August 28, 2014

Petua Lentikkan Bulu Mata

Salam,

che petua suka sangat tengok orang yg ada bulu mata lentik.  Kalau jumpa sesiapa yg berbulu mata lentik nie selalunya tak puas-puas che petua pandang.. Hmm.. tapi secara curi-curi lah.. nanti apa pula kata yg empunya badan.. Mana tahu kan, nanti diingat yg bukan-bukan lak…

Korang tahu tak sebenarnya nak dapat bulu mata yg lentik nie petuanya tak susah pun.  Seperti biasa kena rajinlah amalkan selalu barulah mujarab.  Kalu setakat sehari dua buat pas tu terus nak dapat bulu yg melentik-lentik hmm.. sori naik lorry lah dear…

Bagi sesiapa yang mahu memiliki bulu mata yang lentik secara semulajadi ini dia petua lentikkan bulu mata.

Petua Bulu Mata Lentik

Cari daun lidah buaya.  Masa nak tidur sapukan lendir daun lidah buaya tu kat bulu mata.  Lepas tu tutup mata dan pejam sampai esok pagi.  Lama-lama insyaAllah hasilnya pasti memuaskan hati.. Lakukan setiap malam tau.. kena rajin, barulah menjadi.

Bila dah dapat bulu mata lentik tuh.. hmmm… rasanya senang-senang jer sekali petik seribu yang datang…hehe..

laman petua:

petua mata cantik, mata cantik, petua lentikkan bulu mata, petua kecantikan mata, petua bulu mata lentik
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Ita says:

    mata tu xmelekat ke bila bgn pg…

    • che petua che petua says:

      Tak melekat. Cuba palitkan sedikit lendir lidah buaya kat tangan atau kat mana2 bahagian yg sesuai sebelum tidur. Biar semalaman dan esok paginya tengok macam mana rasanya. Ia melekit tapi tak lah bersifat seperti gam.

      Seperkara lagi, kalau nak disapu ke bulu mata tu biarlah berpada-pada. Jangan banyak sangat hinggakan lendirnya boleh masuk ke mata.

Speak Your Mind

*