Satu petua yang boleh dicuba oleh mereka yang ada masalah kulit muka berminyak. Hmm.. kulit wajah yang berminyak kalau tak dibersihkan selalu akan membawa kepada satu masalah yang kita semua tak suka – jerawat..!
Semua tentu setuju kan.. takde siapa pun yang suka jerawat. Sebab tulah berlambak-lambak ubat jerawat kat pasaran.
Yang mana satu paling berkesan bergantung juga dengan setiap individu. Ada yang kata ubat jerawat cap X paling mujarab tapi bila bagi kat kawan lain untuk cuba tak de perubahan pun. In fact, kalau ikut cara tradisional pun ada macam-macam saranan untuk petua merawat jerawat nie.
Anyway, kata orang mencegah lebih baik daripada merawat. So, kat sini che petua nak kongsi satu cara tradisional untuk merawat kulit muka berminyak. Cubalah amalkan, insyaAllah berkesan.
Petua Merawat Kulit Wajah Berminyak
Satu petua yang dikatakan berkesan untuk merawat kulit berminyak ialah dengan menggunakan campuran sedikit madu lebah bersama perahan air limau purut (atau boleh juga guna asam gelugur).
Sapukan bahan campuran tu secara rata ke wajah dan biarkan ia kering dengan sendiri. Bila dah betul-betul kering barulah dicuci dengan air bersih.
Cuba amalkan untuk beberapa kali dan lihat kesannya. InsyaAllah, kulit wajah tak akan berminyak lagi malah korang akan rasa kulit muka tu bertambah lembut dan licin.






Penyelesaian kepada masalah JERAWAT,PARUT JERAWAT,JERAGAT,KULIT BERMINYAK,KUSAM..
dapatkan set TRIAL AS BEAUTY RM50 SAHAJA…
pm me 013-2939718
memerlukn bantuan memulihkan muka berminyak
Nak tanya, madu lebah tu mesti yang asli ke??kalu beli yang dkt pasaraya boleh x??
Yapp… mesti yang asli baru menjadi. Yg kat pasaraya tu kalau terbukti keasliannya kira okey lah tu. Kekadang yang jual kat tepi jalan atau yang kat R&R highway ada gak yang tipu. dah dicampur ngan bendasing.
salam…saya nk tanya cara yg mudah utk mengelak muka yg brminyak???
Salam Moh… Cuba amalkan membasuh muka dengan kerap (2-3 jam sekali). Lepas tu seboleh-bolehnya biar ia kering dengan sendiri, maksudnya jangan dilap dengan kain dsb.nya.
Cuma setiap kali basuh muka tu pastikan anda tidak berpeluh. Sekiranya berpeluh nanti kemungkinan akan dapat panau.
kalau gna limau nipis, bleh tk??
Err… sumber asal daripada buku petua lama menyebut secara spesifik untuk guna limau purut. Tapi tak pula dinyatakan apa tujuan guna limau purut tu berbanding limau lain. Jadi faham2 saja lah petua lama nie.. kalau nak dapat hasil paling mujarab, kena lah ikut caranya. Tapi kalau ikut che petua (pendapat peribadi), tak ada salahnya pun kalau guna limau nipis tu.
Mcmna no hilangkn parut jrwat dgn cpt Dan bkesan
Awak boleh cuba beberapa petua kat sini. Yang mana paling berkesan tu bergantung kepada individu.. ada sesetengah orang mungkin tak serasi dengan bahan2 yang digunakan contohnya asam jawa dsb.nya. Sesetengah pula setakat amal pakai bedak sejuk pun dah dapat hasil yang memuaskan.
Assalamualaikum.. sy nak tyn btl x tindakan sy klu sy menggunakn krim pelembab dan krim kecantikan untuk mengurangkn mslh muka brminyak.. actualy, sy x pernah lagi guna krim2 ni.. sy hanya guna bedak kompak dr dulu smpai skrng.. adakah mslh ni akn berkurangan?
kedua,knp d ats hidung t’dpt bintik2 itam? apakah puncanye? mcm mane nak menghadapi dan menghindari?
assalamualaikum..sye nk tya x der ke care laen???
Adess, ni gerenti habis byk ni.. Madu asli, import dari iran, turki dsbgainya. Er, madu palsu tk bleh ke? yg ada dlm botol murah2 kt 99speedmart tu?
Madu palsu…? Hmm.. makna kata dah dicampur ngan bahan lain lah tu kan.. kalau cam tu kurang berkesan lah. Satu lagi, tak yah ler cari yg import nye. Saya biasa beli kat R&R jer (yg dekat jambatan Sultan Azlan Shah tu if I’m not mistaken). Kalau untuk petua nie tak perlu pakai banyak pun. Beli sebotol, boleh pakai sampai 6 bulan (lebih kurang ler).
Salam, petua ni sesuai tak untk budk 12 tahun?