Petua Lantai Berkilat

Korang perasan tak lantai kat hotel-hotel dan shopping complex nampak lebih berkilat kalau nak banding dengan lantai kat rumah kita… ahaks…

che petua rasa lantai tu nampak lebih berkilat sebab diaorang pakai bahan pencuci yang ‘special’. Hmm.. harganya tentu mahal lah kot…

Satu lagi, menurut teori seorang kawan che petua… lantai kat hotel, shopping centre atau tempat-tempat yang seangkatan dengannya tu nampak ‘berkilat’ sebab teknik pencahayaan. Maksudnya, susun letak lampu dan sudut cahaya tu semua dah diambilkira untuk menyerlahkan lagi lantai. Boleh pakai ke tidak teori ni, pepandai ler korang pikir… hehe…

Anyway, che petua nak kongsi satu rahsia camna nak buatkan lantai nampak lebih berkilat. Kalau ada sesiapa yang berminat nak ‘menyerlahkan’ lagi lantai kat rumah tu bolehlah dicuba petua ni. Petua nie che petua jumpa dalam internet gak (tapi dalam bahasa Inggeris ler..). So, che petua translatekan dan kongsi ngan uols semua kat sini..

Pencuci Khas Untuk Mengilatkan Lantai

Petua mengilatkan lantai ni boleh digunakan untuk lantai jubin ataupun lantai papan.  Caranya ialah dengan membuat sendiri ramuan khas sebagai bahan pencuci lantai. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah satu batang lilin, dua sudu minyak tanah dan satu baldi air.

Parut atau kikis halus-halus lilin tu dan kemudian masukkan ke dalam baldi air. Lepas tu campurkan pula dua sudu minyak tanah dan gaulkan kesemua bahan-bahan tu. Gunakan ‘pencuci khas’ ni untuk menyental lantai korang. Lepas tu lihat perbezaannya… pasti nampak lebih berkilat daripada biasa. Hmm.. bila dah terbukti berkesan.. elok gak kalau korang buat banyak-banyak pencuci khas ni dan jual kat jiran-jiran. Boleh buat side income nie…

laman petua:

jubin lantai rumah, jubin lantai, cara cuci lantai, petua lantai berkilat, petua mengilatkan lantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>