September 20, 2014

Petua Melebatkan Rambut

Mahukan rambut yang lebat?  Ini ada petua yang boleh diamalkan.

Ambil 2 biji telur ayam kampung dan pukul telur hingga berbuih.  Sediakan juga 2 biji limau nipis.  Belah limau nipis kepada beberapa kepingan.

Mula-mula basahkan rambut.  Setelah itu sapukan telur ayam tadi ke rambut dan pastikan hingga terkena ke kulit kepala.  Setelah rata,  urut secara perlahan-lahan selama 5 minit. Kemudian baru dibilas dengan air bersih.

Kemudian, gosokkan pula kepingan limau nipis ke kulit kepala. Gosokkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air. Limau nipis membantu meneutralkan kulit kepala daripada kesan kerosakan atau bahan kimia yang menjejaskan rambut.  Malahan, limau nipis juga turut membantu menghilangkan bau telur tadi.

laman petua:

petua melebatkan rambut, cara melebatkan rambut, melebatkan rambut, petua lebatkan rambut, petua kecantikan rambut
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. Suriani bt Hamdan says:

    ingin mencari petua petua yg boleh melebatkan rambut serta kulit kepala tidak gatal.

  2. marzuin says:

    salam.. saya nak tanya kalau pakai telur ayam biasa boleh tak? terima kasih.

    • che petua che petua says:

      Salam Mazuin. Saya tak pasti lah pulak. Cuma petua tu sebut secara khusus tentang telur ayam kampung. Tidak pula dijelaskan mengapa. Mungkin kerna khasiat ayam kampung yang tersendiri. Hmm… eloknya carilah telur ayam kampung. Memang harganya mahal sedikit. Tapi kalau dah susah sangat nak dapat, pepandailah guna kebijaksanaan anda.

      Sama-sama Mazuin.

  3. Shahilah Sharif says:

    Erk…. ptua ni kwn sya prnah aml kn tp entalah ape yg xknah dgn. Cra nya smpikn rmbut yg lurus jfi keriting… sya mmng nk tringn nk cba ptua ni nmpk muda tp bla trngtkn kawan sya rsa tkt pn ade… huhuhu

Speak Your Mind

*