Petua Rawat Kulit Kaki Bersisik
Masalah kulit kaki kering atau kulit seakan-akan bersisik boleh menyebabkan kita tak keruan. Untuk mengatasi masalah kulit bersisik pada kaki anda, cuba
cara berikut:
Gosok buah mengkudu pada kaki selama beberapa minit. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian sapu pelembap pada bahagian kulit berkenaan.
ATAU
Ambil segenggam hampas kelapa. Campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada kaki yang bersisik selama beberapa minit, kemudian barulah dibilas dengan air bersih.






nak tanye , macamne nak hilangkan kesan hitam atau kudis kat kaki ? . bile gatal, saia menggaru dan melecet . kemuan akan jadi kudis dan meninggalkan kesan hitam . tolongg
Rasanya Eyah nie ada masalah kulit terlalu sensitif ni. Itulah masalah utama yang perlu dicari ubatnya. Kalau tidak, sampai bila pun tak berkesudahan. So, kena dapatkan pandangan doktor bertauliah berkenaan kulit sensitif tu. Boleh doktor tu bagi nasihat tentang tips penjagaan yang sesuai, jenis makanan yang perlu dielak dsb.nya.
Untuk hilangkan kesan hitam tu, boleh pertimbangkan beberapa petua hilangkan parut yang che pernah kongsikan sebelum ini. Namun, berdasarkan situasi yang dialami Eyah nie, mungkin petua-petua tersebut tak sesuai kerana ditakuti alahan (allergic) terutama bagi jenis kulit terlalu sensitif. So, che petua syorkan untuk pakai kulit pisang. Pastikan kudis tu dah hilang atau kering terlebih dahulu. Amalkan untuk gosok-gosok kesan hitam tu dengan bahagian dalam kulit pisang. Rajin-rajinlah amalkan. InsyaAllah.
Apa-apa pun, jika selepas digosok dan kelihatan kudis berair semula, kena cepat-cepat hentikan kerana takut ia melarat.