April 23, 2014

Petua Langsingkan Badan

Ramai orang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk memastikan badan kekal langsing. Dan musuh utama yang menghalang badan kita ‘maintain’ langsing ialah lemak yang mula berhimpun kat badan.

Hmm… lemak-lemak kat badan kita ni tak leh dibiarkan. Kalau kita buat donno jer…alamatnya ‘cik lemak’ akan panggil lagi ramai kengkawannya berkampung kat badan kita nie. Makin lama, makin banyak lemak ler jawabnya… huhu…

Satu cara yang paling berkesan untuk membuang lemak nie adalah dengan melakukan aktiviti sukan dan selalu bersenam. Hmm… kalau tak caya cuba perhatikan ahli-ahli sukan ‘professional’ tuh – waktu tengah aktif dan lepas diaorang bersara, ada beza kan…

Apa pun, ramai orang cukup malas nak bersenam ni.. termasuklah che petua sendiri.. ahaks…

Oleh itu seperti biasa meh kita cuba cara alternatif untuk mendapatkan badan yang langsing. Err… tapi kalau korang rajin bersenam tuh rasanya lagi cepat keberkesanannya..hehe…

Petua Badan Langsing Dengan Buah Delima

Sediakan 5 biji buah delima. Ambil bahagian isinya sahaja dan tumbuk. Setelah itu masukkan ke dalam bekas berisi dua gelas air serta campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminum satu gelas ramuan ‘delima’ nie tiap-tiap pagi selepas bersarapan. Sebaiknya diamalkan selama 2 minggu berturut-turut pada setiap bulan.

Petua Melangsingkan Badan Dengan Rempah

Haa.. terkejut tak? Korang jangan ingat rempah nie hanya sesuai untuk menjadi bahan penyedap dalam masakan jer. Rempah atau lebih tepat lagi ‘rempah ratus’ nie sebenarnya diamalkan oleh orang dulu-dulu sebagai ramuan rahsia untuk melangsingkan badan.

M.O.nya begini… rebus sedikit rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan halia dengan satu cawan air. Amalkan minum air rebusan tu ketika masih suam pada sebelah pagi dan petang. Cuba jadikan air minuman harian dan dalam beberapa lama korang akan dapat melihat perbezaannya. Ikut kata makcik yang bagi petua ni kat che petua lah…

laman petua:

rempah ratus untuk kuruskan badan, buah delima untuk kurus, petua buah delima, rempah untuk kurus, petua kuruskan badan dengan buah delima
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Nurul Fatini says:

    Saya selalu mengalami masalah kegemukan di bawah lengan dan peha, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan lengan yang cantik dan peha yang kecil sedikit…saya malu untuk bergambar. Satu badan full. Hmmm, tolonglah saya dan selain liposuction apakah caranya?

    • che petua che petua says:

      Tubuh badan setiap individu masing-masing ada pelbagai ‘peel’. Dan bercakap tentang masalah kegemukan nie, yang paling lazim ialah lemak yang senang sangat berkumpul di bahagian perut. Malahan ada orang yang boleh dikategorikan bertubuh kurus tapi kat perut boleh nampak kebuncitan.

      Apa2 pun, che petua nasihatkan jangan terlalu dilayan sangat perasaan malu tersebut. Terima ‘kejadian’ seadanya dengan redha, dan berusaha untuk memperolekkan (asalkan tidak melanggar batas2 agama). Kalau tak berhasil, teruskanlah usaha dan usaha lagi, akhirnya pasti berhasil.. in sha Allah. Tapi kalau kita dok tunjuk perasaan malu tu kadangkala akan ada yang memanipulasi atau mengambil kesempatan. Malah ada pula yang menjadikannya bahan ejekan.. konon-kononnya bergurau senda tapi.. huhu… Yang penting kena sedar, bahawa tiada seorang pun manusia biasa nie ‘perfect’. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Fokuskan pada kelebihan tersebut.

      Dalam usaha membuang lemak2 di badan nie, berdasarkan pendapat pakar2 fitness (boleh baca kat banyak laman web english dan melayu) mengatakan ‘tone-up’ memerlukan rejim diet yang menyeluruh. Dalam erti kata lain, perlu diet yang seimbang dan pada masa yang sama amat perlu untuk rajin bersenam.

      Teknik2 senaman juga ada caranya. Boleh tengok pelbagai teknik siap dengan ‘demo’ di youtube. Cubalah taip kata kunci seperti “senaman peha” atau “senaman buang lemak di lengan”. Untuk lebih pilihan, cuba carian dengan menggunakan bahasa Inggeris seperti “reduce fat thighs exercise”, “fat arms exercise” dan seangkatan dengannya. Guru2 atau pakar fitness yang mempromosikan teknik senaman masing2 mengatakan teknik dialah yang terbaik, tapi terpulanglah kepada awak untuk cuba praktikkan teknik2 yang menjadi pilihan hati dan nilaikan sendiri keberkesanannya.

Speak Your Mind

*