Petua Kuruskan Badan
Berat badan yang berlebihan selalunya akan membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya darah tinggi dan kencing manis. Bagi wanita pula, badan yang kurus dan langsing menjadi idaman supaya kekal cantik dan sihat. Berikut antara petua kuruskan badan yang boleh diamalkan.
Amalan minum teh hijau
Jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan sukakan yogurt, cuba amalkan petua ini. Sediakan satu sudu kecil serbuk teh dan setengah cawan yogurt (boleh juga digunakan susu yakult). Masukkan teh ke dalam gelas, tuangkan air panas dan kacau.
Setelah dikacau sebaik mungkin, masukkan pula yogurt atau yakult dan kacau sekali lagi sehingga semuanya sebati. Jadikan amalan ini sebagai minuman kegemaran anda setiap kali selepas makan.
Amalan minum air limau nipis
Jika dirasakan hendak menyediakan teh hijau sukar buat anda. Cuba pula cara ini.
Sediakan dua biji limau nipis. Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk. Kacau seketika dan bolehlah terus diminum. Seeloknya sediakan stok bancuhan anda sebanyak mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.
Jadikan minuman harian setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Kebanyakan orang yang mengamalkannya dengan disertai sedikit senaman akan mengalami penurunan berat badan setelah 3 hingga empat minggu diamalkan.
Tips Kurangkan Berat Badan
Setiap impian memerlukan keazaman, usaha dan disiplin. Ada pula segelintir yang mahukan cara menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah seperti mengamalkan makan pil atau ramuan minuman bercampur dadah syabu seperti yang dilaporkan di akhbar. Silap haribulan, berat badan tak turun, otak pula jadi biol. Jadi, jangan sekali-kali dicuba cara sedemikian. Insya-Allah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, anda akan mendapat berat yang ideal dan badan yang langsing seperti yang diinginkan.
Apa yang penting, jangan lupa matlamat anda iaitu kurangkan berat badan, usaha yang sistematik dan disiplin. Sistematik dan berdisiplin maksudnya buat perancangan seperti pelan pemakanan, senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, sasaran berat badan yang perlu diturunkan dalam masa tempoh sebulan, tiga bulan, 6 bulan dan seterusnya.
Sasaran biarlah praktikal dan jangan pula terlalu mudah seperti setengah kilo dalam setahun.. Mak aaiiiii…! Penatlah macam tu.. buat mengabiskan beras jer..
Ada baiknya, amalkan juga cara ini. Makan hanya 3 kali sehari iaitu: sarapan (biar banyak untuk tenaga seharian), tengahari (sedikit jer, setengah pinggan nasi contohnya), dan malam (secubit jer.. ataupun sepotong roti).
Lebih elok, kalau nak cepat kurus, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tapi pastikan menu makanan itu kategori yang memberi tenaga bukan memuaskan nafsu makan tuh.
Dan, satu lagi, ada baiknya amalkan minum air kosong banyak-banyak! Air akan melancarkan perjalanan darah dan turut membantu member tenaga gantian. Biasanya bila dah minum banyak air, perut tidak akan berasa terlalu lapar, jadi mudahlah untuk anda mengamalkan makan 3 kali sehari kan…
sha says
salam untuk semua….
saya ada plan pemkanan yang amat berguna untuk membantu mengurangkan berat badan mengikut kemampuan masing2 ye….sila call/sms saya untuk penerangan selanjutnya…..
Ina -016-2885776 ataupun
email saya: shasha0376@gmail.com
Muhammad Fahmi Ismail says
Salam,
Alhamdullilah, saya telah turun berat badan 10kg dlm
masa 2 bulan. Dari 83kg ke 72 kg. Petuanya amat senang iaitu kena control makan. Saya banyak share pengalaman saya di blog saya. Sila layari;
www. coachfahmi.blogspot.com
DietK says
saya setuju dengan petua diatas. Saya juga mempunyai produk kuruskan badan dietkamikaze dan saya memang tekankan kepada peserta supaya banyakkan minum air kosong kerana air kosong adalah faktor utama untuk kuruskan badan.
terima kasih diatas tips anda.
Ben says
satu petua yang terbaik! rakan sy diatas membawa sy ke blog ini. terima kasih..
adek na says
kalau minum air banyak boleh jadi gemuk air pulak .. hehe
che petua says
Bagi yang gemar minum air banyak dan jarang bersenam.. memang selalunya begitulah.. gemuk air. Sebab air tu tak keluar jadi peluh dan tak juga dikeluarkan melalui air kecil. Dah ramai yang saya perhatikan begitu..
Azza says
Salam. saya ada baca tips di atas, 2 biji limau nipis. bagi saya 2 biji tu terlalu masam. 3 keratan pun saya dah kenyit mata, apatah lagi 2 biji limau nipis kan? hehehehe. memang dibolehkan untuk badan ke kalau terlebih masam?
che petua says
Salam Azza. Elok tu, minum dan kenyit-kenyit kat mana-mana lelaki yang lalu-lalang. Bila diaorang datang dekat, cakap ler I tak kenyit kat you pun, I tengah minum air limau jer ahaks…
Ikut petuanya 2 biji. Tapi kalau dah rasa ‘mengenyit’ tu.. pepandailah tentukan berapa banyak yg sesuai. Lagi pun, saya setuju gak, apatah lagi tok guru saya yang dihormati pun pernah berpesan, apa-apa pun buat secara ‘sederhana’. Kalau berlebihan sangat, madu pun leh jadi racun.
rus says
kalau limau nipis tu boleh tak ganti dengan limau kasturi? masam sangad la.. 🙂
che petua says
Boleh jer dear… Tapi dari pengalaman saya ler, guna limau nipis effectnya lebih mantap. 🙂
SITI FATIMAH says
Assalamualaikum kak. air limau nipis tu tak payah letak gula ke? minum masam-masam macam itu je ke?
Terima kasih 😉
SITI FATIMAH says
MAAF MENGGANGGU LAGI,HEHE SAYA NAK TANYA BERAPA KILO BERAT YANG TURUN SELEPAS AMALKAN MINUM AIR LIMAU NIPIS NI SELAMA SEBULAN?
MAAF MENGGANGGU TERIMA KASIH. ^_^
najwa says
nak tanya minum air teh dgn yakult dpt kurang berapa kilo
dayang Qaisarah says
Nak tanya, boleh letak gula ke? Saya dah buat tapi terlalu masam.
che petua says
Saya sarankan tambah air. Better than letak gula sebab kita ni secara amnya dah terlebih pengambilan gula setiap hari.
Sylvia says
saya dh cuba , tapi belum lagi turun berat , limau dan kasturi sama ya..?
Eve Binti Nohd Shah says
Assalamualaikum saya nk brtanya bgaimana nk kempiskan perut lepas bersalin dulu sblum pregnant size seluar saya baru 28 skrg dh 40 ?
Zai says
Salam, terima kasih atas tip berguna ni. Teh hijau kureng sikit tapi kalau limau InsyAllah boleh cuba. Antara cara lain boleh kawal makan makanan yang berlakori tinggi dan rajin-rajinlah senaman sikit untuk buang kalori. 🙂
Adik sempoi says
thanks info yang sangat bermakana..Kena praktikkan selalu baru boleh nampak kesannya itu
Chaa says
Sy dh cuba dh 🙂 BErkesan “
Aishah says
Terima kasih atas info yang bermanfaat
marina says
minum limau nipis boles buat perut lansing tak ?? tolong jelaskan yang dah coba tu ??