Salam,
Ada tak sesapa kat sini yang minat menjahit? Hmm.. mungkin tak ramai kot.. sebab takde masa.. hihi… maklumlah sibuk ngan facebook (termasuklah che petua sendiri)… ahaks 🙂
Okeylah, walaupun korang tak minat menjahit, tak semestinya ilmu yang kita dapat nie tak boleh dimanfaatkan, betul tak? Hmm.. mungkin kita leh kongsi petua atau teknik mudah untuk memasukkan benang dalam jarum nie dengan ibu atau kakak atau jiran kita. Setidak-tidaknya manalah tahu kan suatu hari nanti tetiba timbul plak minat nak menjahit hmm.. bolehlah nanti kita guna teknik nie.
Petua Masukkan Benang Ke Jarum
Uols tentu tahu bahwa bukan senang nak masukkan benang ke jarum. Lubang jarum tu kan kecil dah tu pula benang tu asyik longlai jer.. tak mahu nak tegak betul-betul. Bagi yang tak biasa mungkin ambil masa sampai setengah jam. Kena pulak yang mata dah separuh rabun alamatnya sampai ayam berkokok pun belum tentu benang tu dapat dijolok.
Tapi sebenarnya tok nenek kita dah pun menemui penyelesaiannya… Dan teknik yang hebat ini diperturunkan pula untuk generasi sekarang… So, lepas ni perturunkan pula ‘ilmu’ ni kepada anak cucu korang.
Caranya ialah ambil hujung benang dan gosokkan ia ke batang lilin untuk beberapa ketika. Lurutkan sehingga benang yang asalnya lemah longlai tu jadi ‘keras’ sket macam batang lilin. “Lembut tapi tak lembut, keras tapi tak keras”, kata orang. Okey, pabila benang tu dah ‘keras’ sket, maka senanglah untuk dimasukkan kat dalam lubang jarum tu.
P/s: Kawan che petua bagitau zaman sekarang ni mesin jahit pun dah canggih-manggih. Macam-macam corak boleh buat. Nak masukkan benang kat jarum mesin pun “the very easy” kata orang nye.
Leave a Reply