Rasa-rasa korang lah, bilakah saat dan waktunya wajah korang kelihatan paling berseri?
Kalau ada yang takde idea nak menjawab, meh che petua yang tolong jawab.. ahaks.. Rasanya waktu ‘naik pelamin’ betul tak..!? Daripada pemerhatian che petua lah kan… suma pengantin baru baik yang lelaki mahupun perempuan akan nampak cukup berseri-seri di hari persandingan… cehh.. teringat lak waktu kahwin dulu.. ahaks..
Alangkah bagus kan, kalau kita dapat kekalkan ‘seri wajah’ tu… Hatta anak berderet-deret pun wajah tetap berseri… hehe..
So, kali ni che petua nak kongsi petua penaik seri wajah ngan korang. Tapi sebelum tu che petua nak kongsi dulu tips ringkas penjagaan kulit muka. Rahsia penaik seri muka tu che petua muatkan kat bawah sekali.
Serikan Wajah Dengan Bahan-Bahan Semulajadi
Satu kaedah semulajadi untuk merapikan kulit muka ialah dengan menggunakan kulit pisang yang dah masak (kuning). Caranya ialah dengan menggosok bahagian sebelah dalam kulit pisang tu ke muka. Setelah digosok biarkan seketika dan kendian barulah dibilas dengan air bersih.
Selain daripada menggunakan kulit pisang, orang tua-tua dulu juga amalkan mencuci muka dengan air kelapa tua. Amalan ini membantu menjadikan kulit sentiasa lembap. So, cubalah amalkan untuk mencuci wajah korang dengan air kelapa. Cari kelapa yang dah tua, bukan yang masih muda. Yang muda tu orang buat minum bukan untuk cuci wajah macam yang disarankan dalam petua ni.
Cuci dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. InsyaAllah, jika rajin mengamalkannya tentu korang akan merasai perubahannya.
Petua Naikkan Seri Wajah
Rahsia untuk menaikkan seri wajah dan mengawetkan kulit ialah dengan amalan minum air inai. Yesss… inai yang kita selalu pakai kat tangan tuh.. hehe.. err..korang pakai inai kat mana lagi??
M.O.nya ambil segenggam daun inai dan rebus dengan air sebanyak dua cawan. Rebus sehingga ia menyejat tinggal lebih kurang satu cawan jer. Selesai merebus, biar ia sejuk dan amalkan minum tiga kali seminggu. Mudah-mudahan wajah korang akan kelihatan awet muda dan berseri-seri seumpama mentari yang bersinar di waktu pagi.
Okey.. sebagai penutup bicara, sesaja che petua nak tanya dan korang tolong jawab ngan jujur kay… hmm.. bilakah agaknya korang rasa wajah korang kelihatan paling berseri? Sapa nak jawab dulu.. sila.. sila…
eyna says
baru sekarang sy thu y inai boleh dbuat sebagai air minuman utk menaikkan seri wajah..hehe..
che petua says
Hmm.. samalah kita suatu waktu dahulu. Sebenarnya banyak ilmu-ilmu herba dan amalan tradisional yang dah dilupakan orang zaman sekarang nie. Mungkin sebab ada yang menganggap ada amalan2 tu ‘merepek’ kot. Maklumlah tiada bukti atau kajian saintifik.. hehe…
Sepanjang mengkaji dan menghimpun petua-petua lama nie, apa yang che petua dapat ialah makin banyak yang diketahui.. rasa macam makin banyak lagi yang belum diketahui.. ohh.. terasa betapa jahilnya diri ini dan betapa besarnya manfaat dan khasiat setiap makhluk dan tumbuh-tumbuhan yang Allah kurniakan untuk hidupan di dunia ini.
eyna says
nape xde org nk sk0d bl0g ni ek.??haha
che petua says
Amende maksud ‘skOd’ tu Eyna..? Kalau yg baik dekat-dekatkan, kalau yg buruk jauh-jauhkan ler.. hihi..
ziera clara says
sy suke la blog ni…
che petua says
Terima kaseh Ziera. Saya pun suka.. err. blog nie dan juga nama awak Ziera Clara.. ada style..
CHE ETON PINKIE says
MEMANG BAGUIHHH SESANGAT PETUA2 CHE PETUA BAGI…CHE ETON PINKIE LIKE SESANGAT….TQVM..
che petua says
Makaseh la Che Eton Pinkie… Sekali-sekala bila dapat komen yg macam nie.. hmm… sejuk rasa hati sebab tahu ada juga pembaca macam Che Eton yg appreciate perkongsian petua-petua nie. Ye lah kan mungkin tak ‘sesuai’ atau berkesan buat semua orang, tapi tetap bermanfaat bagi mereka yang dah amalkan dan puas hati dengan hasilnya. Koleksi petua2 turun temurun yang mungkin ramai anak2 muda yang tak tahu tapi tertanya2 macam mana lah orang tua2 dulu ikhtiar dalam aspek kecantikan, kesihatan dsb.nya.
Sempoi sungguh nickname Che Eton nie hihi… Saya tengah bayangkan awak ‘dressing’ dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sumanya PINK colour.
Kebetulan anak perempuan saya pun minat sesangat colour PINK nie. Bilik tidur dia pun disuruhnya cat suma warna pink.. hehe… layannn jer lah…
CHE ETON PINKIE says
CHE PETUA..CHE ETON PINKIE NAK SHARE SATU PETUA NAIKKAN SERI MUKA LAA..BOLE KOT NOOO…PETUANYA IALAH KITA HENDAKLAH SENTIASA BERWUDUK WALAUPUN KITA DALAM KEADAAN HAID DAN NIFAS….BILA SENTIASA BERWUDUK BUKAN SHJ MUKA BERSERI2 MALAH JIWA DAN MINDA KITA AKAN SENTIASA SEGAR, SUCI DAN BERSIH…SECARA TAK LANGSUNGNYA, KESERIAN WAJAH AKAN SENTIASA TERPANCAR HASIL DARIPADA HATI & JIWA SERTA MINDA YANG BERSIH LAGI SUCI DAN MENYUCIKAN…BETOIII DAK CHE PETUA…BYE…BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA…WASSALAM.
che petua says
Terima kasih banyak-banyak Che Eton. Moga dapat pahala dan dimurahkan rezeki dengan petua yang Che Eton kongsi nie.
Saya setuju… dan nak tambah sket.. Orang perempuan yang datang haid eloknya juga berwuduk dahulu sebelum tidur malam. Moga-moga dihindari dari hantu syaitan. InsyaAllah.
P/s: Mungkin lepas nie ada pula orang tanya boleh ker mereka yang datang bulan, ambil wuduk. Dapat pahal ker? Tak berdosa ker? Hmm.. guru agama saya kata tak berdosa pun. Dan.. kalau nak jawapan yang lebih meyakinkan hmm.. elok gi tanya Ustaz Don.. mungkin dia boleh bagi jawapan.
izzulIzzah says
saya mengalami masalah warna kulit kaki yg tk sekata…agak lebam kehitaman selepas bersalin…sekarang usia anak ku tlh 2 thun..tapi kesan tu tk hilangr
henggo says
semuanya mengarut, kerana seri wajah itu berkaitan dengan perjalanan darah yang lancar terutama di bahagian muka, kalau dah tak sihat amal petua apa pun tak menjadi..bongok.
che petua says
Terima kaseh Henggo. Stylo ‘nickname’ awak.
Tiyah says
apasai dengan dia , che petua . dengki la kot . haha
che petua says
Biasa lah tu. Perangai manusia ni berbagai-bagai.
Yang pentingnya kita jangan ‘melompat’ sama.. Tok Guru saya ada pesan, kalau orang bagi tahi, kita balas balik dengan bunga. ๐
yatie says
pernah jugak minum air inai untuk serikan wajah…memang berseri-seri hehe..
henggo says
jan peduli larr chee kat yatie tuu ..
iliya says
rasenye muka I paling berseri time nak dtg bulan tu.. ahaks!
henggo says
iliyaa ,, muka you beserii kerr ? hmm , tak cayee lerr ๐
henggo says
baguss larr petua you nii chee . muka i pun skarang dah berseri,serii . ๐
henggo says
kan3 . i suke larrr xD
Cik Fisa says
Perkongsian yang baik.
Dulu saya rajin amalkan basuh muka dengan air kelapa tua dan kulit pisang. (dulu la) Memang berbaloi jika diamalkan. Hasilnya tersenyum puas hati.
Amalkan minum air masak/kosong, dan kurangkan minum ais atau minuman berkarbonat.
Air inai tu zaman dulu2 selalu dengar, katanya menjadi.
Yang penting istiqamah la, jadikan amalan. Jangan paksa2 dan nak nampak hasil cepat.
Paling berseri adalah selepas….solat taubat ๐ (kurang sikit beban dosa yang duk pikir, tu muke berseri tu, cantik bermula dr dalam : hati mau positif)
Selalu ambil wudhuk seolah2 memakai minyak naik aura seri wajah ^^ (tapi ambil wudhuk dengan tertib dan sempurna ya)
Kulit nampak sihat dan berseri (tanpa makan apa2 atau pakai apa2 untuk kecantikan) semasa datang bulan :>
sekian
che petua says
che petua doakan kesejahteraan buat Cik Fisa. Sharing yang tersangat bermanfaat.
Paling berseri selepas solat taubat. Hmm.. dalam perkongsian ada terselit dakwah. Syabas!
nadia says
Sy nadia berusia 16 tahun dari dengkil…sy slalu mnghadapi kulit muka ber minyak…Dan tidak mempunyai bentuk pungung yg tidak berape nk cntik…mcm mne ye Klau nk naik kn Dan mndpt bentuk pungung yg cntik mcm cek ta..hehe..kdg2 sdih…orng ckp sy mcm xde punggung. ๐
zieyla says
x semua org sempurna