November 26, 2014

Petua Lelaki Gagah

Sebelum ini che petua pernah kongsi berkenaan petua kuatkan tenaga batin yang telah diamalkan sejak zaman berzaman. Antara panduan yang sangat.. sangat.. sangat penting ialah amalan makan telur ayam kampung dan madu asli. Hmm.. memang power! Lebih hebat dari jin yang leh kasi ‘power’ tu hehe…




Tapi selain daripada amalan makan madu lebah dsb.nya tu seeloknya orang lelaki nie perlu juga ‘berpantang’ daripada makan dan melakukan beberapa perkara tertentu supaya bertambah-tambah ‘power’.

So, apa benda yang kena pantang tuh? Haa.. ini dia senarai rahsia menjadikan pria lebih hebat di ranjang.

Petua Khas Untuk Lelaki

  1. Kurangkan minum air batu. Kalau boleh tu tak yah minum ais lagi bagus kerana minum ais nie membuatkan zakar menjadi sejuk dan lembik. Orang yang kerap minum air batu juga lazimnya akan merasakan batang zakar ngilu ketika bersetubuh. Seeloknya batang zakar tu harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi ‘berulamkan’ air. Maksudnya jangan ler tiap kali lepas 2-3 kali suap nasi tu terus teguk air… Mmm.. tapi kalau dah rasa nak tercekik tu okey ler kalau nak minum…hehe.. Amalan memakan nasi yang sering disulam dengan minum air nie akibatnya sama macam minum air batu.. zakar akan menjadi lembik dan sejuk.
  3. Lepas selesai makan tu jangan pula cepat-cepat meneguk air. Tunggu 5 minit atau lebih lama daripada itu barulah minum.
  4. Orang tua-tua juga pesan supaya jangan menghembus nafas ketika minum. Masa meneguk air tu cuba tahan nafas. Amalan ini dikatakan membantu mengelakkan daripada mudah merasa lelah ketika bersenggama.
  5. Elakkan minum air semasa badan tengah panas lebih-lebih lagi lepas bersukan atau melakukan kerja berat. Cuba ‘relaks’ jap biar badan tu sejuk kembali then baru minum untuk menghilangkan lelah dan dahaga.
  6. Jangan makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia juga akan melemahkan zakar.
  7. Usah amalkan makan makanan yang dah sejuk atau disejukkan. Maknanya aiskrim tu tak elok lah..hehe.. Lelaki yang selalu makan benda-benda sejuk nie dikatakan biasanya mempunyai air mani yang lebih cair dan selalunya mudah terpancut awal.
  8. Elak makan pisang embun. Kalau degil cuba ler makan.. tengok apa jadi.. hehe..
  9. Jangan makan kepak ayam kerana ia juga boleh melemahkan zakar.
  10. Seboleh-bolehnya elak minum air selepas pukul 11 malam. Hmm… nampak macam payah sikit ler kan sebab che petua tau orang lelaki nie suka sangat melepak minum teh tarik sampai kul 2-3 pagi. Dikatakan amalan minum lepas waktu tu walaupun minum minuman panas akan menjadikan otot pinggang lemah dan badan selalu rasa sengal-sengal.
  11. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana boleh mengakibatkan mati pucuk. Hmm.. orang yang suka melakukan aktiviti sukan yang lasak-lasak macam main ragbi atau bergusti tu… ingat-ingatlah yer.
  12. Jangan jimak isteri yang sedang haid. Hmm.. orang yang jenis nie boleh dikatakan nafsu seks yang terlampau lah nie. Menyetubuhi isteri yang sedang haid akan mendatangkan penyakit.
  13. Selepas selesai melakukan persetubuhan jangan terus minum air. Rehat sekurang-kurangnya 20 minit terlebih dahulu barulah minum.
  14. Jangan jimak dalam air. Sekali sekala tu bolehlah kot..hehe..
  15. Jangan buang air kecil ketika sedang berendam dalam air.

laman petua:

lelaki gagah, gagah, kuatkan zakar, petua lelaki perkasa, petua lelaki
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. ruhaidah Is says:

    Terima kasih atas kesudian berkongsi petua sebegini. Jika bkn kelemahan semulajadi, masaalah lemah tenaga batin boleh jadi berpunca dari gangguan mahluk halus atau sihir. Pengalaman kami mencari pengamal traditional dan tertipu amat memedihkan (kerana sikap terlalu berahsia masyarakat mengenai masaalah ini ). Alhamdulillah suami saya telah sembuh hingga kini kami bahagia dengan 2 orang cahayamata. Sehubungan itu ikhlas demi kebaikan sejagat saya suka berkongsi masaalah dan beterus-terang menyiarkan nama perawat traditional tempat kami berubat. Dia seorang guru agama dan hanya menolong jika diminta tolong sahaja (bkn jenis org menunjuk2 atau tanpa iklan dlm media) : Ustaz Adi Wijaya, Kg Seri Belahan, Rengit, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim.Muda2han info ini menjadi bakti saya dlm kehidupan yg sekali ini.

Speak Your Mind

*