April 16, 2014

Petua Melembutkan Tangan

Salam,

Sesekali bila kita bersalaman ada tak korang rasa cam risau kalau-kalau ada yg menegur tentang ‘kasar’nya kita. Bukannye kasar budi bahasa ek.. tapi kasar dalam erti kata kulit tapak tangan yang dah ala-ala selalu buat kerja buruh.. hehe…

Al-maklumlah orang pompuan nie kalau dah selalu buat kerja dapur, telapak tangan lama-lama akan menjadi kasar. Bagus tuh memang ler bagus kerana baru orang tau kita nie rajin buat kerja-kerja kat rumah, bukan jenis goyang kaki (atau goyang tangan!) jer…

Tapi kalu difikir-fikir balik ishh.. tak sesuai lah kan… utk orang pompuan yg lemah gemalai sifatnya punya tangan macam orang lelaki.. Kalu tak caya cuba tanya mereka-mereka yg dah berumahtangga.. si suami tentu lah nak kan isterinya yang punya tangan selembut bayi.

Satu cara lazim yg dibuat oleh orang sekarang nie ialah dengan memakai losyen. Tapi sebenarnya bagi yg ingin mencuba alternatif tradisional dan mungkin jimat sedikit duit boleh cuba beberapa petua lembutkan kulit tangan yg che petua kumpulkan nie.

Petua Lembutkan Tangan

petua lembutkan tangan

Petua 1
Lenyekkan pisang kendian campur dan gaulkan dengan sedikit mentega. Lumur pada tangan dan urut perlahan-lahan. Setelah itu biarkan seketika hingga ia kering dengan sendiri kendian barulah dibasuh dengan bersih. Lakukan sekerap mungkin untuk hasil yg lebih berkesan.

Petua 2
Kalau kerap minum teh di rumah, boleh guna petua nie. Selepas habis bancuh, hampas teh jangan dibuang. Ambil hampas teh yang dah  diguna tu kendian sapu kat tangan korang. Biarkan dalam 5 minit kemudian barulah dibersihkan. Cuba amalkan dua tiga kali seminggu.  Lama-lama dah tak perlu pakai losyen dah… tangan jadi selembut sutera, insyaAllah.

Petua 3
Kalau lebih kerap minum kopi… boleh juga gunakan hampas kopi. Gosok kat tangan dan biarkan lebih kurang 5 minit sebelum dibasuh. Jika selalu diamalkan tangan tangan akan licin dalam beberapa hari jer.  Cubalah.. tak cuba mana nak tahu…

Petua 4
Setelah selesai memasak dan siap kerja-kerja dapur tuh, amalkan mengambil sedikit asam jawa dan ramaskan pada kedua-dua tapak tangan.  Urut-urutkan mana-mana yg patut dalam 5-10 minit. Lama-lama tangan akan menjadi lembut.

Petua 5
Kalau tak jumpa asam jawa buat cara nie… Rendamkan tangan selama 5 minit dalam air basuhan beras sambil dibelai-belai tangan tuh.

Petua 6
Selain tuh, boleh juga guna hampas kelapa. Ini utk mereka yg pakai santan kelapa parut ler.. kalau beli santan paket tuh tak leh ler…  Selepas perah santan ambil hampas kelapa tu dan ramas-ramas dengan tangan selama beberapa minit. Lagi lama lagi bagus. Cara nie juga boleh membantu untuk lembutkan kembali kulit tangan yang kasar.

Petua 7
Ambil sebiji bawang merah. Kupas kulitnya dan tumbuk atau lenyekkan untuk hancurkan bawang merah tersebut. Kendian sapu pada tangan yang kasar. Jangan lak terlalai dan disapu ke mata.. hehe… Cuba amalkan selalu agar kulit tangan kembali lembut.

laman petua:

petua melembutkan tangan, petua lembutkan tapak tangan, petua lembutkan tangan, petua melembutkan telapak tangan, cara melembutkan telapak tangan yang kasar
che petua About che petua

Laman petuatradisional.com ini memberi maklumat bagi tujuan pendidikan sahaja dan tidak patut digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk mengganti atau mengambilalih nasihat dan konsultasi yang diberi oleh pakar perubatan tentang rawatan kesihatan dan penjagaan perubatan anda.
Penafian: Admin dan/atau penulis di laman petuatradisional.com ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Comments

  1. hanie says:

    camne ek?

  2. meymey says:

    petua no 2..seriusly berkesan..

    • che petua che petua says:

      Semoga sharing oleh Meymey nie dapat menghilangkan ‘kegusaran’ orang lain yang teringin nak cuba petua tu, tapi masih ragu-ragu ataupun malas tapi mahu.. hihi…

      Terima kasih Meymey.

Speak Your Mind

*