April 24, 2014

Petua Kilatkan Kuku

Pernahkah korang terfikir kenapa agaknya sesetengah orang tu suka sangat pergi buat rawatan manicure dan pedicure?

Sebenarnya bagi seorang wanita, kalau boleh nak jaga habis semua kesihatan dan kecantikan badan nie kalau boleh dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.  Ini semua bukannya untuk bangga-bangga diri.. tapi semuanya demi untuk cik abang lah juga kan… hehe..

Dan seperti mana yang ramai dah maklum, kuku juga merupakan lambang kecantikan wanita. Dari rupa kuku tu sendiri dah boleh mencerminkan keperibadian seorang wanita tu. Bayangkan lah kalau ada jumpa satu orang yang lawa melampau-lampau tapi tengok kat tangan nampak kuku panjang tak potong dan siap ber’daki’ lagi.. huhu..

Selain dari itu, kuku yang cantik nie juga ialah kuku yang tak nampak pucat seolah-olah nampak macam tak cukup zat. Haa… sebab tulah masa buat manicure tu biasanya ada juga yang sapu minyak apa ntah supaya kuku tu nampak berkilau-kilauan.

So, kali nie che petua nak berkongsi pula petua cantikkan kuku nie yang mungkin boleh diamalkan oleh sesapa yang berhasrat tetapi sebenarnya tak nak buang duit pergi buat rawatan manicure dan pedicure tu. Duit untuk buat rawatan tu kalau dikumpul sebagai tabungan untuk beli handbag baru ke atau  untuk pergi melancong bersama keluarga kan ke lagi baik… ahaks…

Petua Kilatkan Kuku

Ada 2 cara yang boleh dicuba… pilih ler ikut budi bicara masing-masing…

Yang pertamanya ialah dengan menggunakan bawang putih. Sediakan beberapa ulas bawang putih.  Kupas kulitnya dan tumbuk hingga pecah. Kemudian sapukan pada kuku. Sebaiknya diamalkan selalu terutama di kala waktu terluang contonhya waktu malam tu sambil menonton t.v. tengok drama-drama sedih hihi… Kalau dibuat selalu kuku tu pasti kana nampak berkilat dan berkilau-kilau umpama kilauan batu permata.

Petua yang keduanya pula ialah dengan menggunakan ramuan belimbing buluh. Ambil belimbing buluh, belah kepada beberapa bahagian dan gosokkan bahagian dalamnya  pada kuku. Jika selalu diamalkan insyaAllah kuku akan kelihatan bersih, sihat dan sentiasa cantik berseri.

Cuba lah.. tak cuba mana kan dapat hasilnya…

laman petua:

cara mengilatkan kuku, petua kilatkan kuku, cara kilatkan kuku, kilatkan kuku, cara nak kilatkan kuku
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Speak Your Mind

*