malam plak lagi sekali. Tapi sejak berpuasa nie dan mungkin kerna kurang makan agaknya.. dah jadi 3 hari sekali… Bila dah masuk hari keempat, kalau masih tak terasa nak membuang saya akan usahakan makan pisang untuk membantu menimbulkan keinginan utk membuang tu hehe..
Setakat yg saya tahu fungsi utama peluh ialah untuk membantu menyejukkan tubuh kalau suhu persekitaran meningkat dan sewaktu pembakaran lemak kepada tenaga. Dikatakan berpeluh sebanyak 1 liter memerlukan tubuh membakar sebanyak 600 kalori.
Saya tak tahu pula samada badan kita nie turut mengeluarkan toksin melalui perpeluhan.
Harap Man puas hati ngan penjelasan nie. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya pakar ler..
Salam,
Kalau guna paste asam jawa adabi tu boleh ke? Tq
Salam. Ya.. boleh Atie. Sama-sama.
salam,..nk tnya skit soalan,..adakah masalah kurang tidur main peranan dalam kenaikan verat badan????
Salam Ling (rasa pelik lak bunyinya hihi…)
Ada pendapat yg mengatakan ia memainkan peranan. Kaitannya begini… kekurangan tidur lazimnya boleh menyebabkan kita mengalami ‘stress’. Bila dah stress sesetengah orang akan makan dengan lebih banyak dan pola pemakanan juga tidak teratur. Jadi kesannya berat badan pun akan melonjak. Awalnya mungkin tak begitu disedari, tapi bila dah kita mula perasan atau selalunya bila ada kawan2 yg tegur badan dah makin berisi hmm.. masa tu mungkin dah agak terlewat. Memang lah boleh diturunkan kembali.. tapi memang susah sangat kalau tak rajin bersenam (atau selalunya sebab tak ada masa nak bersenam).
slm.. nak tanye pe2a yg no2 kan letak ldh buaye nak buat cam ne ekkk??
kne p0tong ke,x yah kew dan skali kulitnye atau p0n isinye sajew??
tima ksh…..
Ya Nurul.. kena potong atau hiris kepada beberapa bahagian kecil. Pastikan lendir yg terdapat dalam lidah buaya tu dapat dimanfaatkan secara optima. Kalau rajin hiris dan buangkan lapisan kulit luarnya… tapi kalau tak cukup masa atau sedikit malas, boleh saja direbus sekali dengan kulit-kulitnya.
Sama-sama Nurul.
nk tnya tok petua num 3 tu xde ape2 effect ke kalo pki
bengkung terlalu lme…mcm kemandulan ke
n bole x gnti kn wrap ngan plastik mcm kt london weight
management tu
salam.. nk tanye.. hihi.. utk air limau dan kapur tu.. kapur tu kita amik air dye or kapur pure tu?
tq~
Salam Wanie. Kapur yg dimaksudkan ialah kapur sirih atau kapur makan yg biasanya di dalam bentuk sedikit berair tu. Waktu digaul tu tak perlulah ditapis atau dikeringkan airnya hinggakan kapur tu bertukar rupa jadi bentuk serbuk. Errr.. faham ke idak nie..hihi..
hi akak,
sye nk tya, bagi petua nombor 1 tu, kalo minum air asam jawa pagi2 tu xde ape ape kesan negatif ke? maksud saya, ade tak chances utk sakit gastric? lepas tu, air asam jawa tu blh tak kecutkan darah dalm badan kite.?? =)
Salam che petua,
Dulu perut saya kempis je, tapi sejak 3tahun kebelakangan ni, menggelebih dan banyak babat di keliling pinggang dan peha pun makin besar. Nak juga cuba minum asam jawa tapi…
Salam Kranjibabe,
3 tahun kebelakangan? Woo.. dah banyak ‘masa’ yg awak biarkan untuk lemak2 ‘berkampung’. Kalau dah macam tu setakat minum air asam jawa jer memang rasanya tak betul2 berkesan. Seeloknya awak banyakkan aktiviti atau senaman ‘berjalan’. Kalau berjogging lagi bagus.
Awak kena sedar, bila dah takde ruang kat bahagian perut dan peha utk lemak2 tu ‘berkampung’ lepas nie mula ler melekat kat bahagian punggung lak..huhu… So, baik ler banyakkan ‘berjalan’ dan kurangkan duduk.
salam sis….thanks coz bg petua2 turun temurun ni…sy ni anak nak masuk 1thn tp perut still mcm org pregnnt….tapi petua no.3 akan saya lakukan sbb ramai org kata lebih mujarab,sy dh pakai losyen mustajab tp xmjadi gak…bsenam utk kempiskan perutkn mmg jadi tp klau dh g beraya uma org minum ais confrim buncit balik..huhuhu…insyllah lepas abis raya ni fokus utk kempiskan perut letak asam jawa, limau purut gn kapur….tahnks ye
huhuhu nk cbe lh ptua ni… prut mkin bncit hurmmm sad bla czn pgl bby elephant… nk kurus lh
sya nk tnye cra yg pertma tu… slpas mnum air asm trsbut. kta tk prlu mkn bnda lain kh utk alas kn prut???? knah aml kn stiap pg tnpe srpn trlbih dhulu???
selepas minum air tersebut apa tindak balas nya ?
Ia dikatakan membantu membuang toksin dan lemak dalam perut. Lebih kurang ‘ubat’ cuci perut gitu..
nak tanya sis..kalau berat say dah 85 tinggi 153cm melebihi obesiti boleh ker dapat kempiskan perut saya. Thanks
saya ada mencuba tips minum air asam jawa tapi period saya keluar byk selama sebulan kenapa blh jadi macam tu? adakah itu satu tindak balas…..
Itu bukan kesan yang sepatutnya berlaku. Kemungkinan pengambilan air asam tu membuatkan tubuh awak kehilangan nutrien zink yang secukupnya. Salah satu sebab kenapa boleh jadi period berlebihan ialah bila tubuh kekurangan zinc.
Bagaimana pun, perlu juga diambil kira bahwa kemungkinan ada faktor lain yang menyebabkan period berlebihan. Apa-apa pun eloklah Linda hentikan minum air asam buat sementara dan lihat kesannya. Cuba banyakkan lagi minum air putih.
salam, cik petua kalau campuran limau dan kapur tu, boleh digunakan byk kali atau perlu buatkan campuran tu tiap kali nak guna je? Brp lama tahan utk disimpan ye?tq.