Salam,
Memasak nie nampak jer macam senang…. ia sebenarnya satu ‘art’ yg memerlukan kemahiran peringkat tinggi.. ehemm..
Lazimnya kemahiran nie kebanyakannya diwarisi oleh kaum hawa, manakala kaum adam kebanyakannya tahu order jer.. he..he.. Betul ker pernyataan nie.. kalau tak silap banyak chef-chef terkenal seantero dunia terdiri daripada lelaki. Apa pun tak kisahlah sebab bukan kita nak berdebat tentang siapa yg lebih pandai masak.. yg pentingnya che petua nak kongsi petua bagaimana nak kurangkan masin dalam masakan.
Ada lak mungkin kata masin lah bagus, barulah sedap masakan tuh.. betullah tu.. tapi biar berpada-padalah… Sebaik-baiknya masakan atau makanan kita nie tak boleh masin-masin sangat tau..
Tahukah anda bahawa banyak memakan benda yg masin boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ringan?
Apa pulak tekanan darah tinggi ringan nie.. Orang yg menghidap tekanan darah tinggi ringan ialah mereka yg mempunyai tekanan darah antara 140/90mm raksa dan 160/100mm raksa. Walaupun tak perlu makan ubat buat masa nie tapi harus diingat bahawa tekanan darah nie dikira masih tak normal. Tekanan darah normal ialah kurang daripada 140/90mm raksa.
Dalam bahasa mudahnya, ini kira tahap paling awal sindrom sebelum betul-betul kena darah tinggi lah.. So, baik mencegah sebelum parah.
Jadi kenalah kurangkan garam dalam masakan. Sebaik-baiknya tahap keperluan harian pengambilan garam adalah tak melebihi satu suku sudu teh untuk seorang.
Jadi kalau nak kurangkan masin tuh camna? Haa.. ini antara petuanya:
Petua rasa garam dalam masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari. Kalau kuah tu tak meleleh itu tandanya masakan tu cukup masinnya. Tapi kalau jari terasa perit, itu bermakna masakan tuh dah terlebih garam.
Petua lauk terlebih masin
Kalau dirasakan lauk yg dimasak terlebih masin, camna? Jangan panik… hehe.. caranya ialah koyakkan sikit daun pisang dan masukkan dalam masakan tu.. Err… jangan lupa lak cuci daun pisang tuh sebelum dimasukkan yer.. Daun pisang tu dengan ajaibnya akan mengurangkan masin masakan tersebut.
ATAU
Kalau tak leh dapat daun pisang, cari ubi kentang. Masukkan sebiji
kentang yang telah dikupas ke dalam masakan tersebut. Masak sehingga
kentang itu menjadi empuk. Kentang akan menyerap garam yang terdapat
dalam masakan tersebut.
Petua kurangkan masin dalam kuah gulai
Kalau nak kurangkan rasa gulai terlebih masin lak, begini petuanya… Ambil hampas kelapa yg telah digunakan, masukkan dalam sehelai kain bersih dan ikat kuat-kuat. Ikat macam uncang sup. Masukkan uncang tersebut ke dalam periuk gulai dan biarkan 2-3 minit sebelum diangkat. Uncang ajaib tuh akan menyerap masin kuah tuh..
bad says
Bagus gak caranya!
didie says
Salam.. kalu yg masin tu makanan bergoreng mcm mee atau kuetiau, cemana pula ya?
che petua says
Cuba masukkan kentang banyak-banyak dan kalau boleh goreng semula. Ubi kentang tu membantu menyerap ‘masin’ daripada mee atau koewteau tersebut.