Orang wanita penampilannya perlu sentiasa kelihatan cantik (di mata suami) manakala orang lelaki pula perlu kelihatan segak. Pabila bercakap soal penampilan ni bukan sekadar mengenakan pakaian dan aksesori yang menarik namun turut merangkumi rias tubuh yang bersih dan rapi.
Dalam aspek ini antara anggota tubuh yang utama perlu diberi perhatian ialah pada bahagian wajah.
Bukan maknanya anggota lain pada tubuh kita tak perlu dirawat dan dirapi seadanya tapi sebab wajah kita lah yang memula sekali dipandang pabila bersua dengan orang lain. Err.. ada ker orang yang mula-mula tengok bahagian lain selain dari muka..? hihi.. ada lah kot tapi siapa lah yang nak ngaku kan..
Bagi seseorang wanita, bukan setakat apa yang di’pandang’ penting untuk diambilkira, bahkan diri sendiri perlu rasa yakin bahawa wajahnya halus, mulus dan memancarkan ‘kelembutan’ seorang yang bernama wanita.
So, kali ni che petua nak berkongsi antara kaedah yang dikatakan dapat membantu melembutkan wajah warisan petua turun-temurun hasil perkongsian pengalaman orang dulu-dulu.
Petua Melembutkan Wajah Dengan Daun Teh
Petua yang ini guna daun teh yang mana kalau kat negara China nun kita selalu dengar kaum wanitanya suka amalkan petua-petua kecantikan dengannya. Sebenarnya teh bukan setakat bermanfaat untuk dijadikan minuman semata-mata. Malahan ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri untuk perawatan wajah. So, meh kita pelajari antara kelebihan daun teh yang boleh dimanfaatkan untuk kecantikan wajah.
Rendamkan 3-4 helai daun teh yang diracik kat dalam gelas berisi air suam. Bagi yang bermasalah nak dapatkan daun teh boleh ganti ngan serbuk teh. Rendam 2-3 sudu serbuk teh kat dalam 2 gelas air suam dan biarkan semalaman.
Seeloknya letak bekas berisi air rendaman teh tu kat halaman rumah atau kawasan yang terkena embun. Embunkan ia semalaman.
Esoknya, sapu air rendaman tu ke muka. Bagi yang beragama Islam, sebaiknya sambil menyapu wajah tu sambil berselawat sebanyak tiga kali. Amalkan petua ni selalu dan nescaya kulit muka yang selama ini rasa kasar akan berubah menjadi halus dan wajah akan kelihatan lebih bersih berseri-seri. InsyaAllah.
Petua Wajah Lembut Dengan Lobak
Sesetengah orang mungkin tak berkenan dengan teh, sebab alang-alang nak pakai teh eloknya guna daun teh yang dipetik terus dari ladangnya dan bukannya guna serbuk teh. Hmm.. ada betulnya itu, tapi kalu dah begitu halnya makna kata perlu ada kebun teh lah di belakang rumah.. hihi..
Jangan khuatir! Kalau sukar nak dapatkan ‘daun’ teh dan tak suka nak guna serbuknya, boleh cuba pula petua lain yang juga menggunakan bahan semulajadi iaitu loba-loba atau yang biasa kita kenali sebagai lobak.
Petua melembutkan kulit muka yang ni ialah dengan memanfaatkan lobak sebagai masker wajah. Bahan yang diperlukan ialah sebatang lobak merah dan juga dua sudu besar madu.
Penyediaannya ialah memula rebus lobak tu sampai mendidih dan kemudian lumatkan sampai hancur. Kemudian campurkan dengan madu dan gaul sebati. Sebatian yang telah sejuk itu kemudiannya disapu pada wajah. Lepas sapu biarkan dahulu antara 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Dengan amalan menyapu masker lobak ini, dikatakan dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan berseri.
sabrina says
urmm, kalau amik yg teh uncang tu pun jadi ke ?
che petua says
boleh jer… tapi tak rasa membazir ker.. sebab teh uncang harganya lebih mahal.. hehe..
intan says
emm, saya nak tahu, kenapa kena rendamkan serbuk teh tu dalam ‘2 gelas air suam’?
kenapa dua gelas?
che petua says
Itu untuk panduan sukatannya. Dalam tiga sudu serbuk, padanannya dua gelas air. Tak perlulah pakai dua gelas berbeza, masukkan jer air tu dalam satu mangkuk atau bekas yang besar.
Kalau satu sudu serbuk pakai satu gelas jer. Tapi kalau bancuh untuk satu gelas jer, mungkin tak cukup untuk cuci muka.
intan says
ok thanks atas maklumat tu =)
che petua says
Sama-sama Intan payung 🙂
syafiqa says
thanks ats pertua2 tu… =D
che petua says
Sama-sama Syafiqa. Semoga bermanfaat untuk awak.
natasha says
hmm..rendam tu..mcm buat air teh juga ker..??
che petua says
Yes dear. Tapi jangan lak taruk gula atau susu…
syhida says
Klau tak embunkan tak pew kew?
che petua says
Ya, boleh jer pun. Tapi mungkin ‘feel’ tu kurang sikit sebab tak amalkan petua tu 100% 🙂
syhida says
Owh macam tu,thanks utk petua initial.^_^
che petua says
You are so much welcome my dear.
permaisuri says
saya pemborong produk kecantikan … segala jenis produk. 0125627627