May 25, 2013

Petua Kulit Cerah

Kebanyakan orang mengaitkan kulit yg cerah dengan kecantikan.  Orang cantik biasanya orang yg berkulit cerah. Betul ke?  Mungkin betul, mungkin salah.

Yang setuju dengan pernyataan tuh sedikit sebanyak mungkin kerana kita sering menonton filem omputeh dengan pelakon-pelakon yg cantik-cantik di kalangan orang putih yang sememangnya dah putih.  Apa-apa pun che petua akui bahawa mempunyai wajah yang cerah membuatkan seseorang nampak lebih menawan.

So, ini antara petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah. Petua nie menitik-beratkan penggunaan ramuan bahan asli yg rasanya lebih baik daripada menggunakan krim pencerah yg kekadang mengandungi pelbagai bahan kimia yg kita tak tahu apa kesannya kepada sesetengah orang.petua kulit cerah

Petua Mencerahkan Kulit 1

Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus.  Kendian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat.  Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kendian biarkan ia mengering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.

Petua Cerahkan Wajah 2

Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Esoknya, kisarkan bahan-bahan tuh dengan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus.  Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

Petua Mencerahkan Kulit Pada Wajah 3

Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah.  Kacau sehingga rata dan pekat.  Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah.  Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

laman petua:

petua hilangkan jerawat, petua putihkan muka, petua putihkan kulit, petua putihkan kulit muka, Cara nak Putihkan muka
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Nurmunirah says:

    assalammualaikum… hmm ngi petua yg pertama 2 kn… klaw xguna teh pekat boleh x..?

    • che petua che petua says:

      Jika difikirkan balik ‘pekat’ nie pun subjektif kan. Hmm.. boleh lah kot. Lagi pun, kulit manusia nie ada bezanya juga. Ada yang sebenarnya dah azali cerah cuma mungkin sedikit kehitaman sebab selalu terdedah pada matahari. Jadi guna teh ‘cair’ pun kira okey lah tu.. Cuba buat dulu dan perhatikan kesannya. Kalau kurang mujarab, buat lagi dan biar lebih pekat sedikit.

  2. ani says:

    dalam petua 1 tu kan ada sebut ‘teh pekat’ kan? maksud teh pekat tu, kita kena bancuh teh bagi pekat-pekat then baru gaulkan dengan beras dan madu? macam tu ke?

  3. Ajiss says:

    sediakan satu sudu kacang dan 6 biji badam…soalannyerr nak guan kacang apa??

  4. nysa says:

    em… blom cuba ag ,, bru bce .. p akn cuba .. hehe

    • che petua che petua says:

      Hehe.. cuba jangan tak cuba Nysa… lepas dah cuba harap dapat kongsi ‘hasilnya’ kat sini.. sama ada menjadi ke tidak..

      Ramai yg tunggu dan lihat.. tunggu orang lain cuba dulu then kalau ada yg kata okey baru nak amalkan…

  5. syah says:

    petua no. 3 tu .. sapa brapa kali sehari ?

  6. i love che petua says:

    waa..thanks che petua…kalau berjaya guna petua ni..che petua kena tukar nama jd che pemuda la gitu…hehe

  7. Lala says:

    Minyak kelapa kalo x gna 1 stngah cwan bleh x? *cm bnyak la pulak*

    • che petua che petua says:

      Mmm… boleh lah kot.

      Cuma nak pesan, pastikan kulit awak tu tak allergic ngan telur. Manalah tahu kan.. tak pasal2 naik jerawat lak..

  8. mimiey says:

    kalau petua no 1 tu,nk buad tiap malm kea?

Speak Your Mind

*